Tuesday, February 28, 2012

Media Coverage Forum "Ada Apa Pada Nama"

Entry lepas tentang forum "Ada Apa Pada Nama" anjuran Sisters in Islam (aku berkhidmat as Programme Officer) telah mendapat media coverage dari beberapa media cetak & media electronic).

Detail tentang forum tersebut:
Tajuk: "Ada Apa Pada Nama"
Moderator: Prof. Datin Rashidah Shuib (KANITA)
Panelist: Dato' Hj Ismail Yahya (Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu)
             Dr. Juanda Jaya (Mufti Perlis)
             Nizam Bashir (Peguam bertauliah)
Tempat : Impiana Hotel KLCC
Masa: 9 pagi - 1.00 tengahari

Antara media yg cover citer nie ialah:

Metro : 
http://www.hmetro.com.my/articles/2012022603190320120226031903/Article/artikelMA

Aibkan bayi

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak tak sah taraf (luar nikah) yang dibin atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.

Katanya, semakan itu perlu kerana keputusan berkenaan berdasarkan perbincangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan bukan keputusan dicapai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

“Sebenarnya ada perbezaan antara Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan mengenai penamaan anak luar nikah kepada Abdullah adalah berdasarkan muzakarah atau perbincangan yang dihadiri individu tertentu.


“Untuk menetapkan sesuatu keputusan atau fatwa, ia sebenarnya hanya boleh dilakukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ahlinya dipilih Majlis Raja-Raja dan barulah ia boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada forum ‘Apa Ada Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam yang turut dihadiri Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya serta peguam bela dan peguam cara, merangkap peguam syariah, Nizam Bashir.

Menurut Dr Juanda, keputusan fatwa yang diguna pakai itu juga tidak berdasarkan konsep Islam kerana ia kelihatan menindas serta memalukan.


“Saya tidak tahu apa perlunya menamakan seseorang anak luar nikah, termasuk individu yang baru masuk Islam, dengan berbin atau berbintikan Abdullah. Ini seolah-olah kita ingin meletakkan mereka dalam satu kumpulan dengan tujuan tertentu.

“Sebab itu, dalam kebanyakan kes, anak-anak ini kemudian menjadi malu dan menerima aib apabila diketahui mereka anak tak sah taraf, sedangkan ia kesalahan ibu bapa dan tidak sepatutnya ditanggung anak,” katanya.

Dr Juanda berkata, tidak ada dalil atau nas menyatakan anak tidak sah taraf, termasuk golongan mualaf, perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Jika seorang lelaki datang ingin mendaftarkan nama anak mereka, itu bermakna dia mengaku itu anaknya dan tidak perlu dipertikaikan.

“Walaupun ia anak hasil di luar perkahwinan, hubungan darah antara bapa dengan anak tetap sama, cuma bezanya hasil hubungan sebelum berkahwin.

“Jadi kita sebagai manusia tidak perlu menghukum anak itu kerana kesalahan ibu serta bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu atau bapa mendaftar nama anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak.

“Tugas mereka adalah mendaftarkan nama. Jika ayah serta ibu bapa adalah warga negara, soal tempoh perkahwinan sewaktu melahirkan tidak patut menjadi persoalan.

“Perkara ini sebenarnya di bawah kuasa syarak dan bukan di bawah bidang kuasa pentadbiran. Hukum syarak lebih tinggi daripada pentadbiran,” katanya.

Nizam pula berkata, ibu atau bapa yang ada masalah atau dihalang untuk mendaftarkan nama anak atas sebab tertentu boleh membawa perkara itu ke mahkamah kerana ia melanggar Artikel 358 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan untuk mendaftar seperti terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas).


Utusan Malaysia : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2012&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm

Kaji semula fatwa nasab anak bawah enam bulan - Mufti

25/02/2012 8:38pm

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji semula fatwa melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan, dinasabkan (dibinkan) kepada bapanya.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana keputusan tersebut hanya disandarkan kepada dalil bersifat tafsiran (mafhum) dan bukannya ditetapkan (mantuq).

Menurutnya, terdapat satu dalil mantuq iaitu sebuah hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim yang menyebut bagaimana Rasulullah mengiktiraf nasab seorang anak selepas bapanya mengakui bahawa anak itu adalah anaknya tanpa mempersoalkan apa-apa.

“Saya menimbulkan isu ini bukan mahu menggalakkan zina kerana zina bukan sahaja diharamkan oleh Allah malah mendekatinya juga dilarang.

“Namun, apa yang saya mahu timbulkan ialah kewajaran kita menghukum anak yang lahir tidak cukup enam bulan selepas ibu bapanya berkahwin dilarang daripada dinasabkan kepada bapanya sendiri.

“Adakah ini yang syarak tetapkan sedangkan ada satu hadis yang boleh kita jadikan panduan iaitu hadis yang mengisahkan pertikaian dua sahabat terhadap seorang kanak-kanak.

“Asas kandungan hadis itu nasab anak adalah berasaskan kepada perkahwinan dan diakui bapanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam forum `Ada Apa Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam di sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan pengamal undang-undang, Nizam Bashir.

Panel itu dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (Kanita), Prof. Dr. Rashidah Shuib.

Pada 1971, persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan, tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Juanda berkata, atas sebab itu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 2009 mengeluarkan fatwa bahawa anak yang lahir di bawah enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dinasabkan kepada suaminya kecuali ia dinafikan oleh suaminya itu.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada hadis Rasulullah. Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan kira-kira 20 sahabat.

“Oleh itu, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu melihat semula soal ini supaya masalah nasab ini dapat segera diselesaikan. Soal nasab ini amat penting kerana ia melibatkan maruah dan nama baik semua yang terlibat,” ujarnya.

Beliau berkata, akibat daripada fatwa tersebut juga menyebabkan bayi yang lahir di bawah enam bulan selepas perkahwinan tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun bapa berkenaan mengaku bayi itu adalah anaknya.

“Satu lagi masalah yang dihadapi, bapa terbabit tidak boleh `berbin’ atau `berbinti’ pada dirinya apabila melakukan pendaftaran di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kerana dikatakan `terikat’ dengan fatwa tersebut,” ujarnya.

Ismail pula ketika membicarakan isu sama berkata, keputusan yang dibuat oleh hakim dalam menentukan satu-satu kes termasuk nasab adalah bersandarkan kepada sumber syarak dan tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Sebelum keputusan dibuat pihak hakim akan buat siasatan dan penelitian dengan berdasarkan sumber-sumber hukum syarak yang sedia ada,” katanya. - UTUSAN


The Malaysia Insider

http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/perlis-mufti-fatwa-on-illegitimate-children-not-finalised/

Perlis Mufti: Fatwa on illegitimate children not finalised

By Mohd Farhan Darwis
February 25, 2012

Juanda speaks during the “Apa Ada Pada Nama” forum in Kuala Lumpur, February 25, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Feb 25 — Perlis Mufti Dr Juanda Jaya today said the National Fatwa Council ruling that children born within six months of their parents’ marriage may not carry the father’s name, is not deemed final until it is formally endorsed by the Conference of Rulers.

The religious scholar explained that the ruling was merely the outcome of a council discussion and not an official meeting directed by the Malay Rulers.

“The decision needs a second look,” Juanda told reporters after a forum organised by Sisters in Islam, “Ada Apa Pada Nama” (What’s in a name), this morning.

“Members of the public may still contest it (the ruling) and take their grievances to the courts should they find difficulties in registering children born less than six months from their wedding,” he said.

Juanda added that lineage was Allah’s gift to mankind and that poor interpretation of “mafhum” (implied meaning) and “mantuq” (pronounced meaning) created victims of circumstance, when Islam had never decreed that a child born less than six months into a wedding could not attribute his or her lineage to the parents.

“Islam’s nature is to preserve the dignity of each child born, whether they came from an illicit union is another matter. If a father of a child admits paternity, in Islam, the child should be attributed via ‘bin’ or ‘binti’ to the father, that is the child’s human right.”

“But it is the judgemental nature of our society that has perpetuated social ills and widespread baby dumping. Because of the stigma of having children out of wedlock, these children are cast off and that opens another road to sin,” he said.

Juanda also regretted the actions of National Registration Department (NRD) staff, whom he viewed to be acting as though they were arbiters of an individual’s legitimacy of birth.

“I still don’t understand why they have to play enforcers in determining a child’s legitimacy. Who are we to judge that? It is something for religion to handle.”

He said, “Determining a child’s lineage in Islam is through four means: legal marriage, a marriage of doubtful legitimacy, ‘Watin Shubahah’ and ‘Qaffah’, but in any case the children are attributed to their fathers.”
Juanda’s sentiments were shared by the Chief Justice of the Terengganu Syariah court Datuk Ismail Yahya, also a speaker at the forum, who stated his regrets at such judgemental acts.

“Lineage lasts a lifetime, so when children start school, have families and so on, they will be haunted by their uncertain paternity,” he said.

Another member of the panel, Bar Council representative Nizam Bashir, said that in Articles 5 and 8 of the Constitution, it was already stated that each individual has the right to a surname and their family name.

A Berita Harian report before this stated that, according to records from 2006 to 2010, as many as 234, 647 instances of illegitimate birth have been recorded in the country. Of those, 85,079 were born to Muslim parents.

Friday, February 24, 2012

Saturday, February 11, 2012

Rayyan demam, aden sakit tekak

Rayyan demam dan mamanye tekak dah perit. Adoi la..

Rayyan xbole silap sikit, ade je dia mengamuk..Itu tak kena ini tak kena. Biasa la kalau dia tak sihat banyak la ragamnye. Semalam dah g klinik, before this makan ubat yang ade kat umah. Then bila dah 3 hari demam tak kebah, bawak ke klinik. The things is masa 3 hari tu, only malam je badan Rayyan panas, siang elok pule. So takut melarat, kami just bawak g chek. Doktor kegemaran kami la, mane lagi kalu bukan kat Klinik Azhar. Doc cakp paru2 ok, kelenjar bawah telinga bengkak sikit. Doc bagi antibiotik, ubat demam yang kuat sikit. Ubat selsema dan juga ubat batuk,sebb aritu dia ade batuk dan selsema jugak.

Bab makan ubat Rayyan dah ok. Senang la, just cakap je Rayyan mari makan ubat.. Pastu dia la sibuk nak amikkan sudu, amik ubat. Tak sabo2 mkn ubat. Kalu dulu nak makan ubat cam nak g perang. Punye la payah.

Hopefully Rayyan cepat sembuh. Sebab mama kesian tengok dia takde mood je. huhu.. Tapi dalam xde mood tu, kalu dia geram dengan Aqim, memang dia takkan teragak2 melepuk abangnya itu.. maka melaung la si Aqim..adoi la..garang ko ye Rayyan!

Doakan Rayyan cepat sembuh ya! Insyallah...

Thursday, February 9, 2012

Paya Indah Wetlands

Lepas ari Ahad ke Pusat Sains Negara, ari Isnin aku dengan En Jijan bawak anak-anak ke Paya Indah Wetlands, Putrajaya. Jauh jugak tempat ni. Area Dengkil sana. Kami ikut GPS je. Kalu takde GPS maunye sesat uols. Masuk area pendalaman jugak la.


Nape aku nak g Paya Indah Wetlands nie? Ha sebab nye kat one of SIS punye BOD cakap kat sini syok gile kalu nak tengok tempat alam semulajadi. Ade hippo, ade flamingo gitu. So aku nie pon teringin gak la nak g sana kan. Jadi nie kami pegi ari Senin. Aku siap masak untuk bawak bekal makan tengahari kat sana. Bersemangat uols! Haha..


Bertolak agak lambat sikit ye, dalam kol 10 pagi sampai kol 11 pagi. Satu jam perjalanan. Tempatnye di sebelah Kem PLKN Paya Indah. Masuk adelah percuma.  Ia dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Oktober 2001. Tempat nye memang luas. Ade perkhidmatan sewa basikal. Aku teringin gak nak naik beskal, dah lama tak naik uols! Tapi memandangkan beskal kecik untuk Aqim xde, so kami naik keta je la utk explore kawasan Paya Indah Wetlands nie. Kawasan dia sgt luas, if nak explore jalan kaki, fengsan aden dengan bawak budak2 toodler kan!


Ok memula kami g tasik yang ade buaya sebab org kaunter tu ckp sekarang nie diaorag tengah bagi buaya makan. Sampai2 kat tasik tu orang agak ramai jugak. Yup ade banyak buaya, takot! Buaya kat sini diberi makan ayam. Sekali ngap je, xde nye nak kongsi2. huhuhu..Masa kami g tu dah nak ujung2 bagi makan. Banyak buaya yang dok berendam je, yg kat darat ade le sekor. Aku dok pikir, kalu la ujan lebat sampai air naik tinggi, maunye buaya ni terlepas kot…ayoo scary uols!


Then kami g tengok kuda pulak, ade lebih kuang 6 kandang kuda. 5 ekor yg warne putih dan sekor warne coklat. Aku xpenah tengok kuda secara dekat, so agak jakun ye! Tinggi dan beso jugak kuda. Depa nie dok dalam kandang je masa aku tengok tu. Aqim n Rayyan macam takut2 je. Berdepan dengan kandang kuda ade kandang landak. Gemuk2 landaknye..hihi..yang aku tengok ade 3 ekor.


Lepas tengok landak, kami ke tasik yang ade kayak dan paddle boat. Aqim beria2 nak ajak naik paddle boat. Jom la mama, best nanti ade boat! Seronok katanye..hihi lom naik dia dah kata seronok. Aku ni bab air2, naik bot agak cam tak suka sangat. Tapi dek kerana Aqim dah beria2 bagai, aku dengan En Jijan layan kan jugak. Kanak-kanak umur 7 tahun had umurnye, but adik yang kat kaunter tu cakap if nak naik satu family pon xpe. Mak  n paknye kayuh paddle boat tu anak2 dok kat tengah. Setengah jam harga nye rm7. Kena pakai jaket keselamatan dulu ye! En Jijan meriba Rayyan, Aqim pulak dok tengah. So berkayuh la kami naik paddle boat itu sambil menikmati keindahan tasik! Kat tepi2 tasik tu ade bunga teratai. Cantik uols! Rayyan bole nak tertido2 naik paddle boat nie, nak tergelak kami dibuatnye bile tengok mata Rayyan dah layu2 nak tido.


Selesai berboat, kami terus explore lagi. Ade menara tinjau. If nak tengok pemandangan keseluruhan Paya Indah Wetlands nie, but pikirkan budak2 and nak memanjat pon satu hal. Kami pon tak g la kat Menara Tinjau tu. Hahaha.. nie la mak pak yang tak bape nak adventure sangat kan. Aku je yg sebenarnye tak adventure, En Jijan ok je. Abih dah bini dia xmo, dia pon ikot..hahaha..


Then g tengok hippo pulak. On the way ke kandang hippo, ada a few chalet kat sini untuk di sewa. Kut2 la ade family yang nak bermalam kat sini kan. Cantik jugak la aku tengok chaletnye, but aku xtengok kat dalam. Luarnye memang cantik. Ok, kandang hippo kat tepi tasik jugak ye. Sebab hippo kat suke berendam. Masa kami sampai, dua ekor hippo sedang berendam menyeberang dari kawasan kandangnye. Agak jauh jugak la. But Nampak la depa berendam. Ade banyak itik jugak! Aku nak suh budak2 ni tengok hippo yang tak berendam, so nanti Aqim & Rayyan kenal la rupe paras hippo. Dahnye depa berendam kan. So xdapek la aden nak menolongnye. Takkan aku nak pakse hippo tu naik atas, maunye dia gigit kang!


Setelah kecewa xdapat tengok hippo di darat, kami pon decide mau makan tengahari. Makan kat area sini jugak la. Ade kawasan namenye Anjung Family.Disediakan pondok2 untuk family berehat dan makan. Kat tepi tasik a.k.a paya kut.Ade jugak cafeteria kat sini.


 Gigih hokey, pagi2 aku masak untuk bawak bekal makan tengahari. Walaupon lauk simple tapi sedap je makan bile dah lapo. Oleh kerana makan di tepi paya, so ade la bau2 paya tu sikit. Tapi hokey je, bedal je makan.hahaha.. Rayyan agak melasak ye. Ade je bende nak dibuatnye. Tuang air basuh tangan la, tumpahkan air la..mak paknye nie kekadang terkurang la jugak kesabarannye. Kena la juga si tonet nie lepek sikit, dah nye mulut mak paknye riuh cam bertih jagung dok warning, tapi dia wat deakk je..haiyoo..budak2 tengah naik camni la. Mule la aku dengan En Jijan cakap, bile la adik nie nak beso..hahaha..kang budak tu dah beso ko rindu time dia kecik pulak kan! Aqim behave sebab dia dah beso sikit kan. Bak kata dia “Aqim kan dah beso, dah 5 tahun, lagipon Aqim kan anak soleh!” Alhamdulillah anak soleh mama nie, bijak! Hihi..


Lepas makan, aku ajak En Jijan round sekali lagi kat kandang hippo mana la tau dia dah naik kan.Oo lupe pulak, masa hippo tu berendam kat sebelah tasik tempat hippo tu ada kawasan burung flamingo dan burung Udan ke hape ntah namanye. Yang paruh dia panjang tapi ke bawah, dan kakinye agak panjang. Kena patuk ni mau fengsan uols. Sebab tengok gaya paruh nye nie kuat rupe parasnye. En Jijan bawak seround lagi untuk ke kandang hippo. Dan yeah hippo itu dah naik ke darat! Walaupon sekor cukup la untuk aku tunjukkan kat Aqim n Rayyan, itu adalah hippo ye anak-anakku! Mak dia rasanye yg over excited tengok hippo! Hahaha.. So ape lagi amik gmbo la. Kat signboard tu tulis, Awas, gigitan badak air boleh membunuh. So kena hati2!






 Buaya itu...


 Di kandang kuda



 Rayyan yang mau tertido


 KAMI yang happy naik paddle boat. Penat mengayuh..



 Dua ekor hippo sedang berendam


 Jemput makan..


Muka Aqim yg dah kepenatan



Hokey lepas dah puas tengok hippo, kami pon pulang. Fenat tapi puas hati dapat bawak anak-anak g jalan-jalan J


Tuesday, February 7, 2012

Jalan-jalan Pusat Sains Negara

Cuti-cuti Malaysia la lagi kan..Last two weeks cuti panjang sempena Chinese New Year. This week pulak sebab Maulidur Rasul dan jugak Thaipusam.

Cuti kali nie kami kat KL je. Mula2 plan nak balik Muo, but family in laws nak dtg KL, so lek Muo lambat sikit la. Maybe awal bulan Mac. Cuti2 yng panjang ni biasanye jalan agak jem kan. Huhu..

So family in laws dtg dari ari Sabtu hingga ari Ahad. Actually diaorang datang sebab nak melawat cucu mak yang accident aritu kat Klang. Ari Sabtu ke rumah anak sedara En Jijan then ari Ahad kami bawak family jalan2 kat Pusat Sains Negara. http://www.psn.gov.my/bm/default.htm

Kami pon sebenarnye tak tahu nak jalan ke mana. Sebab fikir ade budak-budak toodler, so makanye Pusat Sains adalah yang terbaik untuk dilawati. Hihi..Untuk kami pule ini adalah lawatan kali ketiga kami ke sini J
Masuk adalah percume ye, kecuali if ade special occasion, cam aritu ade Pameran Dinosour, so kena bayar tiketnye. Aqim cam dah familiar je kat tempat ni, so dia la sibuk ajak sepupu nye cube itu ini..haha..excited betol!

Rupe2nye Pusat Sains Negara ni luas kawasannye. Kami selalu g kat atas je, so tak tahu yang kat bawah tu rupe2nye ade Taman Rama-rama, ade taman air – maksudnye leh mandi manda di situ..Lepas tu ade untuk orang dewasa. Sekarang nie ade pameran tentang Robot Actroid  - The First Human Robot in Malaysia. Pameran berlangsung dari 12 Nov 2011 – 8 Mac 2012.  Tutup setiap hari Jumaat. Yang nie kami tak masuk pon. Dah spend banyak masa kat dalam Pusat Sains Negara dengan tamannye tu, sebab family in laws nak balik ke Perak pukul 1.

Kire happening je la budak-budak nie g kat sini. Macam –macam bende dicube nye. Berkaitan dengan sains. Aku paling suka kat are akurium je. Sebab boleh tengok ikan-ikan yang pelik2. Beso2 pulak tu kan..hihi

 Transformer


Aqim mengayuh untuk menggerakkan train di situ


 Train manual..hihi


 Ikan yang beso n pelik2 kat akuarium



Di taman Pusat Sains Negara


Uols pegi mane cuti2 Malaysia nie? 

Thursday, February 2, 2012

Sehari di Pekan Frinjan

Pekan Frinjan? Ape tu Pekan Frinjan ye? Mula2 pon aku tak tahu jugak ape tu pekan Frinjan. Yang aku tau diaorang selalu organize event untuk anak-anak muda. Okey meh sini berkenalan dengan Frinjan, yang nie aku tengok kat blog diaorang.

Tentang Pekan Frinjan
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan.

Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.

Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

So kalau nak tahu lagi lebih lanjut bole g kat blog Frinjan http://frinjan.blogspot.com/ or bole “like” Facebook nye https://www.facebook.com/Frinjan

Kat Frinjan ni memang happening la. Ade banyak booth2 yang jual buku-buku, baju-baju, accesori2, kasut-kasut, sumenye yang citarasa orang mude but still orang yang dah berumur pon bole je beli kan. Hahaha..

Masa 27hb Januari, aku and my colleagues dari Sisters in Islam pon ade open booth. Tempatnye di Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam. Kami jual buku2 SIS, bagi brochure tentang SIS dan Siri Ketahui Hak Anda, jual T-shirt dan jugak barang2 pre loved untuk tujuan fund rising.  So far ok la. Ramai jugak la yang datang booth SIS, nak kata orang beli banyak buku xde la. But at least diaorang datang and borak Tanya ape SIS buat, then amik la brochure yang percuma tu. Kira cam platform untuk kami berkenalan dgn orang luar la. En Jijan pon bukak booth jugak. Booth dia cam goreng pisang panas. Ramai giler orang datang beli buku kat booth dia. Ndak2 dia jugak accept baucer buku yg gomen bagi student2 ni kan. So apo lagi, ramai la peminatnye.

But baucer tu kalu nak guna kena make sure student tu tulis nama & no ic nye, kalu tak nanti penjual buku nak claim kat Bank Simpanan Nasional akan direject. Sebelum En Jijan datang dengan anak2, aku la yg jaga boothnye. Ade satu baucer xde tulis nama n ic. So rugi la satu kat situ..RM50 hengget tu..huhu..nak wat cmno kan. Nasib bek satu. En Jijan xde ckp dgn aku pesal tu, so bole dimaapkan la ye. Haha..next time dah tahu dah. Tapi kan kalau adik yg tak tulis baucer tu ade baca blog nie, sila tampil ke hadapan bagi membolehkan kami claim RM50 hengget itu.. ade harapan ke? huhu..cube2

Booth En Jijan ni laku sebab buku2 yang dia bawak untuk dijual tu memang budak2 mude suke baca, orang kata kena la dengan citarasa orang mude kan. Novel2 dari terbitan Fixi http://fixi.com.my/. So kalau nak beli buku2 from Fixi ni bole la roger2 aku or En Jijan di e-mail kami azrine81@gmail.com or azizanhamsin@gmail.com . or contact kat Fixi terus. But ade jugak buku2 lain yang kami jual..

Selain booth2 yang menjual bermacam-macam barang, pada sebelah malam pule ade live band performance. Aku sempat tengok performance dari KL street drummer. Tengok dengan Rayyan, si Aqim asyik dok main game kat handphone. Ntah dengan sape2 je dia main, tak kisah. Siap ade pertunjukkan orang main api lagi uols! Best hokey!

And beside buat performance, diaorang buat fund rising untuk membantu adik An-Nur dan An-Nisa. http://www.youtube.com/watch?v=Zr7AWiMqTj8 dan blognye http://www.hope2walk.blogspot.com, Sedikit info tentang Hope2 Walk nie :
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/
Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012
sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

Maybank
MohdAffandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 39 9194 992754

*Info di atas aku dpt kat bwh link youtube tu.harap maklum

But now untuk adik An-Nur je, sebab adik An-Nisa sudah kembali ke pangkuan Penciptanya. Al-Fatihah.  So mari kita sama-sama bantu adik An-Nur merealisasi kan impiannya.

Ok, berbalik kepada citer kami tadi, memandangkan kami ni pegi berniaga bawak anak-anak yang sedang meningkat toodler, so lasak kemain ok! My colleagues pon turut same layan kerenah anak-anak En Jijan & Pn Azrine nie..hahaha..Fengsan..tapi demi mencari sesuap nasi (ceh-ceh) kami gagahkan jugak sampai pukul 12 mlm. Tu pon aku dah wat muka 11. Ye la kan budak2 dah mengantok, yang papa nye pulak excited meniaga. Walaupon jaga bergilir2, but sebab aku dari pukul 4ptg..so terasa la penat beno. En Jijan sampai dlm kol 7.30 ptg. Sebab muka dah muncung, En Jijan suh aku wait kat keta je dgn budak2. Katanye kita meniaga kena manis muka, tak bole masam2 nanti customer lari , nak beli pon xde mood..rezeki pon tak masuk..hayooo..peniaga tegar yang sgt menjaga hati customer dari hati wife nye..huhu..

So tepat kol 12 malam, kami pon pulang ke rumah. Colleagues aku dah balik around kol 11 mlm, yang paling lewat balik pon kol 11.30 mlm. Alhamdulillah..murah rezeki juga la kami mlm tu kan. Syukur-syukur. Bulan depan En Jijan mau meniaga lagi. Insyallah, Pekan Frinjan kami ketemu lagi ya!


*Pic takde amik sebab dah sibuk jaga booth, jaga anak-anak dan jalan2 kat booth orang lain..hahaha..