Monday, December 12, 2011

Perginya tak kembali...

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Kita tidak tahu bilakah kita akan bertemu Pencipta kita di alam yang abadi. Yang pasti waktu itu akan tiba, pasti akan terjadi."

Hari ini sudah 15 hari arwah ayahku meninggalkan kami. Perginya tanpa kata-kata terakhir, perginya amat mengejut. Arwah ayahku pada hayatnya tidak mempunyai penyakit yang serius, cuma arwah mengidap kencing manis sahaja. Arwah ayahku meninggal dunia kerana berlaku pendarahan di bahagian otak akibat terjatuh..Ya Allah, ketika dengar berita ayah terjatuh aku amat terkejut. Ketika itu aku baru tiba di Bagan Serai Perak setelah pulang bekerja dari Penang. 

Kisahnya..
Hari itu kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Aku memang sudah bagitahu ibu yang tak dapat balik kerana berkerja di Penang. Ibu pon cakap tak usah dirisaukan sebab adik-adik aku yang lain ade. Angah dari Johor pon balik. Menurut adikku ketika kejadian itu berlaku separuh adik2 yang lain berada di rumah baru mengangkut barang2 dari rumah lama. Sementara arwah ayah, ibu, adik no 3 dan bongsu ada di rumah lama mengemas apa yang patut di bawa ke rumah baru. Arwah ayah panjat siling dengan adik bongsu untuk amik wayar arial TV. Kemudian arwah ayah suruh adik bongsu turun amik barang. Ketika adik bongsu turun la arwah ayah terjatuh dari siling. Mungkin kaki arwah tersadung pada alang kayu atau arwah tersalah pijak, Waallahualam..kami tak pasti yang menyebabkan arwah terjatuh ke lantai. Oleh kerana arwah jatuh dan terkena bahagian kepala sebelah kanan, maka menurut doktor berlaku pendarahan serius dan juga urat tengkuknya putus. Paru-paru arwah juga mengalami pendarahan. Menurut adik, doktor telah lakukan sedaya yang mampu tetapi Allah SWT lebih menyayangi arwah ayah. Kami sekeluarga amat terkejut kerana kejadian itu berlaku dengan pantas tetapi kami redha dengan ketentuan Ilahi. Arwah ayah pergi menemui Pencipta nya di alam yang abadi pada 27 Nov 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433 pada pukul 10.10 malam.(kejadian itu berlaku pada lewat petang hari yang sama).

Arwah ayah memang tak suka upah orang lain buat kerja2 rumah spt tukar lampu, tukar paip. Arwah lebih suka buat sendiri. Dulu masa kami pindah ke rumah lama, arwah panjat sendiri pasang arial TV. Pernah sekali kaki arwah ayah retak sebab terjatuh dari tangga masa nak tukar lampu. Tapi arwah memang lebih puas hati bila buat semua kerja tu sendiri walaupon kami semua bimbangkan arwah..Sudah tertulis, Allah SWT lebih tahu segala-galanya. Ada orang jatuh tak meninggal, tapi alami kecacatan seumur hidup, ada yang jatuh dan terus meninggal..Kami redha dengan ketentuannya.Kami doakan arwah ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang Dia kasihi dan dilimpahkan rahmat di sana. 

Ibuku memang seorang yang tabah. Beliau terima dengan hati yang terbuka walaupon ianya amat berat. Kejadian itu berlaku dengan pantas dan ibu menyaksikan semuanya! Dari arwah ayah jatuh, bawak ke hospital, masuk ke ICU hingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Beliau mintak kami jangan menangis, kuatkan semangat dan redha. Namun jauh di sudut hati aku tahu ibu benar2 terasa kehilangan arwah ayah.Suami dan juga temannya selama 32 tahun telah pergi selama-lamanya Tidurnya bertemankan kain pelekat dan baju melayu yang arwah ayah pakai ketika solat berjemaah dengannya! Hatiku sayu..bila ibu cerita arwah ayah sentiasa doakan kebahagian anak-anaknya di dunia dan akhirat..Air mataku mengalir deras..Ya Allah! Kuatkan la hati kami dan ibu kami untuk menerima dugaan Mu ini!

Mungkin arwah ayahku tidak sesempurna ayah orang lain, tapi arwah adalah ayah yang terbaik buatku! Kerana tanpa dia tidak wujud la aku di dunia dan menikmati kehidupan ini.

Aku masih ingat lagi ketika aku gagal dalam ujian memandu, aku menangis, arwah ayah cakap tak mengapa cuba lagi..sampai 5 kali aku amik test tu, arwah la yang hantar, tunggu dan amik aku dan beri sokongan! Tiap kali hari terbuka arwah ayah mesti datang walaupon lewat untuk amik report kad, hantar ke UM, raikan kejayaan masa konvo dan banyak lagi kenangan yang aku akan simpan kemas2 dalam ingatanku. Dan pastinya aku akan merindui masakan yang arwah ayah yang paling beliau expert~sambal hirisnya itu..

Hanya doakan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu kami hadiahkan untuk arwah ayah di sana. Semoga roh beliau tenang dan dicucuri rahmat dari Nya. Al-Fatihah..



1 comment:

ziera said...

setiap org akn dberikan ujian..cume cepat atau lmbat jew....Kita sbgai makhluknya haruslah sntiasa bsedia utk mhadapi nya..Ingat lah stiap ap yg tjadi ade hikmah dsebaliknya..Doa ank yg soleh sntiasa mengalir utk ibu bapanya...takziah sye ucapkan..