Friday, February 25, 2011

Ke Kelantan-Part II

Sambung lagi citer program kat Kelantan ni..

Seperti yang aku katakan, program kali ni adalah dengan kerjasama Yayasan Murni Kelantan. Apa itu Yayasan Murni? Yayasan Murni adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu wanita yang memerlukan sokongan contoh : ibu tunggal, mangsa peceraian, mangsa dera dan lain-lain yang berkaitan dgn wanita. Yang bagusnya Yayasan Murni ni, ia membantu wanita-wanita ini dari segi kemahiran. Ada kelas jahitan, kelas masakan, kelas jahit manik supaya wanita-wanita ini boleh berdikari untuk mencari rezeki. Setakat ni Yayasan Murni mempunyai 2 cawangan iaitu di Pengkalan Chepa dan Tanah Merah. Semoga usaha murni Yayasan Murni ini diberkati Allah SWT.

LGTA- program pertama hari Jumaat 18 Feb 2011
Yayasan Murni Pengkalan Chepa
9.00 pagi - 5.30 petang
120 peserta

Ratna, pemangku pengarah memberi ucapan dan pengenalan Sisters In Islam

Nazreen, memberikan input kepada peserta



MLC- hari kedua Sabtu 19 Feb 2011
Yayasan Murni Tanah Merah
9.00 pagi- 4.00 petang
100 peserta


 Pendaftaran


Emcee cemerlang! haha.. aku le tu



 Dewan Yayasan Murni Tanah Merah


 Banner Mobile Legal Clinic


Mereka di belakang tabir- Hanim pemandu pelancong dan pembantu program..haha.. Sorang lagi plak Ena (cam Sharizat aku tgk dah) pembantu program, tukang amik gambo jugak!


Selain memberi kesedaran tentang hak-hak wanita, kami juga menyediakan khidmat dari segi legal advise di akhir setiap program. Wanita-wanita ini boleh mendapat kan nasihat dari segi Undang-undang dari pegawai undang-undang Sisters in Islam secara percuma.




No comments: