27hb April 2011
Pagi ni mak aku nak masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Lepas masak mak aku dok mengemas barang-barangnye kat bilik. Aku plak kemas2 dapo..En Jijan meng'iron' bajunye, Aqim tengok TV dan Rayyan dok kat atas lantai sambil makan bihun yang neneknye masakkan. Rayyan dok makn sendiri. Entah macam mana, pagi tu Rayyan terjatuh. Tergelincir, lantai tempat dia makan bihun tu licin dek kerana bihun yang dimakannye bersepah. Jatuh terlentang, hit kat belakang kepala. Jatuh dah terus menangis kuat. Aku cepat2 dapatkan Rayyan, En Jijan pon..Ya Allah! Mak aku cakap kuat bunyi dia jatuh tu! Aku dah menggigil2 ni. Gosok2 kepala Rayyan, selawat dan bagi minum air pastu bagi minum susu. Then dia dah reda menangis..Lepas minum susu Rayyan dok berjalan2 seperti biasa la. Aku pon ok la. Then jap lagi Rayyan muntah, muntah yang selambak. Lepas lebih kuang 5 min tu dia muntah lagi. Mak aku cakap bawak g klinik la chek, aku cakap dengan En Jijan, En Jijan cakap mungkin xde ape, dia plak cakap aku pikir bukan2. Then anto Rayyan g umah Kak Izan. Aku pesan kat Kak Izan, Rayyan jatuh dan muntah, kalu ape2 kak Izan bgtau la. Takut dia muntah lagi. Then aku pon g keje. Sebab pagi tu aku kena cordinate training.
Kat opis
Dalam 20 min kat opis, Kak Izan col cakap Rayyan dh muntah 2 kali lepas minum susu. Aku dah tak keruan time tu, terus g balik. Dalam keta aku dah menagis2 dah. Pikir bukan2. Sampai umah Kak Izan, Rayyan muntah lagi. Adoi ai.. dah 5 kali muntah. Aku cemas!
Kat Trauma & Kecemasan PPUM
Pastu En Jijan sampai, terus bawak Rayyan ke PPUM bahagian Trauma & Kecemasan Kanak2. Doc chek kepala Rayyan tak de bengkak atau benjol. Tengok dia jalan ok, aktif, susu pon nk minum. Doc suh tunggu dalam 1 jam camtu tengok keadaan Rayyan. Kat Trauma & Kecemasan Rayyan muntah 4 kali dan buang air besar (najisnye cair sangat). Sebelum tu, pagi2 pukul 7 cmtu Rayyan ade buang air besar yang najisnye jugak cair. Doc trauma tu panggil doc dari bahagian neuro, sebab dia takut mungkin saraf otak Rayyan terganggu akibat jatuh, otaknye ada gegaran dan reactionnye ada muntah yang berlanjutan. Doc bahagian nuero datang, cam doc pelatih je aku tengok! Dia tanye2 mcm mana bole jatuh, chek2 Rayyan then terus dia suh admit untuk observation. Sebab dia takut Rayyan kena sawan, kalu tak cepat takut nnat terganggu sistem otak. Lagi la aku cemas. Masa bos aku telefon tnya Rayyan, aku dh menagis2. Ya Allah, masa tu aku takut sangat something happen to Rayyan!
Kat Wad 5, wad Kanak-kanak
Masuk wad 5 ni dalam kol 2 petang. Then bagi Rayyan minum susu.. 2.30 Rayyan muntah, then 2.35 muntah lagi, pastu 2.40 muntah lagi. Prolong muntah... petang kol 4.30 cmtu, muntah lagi once minum susu.. sampai kol 5 camtu dah 6 kali dia muntah. aku kena catat bila minum susu, bape ml, bila muntah, banyak ke sikit, berat diaper pon kena timbang. Pastu Rayyan buang air besar lagi 2 kali ---> dan najis nye juga seperti tadi cair sahaja. Kol 6 petang, doc pelatih dari bahagian neuro datang chek Rayyan and amik darah. Kol 7 lebih kawan-kawan dari opis datang melawat Rayyan. Then Rayyan muntah lagi dalam kol 8 lebih camtu. Tu pon lepas minum susu. Sampai ke malam kol 11 lebih, Rayyan ade lebih kuang 9 kali muntah. Total dari pagi tadi 18 kali muntah. 4 kali buang air besar yang cair. Malam suhu badan Rayyan naik ke 38.3darjah. Demam. Tapi dia xde kejang2 or sawan. Pukul 1 pagi minum susu, then sekali lagi dia muntah pukul 1.20 pagi. Pastu dia tido.. Aku tak henti2 selawat dan doakan yang terbaik buat Rayyan! Air mata aku dah berjurai2 setiap kali aku usap kepala Rayyan..
28 April 2011
Kat Wad 5, wad Kanak-kanak
Kol 5.00 pagi minum susu then Rayyan tak muntah. Sampai la pukul 6.40 pagi doc dari neuro datang chek, amik darah and suh Rayyan masuk drip dan puasa. Najis Rayyan kena amik untuk dianalisis.Tang dia amik darah ni aku memang sakit ati je dengan doc pelatih Neuro nih! Masa petang tu, walaupon dia doc pelatih and 1st time amik darah pesakit tapi dia cool & relax je. Yang kali ni, dia cakap dia tak penah amik darah pesakit, tapi staff nurse cakap u kena amik la. Doc ni pon cam cuak2 je, cakap dengan aku tak penah buat, tak penah buat, kalu Rayyan sakit kang dia mintak maap. Urat tangan Rayyan tak nampak sangat, so a bit susah la. Cucuk tangan kiri tak bole dapat. Rayyan dah meraung2 dah, pastu tangan kanan plak. Dah dapat uratnye, pastu doc ni terkial2 nak amik darahnye. Nak je aku lepuk kan doc tu bila dia cakap ayo..ayo..macam mana ni. Saya dah cakap tak penah buat, tapi kena buat jugak..pastu dengan tutup botol darah tu terjatuh la. Yang Rayyan dah menagis2 kuat, aku sound je doc tu, cepat la. Takde doc lain kena yang bole buat. Yang doc pelatih tu bole plak cakap "saya setuju dengan ibu" tengkorak hang!.. geram betol aku la. Kut ye pon ko xpayah la nak cakp2 camtu kan..ko buat je diam2, lagi ko cakap lagi sakit ati aku! Then nurse tu tolong bagi elok tangan Rayyan yang ade jarum tu. Nak masuk drip plak dan kena puasa.
Pagi doc pead datang chek Rayyan. Cam biasa la kalu kat PPUM, dengan doc pelatih 5 orang sekali datang. Tanye mcm2. 10 kali tanye bape umur Rayyan, sedangkan kat rekod tu ade dah tulis umur Rayyan.. Doc pelatih ni kadang2 merimaskan!
Wad 3, wad kanak-kanak neuro specialist
Kol 11 pagi, Rayyan kena transfer ke wad 3 pule, wad specialist neuro.. sebab kes Rayyan ni actully bawah Neuro. Doc neuro datang---> doc pelatih dan jugak head doc, chek cakap Rayyannye kes xde menunjukkan berkenaan dengan saraf. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh jangkitan pada ususnye. Sebab bila Rayyan jatuh, reactionnye menangis, tak pengsan, dan dia aktif dan nak minum susu. Setakat ni katanye xde berkenaan kesan jatuh.Masa ni doc cakap dah tak payah drip dan bole minum susu dah. So Rayyan minum susu, dia tak muntah, but buang air besar..dan najisnye cair jugak! So kena transfer ke wad 4 pulak. Kat wad 3 tak sampai satu jam dah kena pindah wad 4 pule! Aku sedikit gembira sebab takde kena mengena dengan saraf Rayyan. Masa kat wad 3 ni, suhu badan Rayyan naik, so nurse bagi ubat demam.
Wad 4, wad kanak-kanak
Rayyan dah tak muntah setiap kali minum susu, tapi buang air besar najis still cair. Sekali lagi sample najis diambil. Dan kena rekodkan bape susu dia amik, bape air dia minum, timbang diaper nye yang dia buang iar tu.Then doc paed tengok Rayyan aktif dan benarkan Rayyan balik, tapi bila rujuk doc neuro, dia tak bagi balik. Sebab diaorang riasu lagi, kut la kes Rayyan berkaitan dengan saraf. So sekali lagi tdo di hospital. Dan malam tu Rayyan demam lagi. Makan ubat dan muntah. Tapi muntahnye muntah ubat n campur susu sikit. Malam tu jugak En Jijan bawak Aqim g klinik sebab Aqim demam. Kesiannye Aqim...
29 April 2011
Wad 4, wad kanak-kanak
Pagi doc chek, cakap Rayyan dah bole balik. Time tu Rayyan still lagi buang2 air. Tapi sebab dia aktif, doc cakap ok, bole balik tapi dengan kebenaran doc neuro. Sampel najis Rayyan menunjukkan ade virus yang bernama ROTAVIRUS. Tu pon aku tau dari doc neuro dan doc neuro pon bagi kebenaran balik. Tapi aku kena pantau pergerakkan Rayyan. Kut la bila Rayyan jalan cam tak stabil, cam nak jatuh camtu aku kena bawak ke PPUM, or cirit biritnye tak elok lagi dalam masa seminggu. Doc cuma bagi ubat demam dan ubat air garam tu (ORS) tu je. Aku tanya la, xde lain ke? Doc cakap xde ubat lain cuma jaga pemakanan dan banyakkan minum air suam. Doc tu xdenye nak terangkan kt aku ape itu Rotavirus..Aku plak yang tanya dia..pastu terus aku "google" cari ape itu Rotavirus. Patutnye dia terangkan la kat aku secara details----> Najis anak puan didapati ade Rotavirus, ape itu rotavirus, simptom2, macam mana virus ini boleh ade, langkah pencegahan ke. Ini hampeh..xde info pon dia bagi. Memang la..huh
Bab nak bayo bil and amik ubat. Kat PPUM ni., agak poning sikit jalan nye, sebab sekrang kan ade ubah suai lagi. Nak g bayo bil dan farmasi sikit la punye jauh. Kalu aku g sorang maunye sesat. Nasib bek g dengan En Jijan. dah la parking pon satu hal. Adoi ai! Tapi lega nye dapat balik umah!
Nak pakaikan tag nama pon Rayyan dah mengamuk2..huhu..
Ni yang aku tak sanggup tengok tangan Rayyan camtu..
En Jijan dok melayan Rayyan, masa ni kat Wad 5
Dah tertido2 En Jijan, Rayyan takmo tido masa ni
Main2, aktif si Rayyan
Kat Wad 4, kekadang tu dia tunjuk tangan dia, mengadu sakit..dengan muka berkerut2..huhu..
30 April 2011
Since Aqim pulak kena cirit birit dan muntah, aku pon bawak sekali Rayyan jumpa doc favourite aku----> Doc Azhar. Aku cerita la pasal Rayyan kena admitted kat PPUM. Doc Azhar cakap actually kita ade vaksin untuk Rotavirus. ---> Doc PPUM xde pon cakap tentang ni! Kena buat injection, if kami nak la. But kita bagi dia ubat dulu la, tengok camne. So doc Azhar bagi Aqim ubat cirit, ubat angin, ORS, ubat muntah (if dia muntah lagi) sama jugak dengan Rayyan. Doc Azhar cakap sangat konfiden.Terangkan kat kami ape itu Rotavirus, simptom2 dan tentang vaksin tersebut. Doc PPUM cakap agak tidak meyakinkan, maybe diorang ni doc baru kut. Entah la. Tapi kalu Rayyan tak jatuh, cuma cirit-birit dan muntah, memang aku bawak ke doc Azhar je but sebab Rayyan jatuh and hit his head, that why aku bawak ke PPUM.
Alhamdulillah.. aku tengok keadaan Aqim dan Rayyan semakin baik, but still kami kena pantau kesihatan diaorang. Sebab Rotavirus ni mengambil masa seminggu atau lebih untuk betul2 pulih. Hopefully mereka cepat sembuh!