Sunday, January 29, 2012

Update umah kami

Masa Chinese New Year aritu kami balik ke Bagan Serai Perak. Aktiviti biasa kalo balik Perak mesti la singgah tengok perkembangan rumah baru kami tu.  Kali nie g rumah kami dah pasang gate luo dan juga lantai telah di tilekan. Dapo punye dinding pon dah siap. Tapi pintu belom pasang lagi.

Aqim sangat happy! Tapi dia membebel. Nape la tak siap-siap lagi rumah kita mama? Macam mana nie Aqim nak duduk? Adoi ai, memang tak siap nak oi, tahun depan baru siap.

Rumah yang fasa pertama dah siap cat sume. Umah kami fasa ke 2. Rumah kedai pon dah siap. Dah ada orang iklankan if nak sewa kedai depan tu. Selain rumah,kerja2 menyiapakan taman rekreasi mini pon sedang rancak dilakukan. Ade small tasik kut, or maybe kolam. Pastu ada cam pondok2 kecik untuk orang berehat lepas main kat padang or jongging ke.  Banyak jugak pokok2 ditanam kat situ.

A part of kawasan perumahan kami, Mydin dan juga terminal stesen bas pon rancak dijalankan juga. Mydin tu dalam bulan June 2012 siap la kot. So nanti bole la shopping kat Mydin..hihi..

Aqim cakap nak rumah kaler oren..Tapi mama takmo la warne oren. Pelik je warne tu..hahaha..Takpe2 tu lain citer. Yang penting siap dulu baru kita pikir ye nak oi!

Okey itu aje yang nak diceritakan.. Insyallah semoga semua dipermudahkan. Aminn..

Friday, January 27, 2012

Mood yang tak mai2

Aku takde mood nak menulis!

Apo la kononye aku pon tak tahu..

Maka nye mode MALAS mula melanda diri ku..

Sunday, January 15, 2012

Dah pandai "menyematkan" diri

Dua orang hero aku nie dah pandai bergaya. Nak menyematkan diri bak kata orang.

Antara aktiviti2 yang 2 orang hero ni akan lakukan bila tau nak kuar berjalan:

  • Pilih baju sendiri - kekadang tu terpaksa gak ikut cakap mama dia..hahaha
  • Nak sikat rambut walaupon rambut ala-ala Mawi, tak sikat pon takpe nak oi..
  • Pastu nak pakai minyak rambut
  • Pakai minyak wangi - nak berwangi-wangian jugak tu
  • Pakai deadorant jugak ye..tengok mama & papa dia pakai, diaorang pon nak jugak
  • Pakai jam tangan 
  • Pakai spek mata itam tu yek..tak menahan betol la dua orang hero nie.. adoi ai
Ada satu ensiden yang kelakar. Rayyan datang mengadu kat aku.

Rayyan: Ma, ni akit (sakit- sambil tunjuk kat ketiak dia)
Aku: La nape nie? Adik buat ape?
Rayyan: Nie (sambil tunjuk Ammen Yoko-yoko)

Patut la ketiak ko pijo nak oi..yang ko tenyeh yoko-yoko tu nape la pule...adoi ai.. ni gara-gara dia ingatkan benda alah tu deadorant la tu..hahaha

Budak-budak nie kalu dah melaram suka puji diri sendiri..ensome kata diaorang..haha lawak betol!



Dua orang hero penghibur hati, yang selalu bikin ribut..hihi..sayang korang nie..!


Kenduri arwah

Minggu lepas (7hb Jan)  kami semua balik ke Muo untuk buat tahlil untuk arwah ayah. 

Cepat je masa berlalu dah 40 hari arwah meninggalkan kami. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Amin.. Terima kasih kepada semua saudara mara yang turut hadir dan membantu melancarkan majlis. 

Ahad pagi kami ke tanah perkuburan melawat pusara arwah ayah. Kami sedekahkan bacaan Yassin, Al-Fatihah dan doa untuk kesejahteraan arwah di sana. Ketika kami hadir sewaktu pengkebumian arwah, banyak lubang2 kubur yang siap digali. Kini semuanya penuh. Selepas pusara arwah ayah, kami juga melawat pusara arwah atuk dan nenek yang terletak di kawasan perkuburan yang sama. 

Ya, suatu hari nanti kita pon akan melalui perkara yang sama. Pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Pulang menemui Pencipta kita yang Maha Agung. 

Saturday, January 14, 2012

Rayyan dah 2 tahun!

Alhamdulillah.. 12 Jan 2012, Rayyan genap 2 tahun

Cepat je masa berlalu, rasa macam baru bersalinkan Rayyan je.

Doa mama dan papa untuk Rayyan tersayang: Semoga kamu menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab, bijak dan menghormati orang lain. Insyallah mudah-mudahan

Rayyan semakin lasak. Suka buli abang Aqim. hahaha.. Pandai mengusik mama & papa. Ada je la keletahnya yang membuatkan orang poning pala tapi tak jadi nak marah. :p

Happy Birthday my sweetheart! Love you forever & ever





Dua pic ni masa umur Rayyan 4 bulan lebih. Family day company tempat papa keje ke Cherating




Ni pic yg terbaru..hihi


Mama

Friday, January 6, 2012

Bicara Tentang Masa Depan

Bicara tentang masa depan
Banyak sekali yang kuimpikan
Aku inginkan itu, aku juga inginkan ini
Aku mau itu, aku juga maukan ini
Semuanya aku ingin dan maukan

Usaha dan terus berusaha
Itu perlu aku lakukan
Untuk mencapai apa yang kuimpikan
Setelah berusaha, aku serahkan kepada Yang Esa
Kerana Dia Maha Mengetahui segalanya....

Azrine Razak 2 Jan 2012..

*Draft 2.1.12 publish 6.1.12..huhu lama simpan dlm draft

Monday, January 2, 2012

Azam Tahun Baru Saya

Dah masuk tahun baru. Pasti ada azam yang ingin kita capaikan. Kadang-kadang tak semestinya azam itu dapat dicapai dengan mudah, kadang-kadang azam tahun lepas pun masih jugak tak dicapai.

Contoh azam aku tahun 2010 nak stat drive semula. Tapi tahun 2011 baru la ia terlaksana.hihi..lambat nooo..anyaway tak kisah la kan. Kita dah berazam, lambat atau cepat bergantung kepada kita jugak! 

Tahun 2012 ni, aku berazam nak asah bakat menulis aku. Kena rajin2 menulis la gayanye. Aku ada mohon untuk masuk bengkel penulisan. Tapi tak tahu la terpilih atau tidak. Sebab tempat terhad. Lagi satu sebab dia percuma, makanya mesti la ramai orang daftar. Ikut nasib la kalu terpilih! 

Lepas tu dah stat pikir tentang karier. Ye la insyallah tahun 2013 dah nak move to Ipoh. Actually dah plan, just nak laksanakan je. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan urusan kami.

Sebagai pekerja yang berdedikasi haruslah aku berazam untuk meningkatkan mutu kerja dan juga berbakti kepada masyarakat. Penting tu! :)

Untuk famili pulak, nak tambah bilangan ahli keluarga tahun 2012 rasanye tak lagi kut. hihi..Aqim dah nak masuk 5 tahun dan Rayyan 2 tahun pada 2012 nie. So kalau nak tambah anak pon maybe plan for 2013. Insyallah..Hope for the best for my whole family.