Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Azam Tahun Baru Saya

Dah masuk tahun baru. Pasti ada azam yang ingin kita capaikan. Kadang-kadang tak semestinya azam itu dapat dicapai dengan mudah, kadang-kadang azam tahun lepas pun masih jugak tak dicapai.

Contoh azam aku tahun 2010 nak stat drive semula. Tapi tahun 2011 baru la ia terlaksana.hihi..lambat nooo..anyaway tak kisah la kan. Kita dah berazam, lambat atau cepat bergantung kepada kita jugak! 

Tahun 2012 ni, aku berazam nak asah bakat menulis aku. Kena rajin2 menulis la gayanye. Aku ada mohon untuk masuk bengkel penulisan. Tapi tak tahu la terpilih atau tidak. Sebab tempat terhad. Lagi satu sebab dia percuma, makanya mesti la ramai orang daftar. Ikut nasib la kalu terpilih! 

Lepas tu dah stat pikir tentang karier. Ye la insyallah tahun 2013 dah nak move to Ipoh. Actually dah plan, just nak laksanakan je. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan urusan kami.

Sebagai pekerja yang berdedikasi haruslah aku berazam untuk meningkatkan mutu kerja dan juga berbakti kepada masyarakat. Penting tu! :)

Untuk famili pulak, nak tambah bilangan ahli keluarga tahun 2012 rasanye tak lagi kut. hihi..Aqim dah nak masuk 5 tahun dan Rayyan 2 tahun pada 2012 nie. So kalau nak tambah anak pon maybe plan for 2013. Insyallah..Hope for the best for my whole family.





Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Hemm..dah masuk tahun 2009. sekejap je masa berlalu yek! Bila masuk tahun baru, umur pon meningkat la lagi. So tahun 2009 ni umur den jadi sweet 28! huahuahua..sweet ke? Tak kira gak! Same age with my hubby dan Aqim plak akan turn to 2 years old..

Apa agaknye perancangan untuk tahun 2009?

1) Aku dan hubby telah merancang untuk menambah bil ahli keluarga kami. Nak bagi adik pada Aqim.hehehe..Insyallah..kalo ada rezeki.

2) Hopefully aku leh drive. La ni masih tak confident, ntah bilo agak nyo nak confident, hanya Allah je tahu..hadoo..ciayok!ciayok!

3) Nak meningkatkan kadar saving kitaorang. haha..aku berjaya ke melawan kehendak ku yang tak tentu pasal suke membeli dan belah..Insyallah..berbelanja secara berhemah gitu la.

4) Usha meningkatkan prestasi kejo. Cewahhh... ko nak dicalonkan anugerah pekerjo berdedikasi apo? huahuahua..Idak la..kerja ni satu ibadah, so kita kena sentiasa memperbaiki diri dalam kerjaya kito.


Setakat itu je la, orang kata kalu berazam biar realistik. Ada yang azam berjela-jela tapi habuk pon tarak..kakaka..suke ati korang la! tang yang drive tu, aku kena usha lebih,berlebih dan terlebih lagi..

Berita gumbira sempena tahun baru ni ialah aku & hubby dapat bonus. yeah! gumbira..gumbira! Bole la nak tuko handpon baru. lamo dh den mengidam handpon baru. apo kah melampau aku ni mengidam hanpon baru? Ni tak peknen, kalu peknen aku mengidam nak peti ais 3 pintu cap LG camno? Mau pengsan asbenku itu! hahaha..merapu sudahh..

Harapan aku di tahun baru Maal Hijrah & 2009, semoga hidup aku sekeluarga limpahi rahmat dan dimurahkan rezeki dan semoga menjadi hamba Allah yang beriman dan tidak leka dengan kehidupan duniawi semata-mata..amin..

Selamat Tahun Baru!