Thursday, February 2, 2012

Sehari di Pekan Frinjan

Pekan Frinjan? Ape tu Pekan Frinjan ye? Mula2 pon aku tak tahu jugak ape tu pekan Frinjan. Yang aku tau diaorang selalu organize event untuk anak-anak muda. Okey meh sini berkenalan dengan Frinjan, yang nie aku tengok kat blog diaorang.

Tentang Pekan Frinjan
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan.

Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.

Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

So kalau nak tahu lagi lebih lanjut bole g kat blog Frinjan http://frinjan.blogspot.com/ or bole “like” Facebook nye https://www.facebook.com/Frinjan

Kat Frinjan ni memang happening la. Ade banyak booth2 yang jual buku-buku, baju-baju, accesori2, kasut-kasut, sumenye yang citarasa orang mude but still orang yang dah berumur pon bole je beli kan. Hahaha..

Masa 27hb Januari, aku and my colleagues dari Sisters in Islam pon ade open booth. Tempatnye di Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam. Kami jual buku2 SIS, bagi brochure tentang SIS dan Siri Ketahui Hak Anda, jual T-shirt dan jugak barang2 pre loved untuk tujuan fund rising.  So far ok la. Ramai jugak la yang datang booth SIS, nak kata orang beli banyak buku xde la. But at least diaorang datang and borak Tanya ape SIS buat, then amik la brochure yang percuma tu. Kira cam platform untuk kami berkenalan dgn orang luar la. En Jijan pon bukak booth jugak. Booth dia cam goreng pisang panas. Ramai giler orang datang beli buku kat booth dia. Ndak2 dia jugak accept baucer buku yg gomen bagi student2 ni kan. So apo lagi, ramai la peminatnye.

But baucer tu kalu nak guna kena make sure student tu tulis nama & no ic nye, kalu tak nanti penjual buku nak claim kat Bank Simpanan Nasional akan direject. Sebelum En Jijan datang dengan anak2, aku la yg jaga boothnye. Ade satu baucer xde tulis nama n ic. So rugi la satu kat situ..RM50 hengget tu..huhu..nak wat cmno kan. Nasib bek satu. En Jijan xde ckp dgn aku pesal tu, so bole dimaapkan la ye. Haha..next time dah tahu dah. Tapi kan kalau adik yg tak tulis baucer tu ade baca blog nie, sila tampil ke hadapan bagi membolehkan kami claim RM50 hengget itu.. ade harapan ke? huhu..cube2

Booth En Jijan ni laku sebab buku2 yang dia bawak untuk dijual tu memang budak2 mude suke baca, orang kata kena la dengan citarasa orang mude kan. Novel2 dari terbitan Fixi http://fixi.com.my/. So kalau nak beli buku2 from Fixi ni bole la roger2 aku or En Jijan di e-mail kami azrine81@gmail.com or azizanhamsin@gmail.com . or contact kat Fixi terus. But ade jugak buku2 lain yang kami jual..

Selain booth2 yang menjual bermacam-macam barang, pada sebelah malam pule ade live band performance. Aku sempat tengok performance dari KL street drummer. Tengok dengan Rayyan, si Aqim asyik dok main game kat handphone. Ntah dengan sape2 je dia main, tak kisah. Siap ade pertunjukkan orang main api lagi uols! Best hokey!

And beside buat performance, diaorang buat fund rising untuk membantu adik An-Nur dan An-Nisa. http://www.youtube.com/watch?v=Zr7AWiMqTj8 dan blognye http://www.hope2walk.blogspot.com, Sedikit info tentang Hope2 Walk nie :
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/
Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012
sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

Maybank
MohdAffandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 39 9194 992754

*Info di atas aku dpt kat bwh link youtube tu.harap maklum

But now untuk adik An-Nur je, sebab adik An-Nisa sudah kembali ke pangkuan Penciptanya. Al-Fatihah.  So mari kita sama-sama bantu adik An-Nur merealisasi kan impiannya.

Ok, berbalik kepada citer kami tadi, memandangkan kami ni pegi berniaga bawak anak-anak yang sedang meningkat toodler, so lasak kemain ok! My colleagues pon turut same layan kerenah anak-anak En Jijan & Pn Azrine nie..hahaha..Fengsan..tapi demi mencari sesuap nasi (ceh-ceh) kami gagahkan jugak sampai pukul 12 mlm. Tu pon aku dah wat muka 11. Ye la kan budak2 dah mengantok, yang papa nye pulak excited meniaga. Walaupon jaga bergilir2, but sebab aku dari pukul 4ptg..so terasa la penat beno. En Jijan sampai dlm kol 7.30 ptg. Sebab muka dah muncung, En Jijan suh aku wait kat keta je dgn budak2. Katanye kita meniaga kena manis muka, tak bole masam2 nanti customer lari , nak beli pon xde mood..rezeki pon tak masuk..hayooo..peniaga tegar yang sgt menjaga hati customer dari hati wife nye..huhu..

So tepat kol 12 malam, kami pon pulang ke rumah. Colleagues aku dah balik around kol 11 mlm, yang paling lewat balik pon kol 11.30 mlm. Alhamdulillah..murah rezeki juga la kami mlm tu kan. Syukur-syukur. Bulan depan En Jijan mau meniaga lagi. Insyallah, Pekan Frinjan kami ketemu lagi ya!


*Pic takde amik sebab dah sibuk jaga booth, jaga anak-anak dan jalan2 kat booth orang lain..hahaha..



No comments: