Tuesday, November 27, 2012

Menggila dengan K-Pop pule

Hadoi ai mak budak ni menggile dengan K-Pop! haha.. Aku tau la aku ni agak ketinggalan bab-bab muzik nie. Minat terhadap K-pop bermula setelah lebih kuang 2 minggu balik Korea. Nasib baik sebelum tu aku xsawan K-pop lagi. If not haruslah cari barang-barang yang berunsur K-pop di Korea itu.

Hokey antara kumpulan yang aku suka dengar lagunye ialah Big Bang & Beast. Best la lagunye walaupon aku tak paham bijik butirnye apa yang diaorang sebut. Haha..Aku bukan minat the person just the music je. Muka sume aku tengok sepesen je. Sampai cam tak tau nak bezakan.


Antara lagu Beast yang aku suke:
Midnight
Lights Go On Again
Mystery



Antara lagu Big Bang yang aku layan:
Lies
Bad Boy


Tibe-tibe plak kan terdengar lagu BTOB (Born to beat). Best jugak! 

Antara lagu yang aku suke:

Dah layan je lagu K-pop je sekarang nie! :)









Monday, November 19, 2012

Spend my holiday @ Muar

Weet..weet..

Korang cuti last week g ke mane? Aku balik ke Muo, amik cuti ari Rabu & Jumaat. Ari Khamis cuti Awal Muharam. Cuti Deepavali plak g tengok anak buah terbaru En Jijan.

Aku macam jakun sikit melihat perkembangan bandar Muar. Ye la dah banyak perubahan uols! Antaranye:

1) Kat Tanjung Emas tu dah macam I-city hokey
2) Ade Chatime - yang ni aku suke
3) Tutty Fruity - pon ade jugak
4) Secret Recipe - ni dah lama jugak la kat Bangunan Umno tu. 
5) Pizza Hut - dulu kat depan Wetax, skrg ni dah ade lg 2 siap Pizza Hut Delivery lagi
6) Kat roundabout tu dah ade replika Mahkota 

Tunggu outlet Body Shop plak..hihi..

So cuti kat Muo, spend time with my mom. My adik Tiqa pon balik sama (dia adalah student UMP). Antara aktiviti2 bersama mak ialah:
1) lepak sambil sembang anak beranak 
2) masak bersama
3) meronda2
4) shopping barang dapo

Seronok la walaupon kite g teman mak g Pasar Tani kan..hihi..malam sapedek kat Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Mak aku kalu g sini mesti makan kat Kedai Wak Jos! Sodap..sodap..ikan pon fresh! 

Pastu mak nk g ronda2 Tanjung, melihat keindahannye waktu malam. Hokey masa ni la baru aku tau kat Muor pon dah macam I-City hokey. Meriah bagai! Adik aku si Azwan dan geng2 B-boy nye selalu praktis kat Tanjung nie la.

Ronda2 disambung lagi ke Uptown Muor. Pergh...Muor pon ade uptown uols! Ni kat are teksi stand tu. Adik aku cakap nnt kat bando tu nak buat macam Petaling Street. Siap ade bumbung lagi. Aku tengok pon dalm proses pembinaan lagi tu. Hebat2! Pastu jumpa la plak Kitab Terfaktab punye budak jual buku kat uptown Muor. En Jijan happy la dapat jumpa budak2 line buku kan..hihi..

Sabtu & Ahad kite teman mak memenuhi jemputan kahwin. Lepak umah atok. Kiranye ade je aktiviti merayap.

Ari Ahad kol 3.45 petang bertolak pulang ke KL.. If balik Muor kan, nampak je Jambatan Sultan Ismail tu kire happy la..kunun2 Yeay dah sampai Muor. Then bile nk balik ke KL, lalu Jambatan tu  dalam hati cakap, bye bye muor see you next time!

Ni pemandangan kat Tanjung Muor..dah ala2 I-City gitu!

Wednesday, November 14, 2012

My Trip to Korea- Part 3

Sambungan Part 1 & Part 2:

Rasa cam tak percaya plak dh berada kat Korea! Time sekarang ni Korea popular dengan K-pop. Masa zaman aku dulu popular dengan drama Winter Sonata. Kuar dari perut pesawat aku rasa cam mamai. Jet leg kot..haha..Lepas amik barang kitaorang (Aku dengan Kak Siti) kami pon cari teksi untuk ke destinasi kami iaitu Ewha Womans University! Masa kat e-mail tu EGEP team dah bagi tau ade 2 cara untuk ke uni.
1)By bus
kelebihan - murah - cuma 1000 won je 
kekurangan - kena jalan kaki jauh dari tempat turun, pastu kami tak familiar, masalah utama ialah
barang banyak (yang banyak tu aku la..kuang..kuang)

2) By taxi
kelebihan - sonang, bole masuk sume barang, selesa, driver taxi bole hantar terus ke uni
kekurangan - mahal - 90,000 won (10,000 won = RM14 lebih kurang la so 90,000 won = RM126) 

So kami pilih naik taxi je la. Sebab barang banyak, fee taxi bahagi 2 sajo. sonang cito.

Kat sini bahasa agak sukar sikit, sebab kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris even cam simple2 pon. Jadinye agak susah sikit tapi kita guna bahasa isyarat tangan dengan lukis2 je la. Kami cakap nak g Ewha Uni, depa paham la. But tang nak sampai tu, kami cakap nak g ke International Dormitory, pakcik taksi tak paham, pastu tunjuk e-mail yang print tu plak dia tak tahu bahasa English..Hurmmm..but last2 tanye pak guard kat pintu masuk Uni, then dia paham la sikit2, so dia tunjukkan la lokasinye. Kira mencabar jugak la! Hihi...

Sume bende kami berpandukan guideline yang mereka e-mail tu la. Pandai-pandai la ko kan. Dah macam amazing race pon ade. Pusing punye pusing, then baru kami jumpa office untuk register kehadiran kami. Dah register dapatlah kunci bilik. Aku memang ditempatkan sebilik dengan Kak Siti. Yeehaa...

Bab kunci nie aku rasa mcm kitaorang agak jakun..Konon2 dah imbas kad then bole masuk, rupenye tak ye. Dekat setengah jam jugak la kami mengodek2 pintu tu, dah la xde orang kat situ nak ku tnayekan. Sudahnye, cuba dan cuba saja la. Mmg la masa register dia ade ckp please insert your ID number, masalahnye tak jumpa plak button numbernye. Rope2nye, kat pintu tu, ko ke tolak ke atas (slidekan dia) then baru la nampak button itu..Lepas ko imbaskan kad, then press ID number baru lah pintu bole bukak!

Dorm sangat selesa ok! siap ade aircond, bilik air ade sekali, peti ais, tilam yang tinggi, meja study, almari baju dan juga lampu study. Siap bantal dan juga selimut! Dah jumpa katil, apa lagi kami pon merehatkan badan..zzzzz..........

Bila dah tengahari, solat, cari makan dan chek e-mail, FB dan sebagainya.  Dan sempat jugak kuar jalan2 di sekitar uni dan luar uni. Kat area luar Ewha Uni, sangat happening. Banyak shops yang boleh beli belah. But kami hanya cuci2 mata, tu pon sebab sim card Kak Siti buat hal, so g cari kedai teleco provider. Hari pertama just makan makanan yang dibawak dari Malaysia sahaja :)

Program orentasi hanya akan bermula pada keesokan hari - 5 July..

Sambung lagi nanti..


Inilah tempat kediaman masa 2 weeks di Korea - International House

Tuesday, November 13, 2012

Little piece from me :)

Sharing my little piece :)

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/wanita-kerjaya-dan-rumahtangga/


Wanita, kerjaya dan rumahtangga


October 16, 2012
16 OKT — “Tahniah Puan Melisa, anda diterima untuk menyertai kursus yang kami anjurkan di Australia minggu hadapan,” kata Encik Zulkifli, Ketua Jabatan Melisa. Melisa sangat gembira tetapi dalam masa yang sama otaknya ligat berputar dengan pelbagai persoalan. 
“Alamak, macam mana dengan hubby? Boleh ke dia bagi aku pergi ni? Bagaimana pula dengan anak-anak... siapa pula yang hendak menjaga mereka? Mak nak pegi umrah, mak mertua pula tidak sihat.” Aduh, banyak benda nak kena fikir. Susah-susah tak payah pergi. Tapi, inilah peluang untuk aku menimba pengalaman kerja, selain membentuk keyakinan diri. Insyallah, bila prestasi kerja meningkat, ada peluang kenaikan gaji. Melisa dibelenggu dilema. 
Selepas makan, Melisa berbual dengan Malik, “Pa, Mama dapat pergi Australia untuk kursus yang Mama apply last month,” kata Melisa dengan perlahan. “Really, sayang? Oh... this is great, sudah lama Mama tunggu peluang ini. So, just go dear,” kata Malik. “Errr… tapi pa, macam mana dengan Alisha dengan Qaiyyum, siapa nak jaga?” tanya Melisa teragak-agak. “Eh, sayang nie, Abang kan ada, Abanglah jaga. Macam tak biasa pula. Kalau Mama outstation, bukankah Papa yang jaga?” 
“Ya, tapi itu selalunya dua hari sahaja pun. Tapi, kali ini dua minggu sayang,” balas Melisa. “Why? You don’t trust me? Jangan risau sayang, I will take care of our angels, this is your opportunity dear! Lagipun, bukankah Kak Su akan ada seharian mengasuh Alisha dan Qaiyyum? Jadi, abang hanya jaga malam sahaja. Sabtu dan Ahad bukan abang kerja pun. Don’t worry, papa kan Super Dad!” kata Malik. Melisa terharu dengan keprihatinan Malik. 
Esoknya, Melisa menelefon emaknya di kampung untuk berkongsi berita gembira itu. Emak seperti biasa membebel tentang tanggungjawab  seorang isteri dan ibu. “Kau asyik kerja sahaja, nanti siapa yang hendak jaga anak kau?” Leter emak Melisa. “Abang Malik jaga mak,” jawab Melisa. “Dua minggu kau nak suruh Malik jaga budak-budak itu? Kau tak kesian ke pada anak-anak kau, pada Malik? Entah boleh ke tidak si Malik menjaga cucu-cucu aku?” Emak terus membebel. “Insyallah, boleh Mak. Lagipun dia sudah biasa jaga anak-anak kami kalau saya outstation,” jawab Melisa lesu. “Tugas isteri bukan ke menjaga hal rumahtangga. Biarlah suami yang keluar mencari rezeki. Ini tidak, suami isteri sibuk bekerja, rumahtangga terabai,” hujah emak panjang lebar. “Tapi Mak, saya dan Abang Malik sama-sama mencari nafkah untuk tampung keluarga. Alhamdulillah, setakat ini kami tiada masalah menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Semuanya teratur Mak,” jelas Melisa. “Iyalah tu. Mak malas nak campur,” cebik emak Melisa. Melisa menghela nafas panjang.
Melisa malas hendak bertekak dengan emaknya. Tambahan pula, emak surirumah sepenuh masa sejak berkahwin, hanya arwah ayahnya sahaja yang mencari rezeki. Sebab itu sukar untuk Melisa terangkan pada emak yang sekarang ini suami juga boleh mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga. Itu bukannya sesuatu yang janggal, cuma cara emak dibesarkan membuatnya sangat kuat dengan pandangan iaitu “setinggi mana perempuan belajar sekalipun tempatnya tetap di dapur dan di rumah menguruskan keluarga dan anak-anak.” Noktah!
Peranan suami isteri berbeza dahulu dan sekarang
Situasi yang di alami Melisa sering terjadi dalam kalangan isteri yang berkerjaya. Terutama, sekiranya mereka mendapat peluang kenaikan pangkat atau kursus di luar negara; perkara-perkara inilah yang sentiasa membelenggu fikiran mereka. Bukan semua berkemampuan mempunyai pembantu rumah, namun jika situasi di atas terjadi maka peranan suami amat penting bagi membolehkan isteri menikmati peluang yang ditawarkan.
Namun, dalam kalangan masyarakat, taboo masih kuat terhadap persepsi “tugas isteri adalah menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anak, manakala suami mencari rezeki”. Tetapi, bagi mereka yang bergelar ibu tunggal atau ibu yang ditinggalkan, mereka adalah pencari nafkah yang utama. Mereka juga menjadi pelindung dan penjaga keluarga. Masyarakat menganggap jika isteri mendapat peluang untuk meningkatkan kualiti dalam kerjayanya, dialah yang harus berfikir terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan mengabaikan tugas-tugas sebagai seorang isteri.
Sebenarnya, dalam sesebuah rumahtangga, suami dan isteri memainkan peranan yang sama penting dalam mendidik anak-anak dan juga menguruskan rumahtangga terutama bagi mereka yang kedua-duanya bekerja.
Jika zaman dahulu, hanya suami sahaja yang mencari nafkah, manakala isteri duduk di rumah mengurus perihal rumahtangga. Suami juga cenderung membuat keputusan tanpa perlu berbincang dengan isteri.
Namun kini, kebanyakan isteri turut sama bekerja bagi menampung kehidupan seharian. Suami kini lebih peka terhadap tanggungjawab mengurus rumahtangga dan mendidik anak. Komunikasi dua hala dengan pasangan juga semakin berkesan dan membuat keputusan secara bersama hasil  perbincangan atau muafakat. Suami kini bukan lagi pembuat keputusan mutlak, tanpa kompromi, manakala si isteri bukan hanya menunduk angguk tanpa bantahan. 
Wanita juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
Seiring peredaran waktu, kini lebih ramai wanita mempunyai pendidikan tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut statistik daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 60 peratus wanita mendapat taraf pendidikan tinggi berbanding lelaki sebanyak 40 peratus pada tahun 2010. Bagaimanapun, kadar penyertaan tenaga buruh lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita iaitu sebanyak 78.7 peratus berbanding 46.1 peratus  pada tahun yang sama. 
Ini adalah di bawah paras purata global iaitu 53 peratus, dan kadar Asia Timur iaitu 67 peratus. Sebenarnya, Malaysia mempunyai kadar penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar. 
Kebanyakan wanita akan cenderung meninggalkan pekerjaan mereka di usia 25-39 tahun disebabkan oleh perkahwinan dan ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak. Jika mereka tidak diberi peluang untuk menggunakan kemahiran dan ilmu yang diperolehi semasa melanjutkan pelajaran hanya kerana terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, adalah tidak adil kepada wanita tersebut kerana mereka tidak boleh mencurahkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari, manakala negara pula akan kehilangan tenaga kerja yang boleh menjana ekonomi negara. 
Realiti yang perlu dihadapi oleh wanita yang ingin bekerja semula selepas berhenti adalah mereka perlu bermula dengan gaji yang rendah kerana kemahiran dan pengetahuan yang mereka peroleh tidak dipraktikkan. Malah, majikan juga bersikap acuh tak acuh untuk mengambil mereka bekerja atas faktor usia dan kurang pengalaman kerja. Ini antara situasi lazim yang terpaksa ditempuh wanita, terutama mereka yang perlu mencari pekerjaan setelah bercerai atau ditinggalkan gantung tak bertali oleh suami untuk memulakan kehidupan baru dan menampung anak-anak. 
Tetapi, jika peranan gender dimainkan bersama suami isteri maka tiada masalah bagi isteri untuk meneruskan kerjaya mereka dan dalam masa yang sama urusan rumahtangga dan anak-anak tidak terabai kerana kedua-dua suami isteri saling membantu antara satu sama lain menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Nabi Muhammad SAW, adalah contoh terbaik di dalam urusan keluarga apabila beliau juga turut membantu menguruskan rumahtangga dengan memerah susu kambing untuk keperluan keluarga dan juga menjahit sendiri pakaian beliau yang koyak. 
Kesimpulannya, perkahwinan adalah tanggungjawab bersama antara suami dan isteri. Kedua-dua suami dan isteri memainkan peranan yang penting bagi memastikan mereka mencapai kejayaan dalam kerjaya dan dalam masa yang sama mengecapi kebahagian dalam rumahtangga.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.


Monday, November 12, 2012

My Trip to Korea -Part 2

Sambungan Part 1:

Debaran terpilih ke tak dah berakhir, so pas hantar confirmation of participation kena wait on 23 May for official certificate of participation, then dia akan terangkan apa lagi kena prepare. So on 23 May received e-mail from EGEP team, kena check schedule flight, then inform the price ticket before proceed with purchase. Itu ok lagi, arahan yang kedua ialah aku kena prepare 3 things:

1) Title & abstract for paper - 31 May 2012
2) Full paper -21 June 2012
3) Powerpoint presentation -30 June 2012

Sume nie aku hantar betol2 pada tarikh tutupnye walaupon dia dh bagitau awal, sebab banyak keje uols! Tapi aku bersyukur sbb colleagues aku sangat supportive. Bantu aku dari segi chek kan grammar and struktur ayat.Yelah aku ni xpernah la prepare paper presentation bagaikan. Nnt nak present lagi. Hadooii nebes kot! Before buat paper, kena baca banyak buku, buat rujukan sume la. Dah mcam buat thesis! But itu  kan cabran namanye. So amik cabaran itu untuk mengeksplore potensi diri kita! Tajuk paper aku ialah Sisters in Islam -Empowering Voices for Change!

Dalam e-mail tu jugak dia bagi schedule and guideline masa workshop selama 2 minggu. Schedule sangat padat ye, dengan lecture, workshop, working group, presentation..Kami nnt kena stay kat Ewha Uni dorm. So merasa la campus life untuk 2 weeks!

Bab flight ticket, setelah dipersetujui oleh EGEP aku punye penerbangan ialah:
MAS 3 July pukul 11.30 malam sampai Korea 4 July 7.10 pagi.
Balik 19 July pukul 11.00 pagi sampai KL ari yang sama pukul 4.30 petang

Satu perjalanan mengambil masa 6 jam 40 min.

Check passport valid lagi ke tak, same gak dengan PTPTN kan, walaupon aku ni bukan la bayo banyak sangat, tapi at least aku bayo,  kang xpasal2 je tak lepas naik flight. Tak ke haru!

EGEP inform from Malaysia ade 2 participants. Aku and another friend from Siti , KANITA USM, tapi aku tak kenal Siti masa tu. Tapi kira lega la ade kawan dari Malaysia.hikhik..

Minggu terakhir sebelum g Korea, aku agak kalut sikit nak settlekan hal-hal opis. Nak kena pack brochure and booklet or ape2 je la yg bole distribute kat participant during workshop. Nak kena handover keje kat colleague aku. But alhamdulillah sume settle walaupon kalut kan. Aku ni spesis yang huru hara kalu keje banyak dan urgent kan! haha..

Ok bab keje dah settle. Pastu bab mempack barang2 personal belonging plak. En Jijan cakap nak g Korea 2 minggu je pon, pax barang mcm 2 bulan.haha..Ni namanye orang x biasa travel negara lain. Duit dah tukar siap2, tapi xde la banyak sangat. Bawak panadol la, minyak angin, maggi, serunding, beskot, milo, nescafe..toiletaris..dengan baju2, lappy..hadoii ai! Banyak kot. Last-last 1 luggage beso, 1 luggage cabin and 2 box booklet, brochures. Gilos! Ko dah memang bole meniaga dah kat sane Azrine ooi! 

Sebenarnye kan, minggu last nk berangkat ke Korea la hari-hari yang xbest tau. Sebab ape?
1) Aku nebes nak travel jauh2
2) Sayu ati nk tinggalkan anak2 and En Jijan - 2 minggu wei!
3) Nebes nk present paper!
4) Terlalu banyak pikir - weng jap!

Last2 tibe la masa nak berangkat ke Korea. Kol 7.30 ptg lepas magrib dah kuar rumah. Flight kol 11.30 mlm kan. Masa nk berlepas tu, aku cuak sebenarnye, ye la takot xlepas sbb PTPTN, walaupon aku bayo tapi perasaan tak secure tu tetap wujud. Alhamdulillah..lepas! Pastu masa nak masuk ke balai berlepas, dah salam, peluk cium anak-anak n En Jijan and adik aku jugak si Tiqa, rasa sedih bila anak-anak dah nanges2..hadoi..kuatkan hati! Aku nanges dlm hati, sbb xbole nanges wei, air mata xmo kuor! Nebes, sbb selagi aku xjumpa kak siti dari Kanita tu hati xkeruan. Ye la first time travel sorang2 ko akan pikir mcm2.

So anak-anak, mama bukan tak sedih masa tu hokey, masalahnye urat mata mama korang nie cam terkejang  gitu dek kerana nebes, sampai tidak mengeluarkan air mata. Padehal mama korang memang sensetip kemain kan..senang bona nk nanges.. 

Finally jumpa kak siti masa nk tunggu train! Yeay lega uols! Masa tu la rasa nk nanges bila ingat anak-anak..huhu...Kak Siti ni dah biasa travel, so dia relax je. Naik flight dah announce last call baru dia masuk. Aku plak yg asyik dok ingatkan dia..hahha... Maka berlepas la aku ke Korea naik pesawat MAS! Dalam hati doa banyak2 semoga perjalananku lancar dan selamat. Aminnn...sebab hujan agak lebat ye. Kapal terbang agak bergoyang2, nasib baik aku dok sorang. Tido xlena wei! 

Kol 7.10 pagi selamat mendarat ke Incheon International Airport Seoul Korea! Maka bermula la pengembaraan di bumi Korea! Konon2 dalam hati menjerit "Korea.... aku datang!" bole gitu? hahaha..

Bersambung nanti hokey!....


My paper! Tak tahu plak diaorang nk publish uols! hihi...



Wednesday, November 7, 2012

My Trip to Korea EGEP - Part 1

Well actually citer ini agak dah lama ye kerana ia berlaku pada bulan July. Pastu baru aku terhegeh-hegeh nak menulis dalam blog bulan Nov. Cess..tak kire nak citer jugak!

Ok, citernye macamni, one of my colleague send e-mail saying that Ewha Womans University (ejaannye mmg Womans walaupon patotnye Women kan ikut English punye peraturan) kat Korea buat satu study visit for women activist. Nama programnye Ewha Global Empowerment Program (EGEP) anjuran Asian Center for Women's Studies,Ewha Womans University. Program 2 weeks dari 5 Julai sampai 18 Julai. 

Ayoo..Punye la lama kan! Aku pon terpikir2 if aku apply kang terpilih, 2 minggu Encik Jijan nak kena jaga dua orang hero yang sedang melasak tu. Tapi bila dah discuss dengan En Jijan, dia ok je. Katanya pegi la mama tengok negara orang, bila lagi kan nk travel oversea. Budak-budak nie bior abg jaga. Alahai..terharu tau! Kita pon suke la kan seben kita supportive! hikhik.. 

Meh aku bagi sikit info tentang program nie:

Ewha Global Empowerment Program (2012 summer)
Asian Feminisms and Transnational Activism”
July 5 - 18, 2012
Asian Center for Women’s Studies, Ewha Womans University
Seoul, South Korea
The Asian Center for Women’s Studies at Ewha Womans University is calling for applicants for the Ewha Global Empowerment Program (EGEP) 2012 summer. EGEP is a two-week program that will take place twice a year (January and July). It aims to empower women working in non-governmental public sectors and to nourish the next generation of women leaders in Asia and Africa. EGEP 2012 summer (July 5-18, 2012) is designed for women activists in non-governmental public sectors in Asia, with the theme of “Asian Feminisms and Transnational Activism.”

Program Goals
On completing this program, participants of this program will have:
           - improved their theoretical knowledge and practical capacities from a gender perspective;
           - broadened their understanding of women’s lives, women’s issues, and women’s rights in            
             Asian context; and
           -strengthened their leadership capacities to build women’s solidarity and cooperation in local,
             national, and transnational contexts.
              
Eligibility
With minimum three years of experience, women activists working in international and national non-governmental public sectors in Asia, such as NGOs, NPOs, civil society organizations, including individuals working independently are encouraged to apply for this program.

Number of Participants: 20~25

Programs
While a more specific EGEP curriculum will be provided separately, the following is the major activity that participants may expect from the program:
            -EGEP open forum
            -EGEP workshop
            -Lectures
            -Action plans
            -Study tours to Korean NGOs
            -Cultural and social events

Language
English is the official language of the EGEP.

※Application requirements should submitted via online ( http://acws.ewha.ac.kr ).
Submission Date: April 2 ~ 15, 2012 (Korean local time). Late applications will not be considered.
※All forms are downloadable at the Asian Center for Women’s Studies ( http://acws.ewha.ac.kr ).

Selection Criteria
The selection committee will evaluate the applicants based on the following criteria:
 field experience                                                                         25%
 expertise in women’s issues                                                       25%
 potential as next generation of women leaders                            25%
 contribution to the community                                                    25%
※Successful candidates will be informed individually via e-mail on May 14, 2012.

Funding
Ewha Womans University provides the funding to cover fees for the tuition, dormitory including a two-week allowance for all the participants. Funds for airfare will be awarded only to the participants from Korean ODA beneficiary countries.

So aku pon apply je la tapi tidak meletakkan harapan yang tinggi. Iyo la, ramai lagi yg hebat kot yang apply. Pastu dia amik 20-25 orang je. The process bukan senang ye. Bukan ko isi2 borang gitu-gitu je. Dah macam duduk exam bagai. Hadoo! Aku pulak kat opis membusy kan, so agak kalut jugak la masa nk apply tu. Siap bos aku kena isi recommandation form.

Meh aku listkan proses yang aku lalui nak apply study visit nie. 

Application Requirements
            -Application Form
            -Statement of Purpose
            -Letter of Recommendation
            -Curriculum Vitae
            -Essay
            -A Scanned Copy of Passport

Applicant mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang activist. Kira aku menepati kreateria ni. Aku dapat e-mail ni bulan March, tarikh nak hantar form tu start from April 5 - April 15. 

Aku punye la excited isi form kan, kena buat essay bagai. Pastu dengan bangganye nak send la form2 tu. Rope2nye kena log in kat websitenye, isi kat situ uols! Ha tu la xbaca arahan betol2. Dah cuak gaban pastu pikiran mula la serabot kan. Sempat ke tak sempat ni, kang dah lepas tarikh tutup melepas peluang. Satu lagi dah last2 minute baru ko terhegeh2 nak hantar kan! Lempang sikit...Tetapi dengan berkat kesabaran dan semangat waja, (cewah..) akhirnya aku selamat isi dan bagi sume yang direquest terus ke dalam websitenye. Dan terima kasih jugak la kat my manager yg sudi isi letter of recommendation! Fuhhh...lega uols!


Ha dah selesai, aku pon tunggu je la whether dapat ke idak. Keputusannya akan diumumkan pada 14 May 2012.  So sebulan tu tunggu la dengan penuh debaran, sebenarnye berharap jugak agar terpilih.kuang..kuang..


Tiba saatnye, detik yang ditunggu telah tiba. Jeng..jeng..jeng...datang2 opis tak sabo2 nk chek e-mail kan..hurmm hampa uols pagi tu. Tengahari pon xde jugak. Iye la tertanya2 la jugak kan dapat ke idak. Selagi tarikhnye 14 May kan. Tibe-tibe petang tu pukul 4.54 petang, aku dapat email dari EGEP team. Tajuknye sangat mengujakan ye..

[EGEP 2012 Summer] Notice of Success. 


So maunye ko tak melompat kegirangan kat cubicle ko! Sawan ke hape?? hahaha.. 

Setakat ini dulu..to be continue.. meh layan sikit pic2..


Apa la motip aku amik pic kat car park  Incheon airport nie. patutnye amik kat dalam airportnye. Mereng betol la! Aahh..tak kesah la janji kat airport Incheon uols! Ko ade? hahaha




Ni kat depan pintu gate Ewha Womans University, Seoul Korea! Yeay!


Ha ni plak kat bangunan dalam Universiti..canggih uols! Kat kiri kanan tu actually ade cafe, gym, ada cinema, ade tempat budak2 study. Rasa nak belajo balik je uols!