Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Balik Kampung - Bagan Serai

Kami balik kampung Bagan Serai last weekend, then amik cuti sehari -->Isnin, Selasa pulak cuti sempena Wesak Day. Umah mak mertua dah siap! So En Jijan kejenye mengecat bilik tido n bilik ayor. Pastu kemas2 barang2 yang tak bole guna lagi. Luckly ade orang yang beli besi-besi buruk n barang-barang terpakai datang. So let go saja pada mereka. Banyak jugak dpat RM210. Jual zink, kayu-kayu alang n barang-barang terpakai.

Actually, mak mertua just buat bahagian dapur, bagi elok. Then, toilet pon buat kat dalam. So senang sikit. Takde la mak mertua nak g kuar sorang2 if nak ke tandas. Aku pon suka tandas kat dalam.hehehe..even though tandas kat luo tu, takde la jauh mane, tapi kekadang tu cuak gak if nk ke tandas tengah2 malam buta. :)

Aqim n Rayyan sangat happy ye! Al maklum la kawasan luas untuk diaorang berlari sana sini. Seronok je tengok diaorang bermain dengan sepupu-sepupu. If kat umah KL jangan harap la dapat berlari puas2, umah setotet je pun.huhu..Tunggu umah baru siap la ye..

Cerita pasal umah baru kami ni. Ikut perancangan siap tahun 2013. Sekarang ni dok tengok, fasa satu dah naik la. Kami punye fasa 2, lom lagi naik tiangnye. Insyallah lagi 3 bulan cmtu ler baru nak pasang tiang. Kerja-kerja pembinaan kiranye sedang rancak berjalan la. Aku tengok kerja-kerja pembinaan pasar raya, perhentian bas dan bangunan-bangunan kerajaan pon sedang berjalan. Dengar-dengarnye diaorang nk centralise kan pusat pentadbiran negeri Perak kat situ.

Cepatlah 2013, aku dah tak sabar dah nak pindah nie. Kira settle down kat Ipoh la..Eh tempat yang kami nak dok ni actually bukan Ipoh. Kalu ikut agreement umah---> Daerah Kinta. Tapi dekat la dengan Ipoh. Kalu ade sesiapa berminat kut la nak beli umah kan.. bole la ke link nie http://mklander.blogspot.com/2009/05/pra-pelancaran-meru-perdana-ipoh.html Tapi link ni cam dah lama tak hapdate. Takpon telepon je sales person diaorang, tanye tentang rumah ni.




Thursday, November 18, 2010

Pool

Mak aku beria beno nak belikan cucu-cucu nye pool plastik ni. Sekarang cucu ade 4 orang- Aqim, Rayyan, Yaya & Nadjwa.. So bole berenang bersama2..(berenang ke? haha..main air sebenarnye)

Memandangkan adik aku tak balik. Makanye pool ni dirasmikan oleh Aqim & Rayyan..haha..Kalau Yaya ade mesti lagi happening!

Wah2 kemain seronok diaorang main air yek! Sampai mengigil-gigil sejuk tapi tetap nak main lagi. Hari kedua aku pon join sama masuk dalam pool ni. Sekali aku hangkut En Azizan..hahaha baru la meriah suasana bila orang tua join gak!

Ok layan je la pic ni..


Aqim wif nenek (main sponsor..haha)




Berlakon je si Aqim tu..




Yeay..



Aqim & Rayyan yang seronok main air!



Lil Rayyan..




Seronok gaban!


Petang raya ni la aktivitinye yek!



Wednesday, November 10, 2010

Kedai Emas Seri Serai di Bagan Serai

Ha sambung balik cerita balik kampung ni

Kalu kat Bagan Serai ni, ade kedai emas yang sangat popular di kalangan penduduk Bagan Serai. Servis bagus, layanan sangat baik. Tip top la! Nama kedai emas tu adalah KEDAI EMAS SERI SERAI..

Ni aku nk cerita, aku ni dah terikut famili mertua aku. Suka barang kemas...haha..dulu aku takde la minat barang2 kemas ni. Tapi sekarang TIDAK LAGI!  Barang kemas pilihanku..kuikui..

Aku tak suka beli cap Poh Kong, Habib ke..Seri Serai ni jugak la pilihanku. Balik kampung kali ni, aku g kedai barang kemas di Seri Serai. Tujuannya untuk menukar barang kemas. G bersama mak mertua dan kak iparku. Rambang mata den nak memilih. Yang aku berkenan tu harga mak oiii RM1K plus. Aiseh..terus cancel nak tukar, kena datang lain kali la. Simpan duit dulu. hehehe..

Kata nye harga emas sekarang ialah RM161/gram. Hui mahal tu..Mak mertua aku pon berkenan satu gelang tu. harga dia RM2k plus plus..WOW! tapi memang la cantik! Mak mertua aku cakap nnt beli sesama, sbb bole mintak kurang banyak! haha..


Sekian~ Entry ni kira sambungan entry KL-Bagan Serai-KL la..belasah je la

Sunday, November 7, 2010

KL-Bagan Serai-KL (Part I)

Baru pulang dari kampung mertua!

Cuti Deepavali kami balik kampung je la.. sebab dah lama tak balik kan..

Rayyan selsema ok, pastu aku plak berjangkit! HHAAA...COOOO..asyik bersin tak ingat! Dok umah orang lagi la tak selesa kan..(walaupon mak mertua aku baik, tapi still umah sendiri adalah lebih selesa time2 tak sihat)

Bertolak ke Bagan Serai malam Khamis mlam Jumaat tu pukul 8.00 mlm. Alhamdulillah jalan tak jem...sampai Bagan Serai pukul 1.00 pagi..

To be continue~

Tuesday, December 16, 2008

Cuti d Bagan Serai, Perak


Mak Teh yg poyos d tepi sawah..



Mandi jgn tak mandi



Pak Cu


Ha, siap warning tu! hehhe



Mari berendam



Wah, sonok tol Aqim!



Masa mula2 nk panas enjin.kekke..



Sawah yg menghijau. La ni padi dah separuh masak, maybe next month cmtu musim menuai

Balik dari Muo, kami p balik kampung kat Bagan Serai plak. Bawak sekali adik2 aku. Kami balik dari hari Khamis sampai le ari Ahad. Khamis tu kan Selangor cuti, so jumaat kitaorg amik cuti. Krismas nanti hubby tak dpt cuti, kena jaga booth buku. so balik le time ni.Sekarang ni padi baru masak separuh. So pemandangan sangat cantik dan amat mendamaikan terutama waktu pagi.
Musim2 cmni, parit depan umah in laws penuh air. So ape lagi mandi parit lo! Air die bersih dan sejuk. Aqim, papa & pak cu seronok la mandi parit. Aku tukang tengok je la. Tak kan la plak aku nak join walaupon dlm hati nak join. huhuhu..
Aqim mandi sampai kecut2 jarinyer. Tapi tetap mau berendam tak henggat. Seronok beno nye!
Anyway, aku suka balik kampung!



Wednesday, August 20, 2008

Umah Tok Wan

Tak abis lagi citer pasal balik kampung nih. hehehe..

Umah in laws sekarang dh pasang mozek kat ruang tamu & dapur. Hemm.. cantik. bilik air pon dh pasang pintu. kalu tak dulu ade tirai je. huhuhu.. Ruang umah in laws memang luas dan ini membolehkan Aqim berjalan dengan best nyer. Berjalan je keje si Aqim. Cam tak reti penat plak aku tengok. Dah puas berjalan kat dlam umah, nk berjalan kat luar umah la plak. Biasa la banyak sangat tarikan kut. hehehe.. Aqim nk tengok ayam, kucing & burung. Aqim dh pandai wat bunyi ayam.kutkutkut kata Aqim ajuk bunyi ayam.

Petang plak hubby p tangkap ikan kat parit dengan in laws gak. Banyak ikan depa dapat. Ikan haruan, sepat n puyu. selalu mother in laws wat ikan kering & ikan wadi. Sedap...Aku bawak Aqim tengok hubby tangkap ikan, seronok la Aqim bila tengok ikan tu terlompat2 kat atas tanah. bising mulut Aqim.

Malam sesi melastik cicak. Banyak gak cicak yang hubby dpat lastik. Ade la dlam 6 ekor yang terkorban.hehehe.. Aqim plak seperti biasa mulut riuh. Siap nk pegang lagi cicak yang dh weng tu. Kelako la tengok Aqim masa tu..hikhik..









1) Umah in laws
2) Musim menuai dh abis
3) Aqim with mama
4) Seronok tengok ayam
5) Parit depan umah in laws
6) Aku dengan kakak-kakak iparku
7) Ape ntah yang di tengok kan tu
8) Sukernyer
9) Kat Wah Seah(mini market) main coin car dengan cousin