4 September nak hantar adik kelima aku daftar masuk Uni. Adik aku si Tiqa dapat masuk UMP (Universiti Pahang Malaysia), dia dapat kat kampus Pekan. Ni tengah cari homestay untuk menginap di sana. Korang bayangkan lah tarikh daftar 4hb Sept! Orang masih mood raya wei..hadoo..
Nak cari homestay punye la susah. Kebanyakan yang dekat dengan UMP Pekan tu dah fully booked. Sedey betol! Kena cepat2 booked takot takde tempat kang nak tido!
Aku dengan adik aku si Tiqa la yang beria bagai cari homestay. Ade satu ni cantik, harga pon berpatutan, tapi orang dah booked pulak..Kami bercadang nak bertolak ari Sabtu, bermalam satu hari. Balik ari Muo ari Ahad. Aku nak balik KL ari senin, untuk mengelakkan jem.
Setelah cari punye cari, dekat kol 1 pagi lebih kami baru tido. Cari homestay punye pasal. Kami berkomunikasi guna FB je. Chat sajo!
Akhirnye jumpa satu homestay yang ok. Tapi jauh la sikit dari UMP Pekan, dalam 20 min camtu. Harga nye RM150 satu malam weekday, tapi dia sekarang wat promotion RM90 satu malam. Bilik 3 siap dengan katil, bilik air dua, rumah fully furnished. Sume ado! Tengah2 malam tu jugak adik aku message orang tu,hahaha..dah dia tulis boleh hubungi 24jam. Terus booking, arini bayar deposit RM50. Settle!
Adik aku dapat course Electrical Engineering. Walaupon masa kat matrik dulu dia budak sains kan, dia minat bio camtu. Mintak medic tak dapt. Ok la tu dapat Electrical Engineering, bukan senang. Orang cakap course ni dimonopoli oleh budak2 lelaki, tapi takpe tunjukkan yang budak pompuan pon bole berjaya amik course ni ok!
No comments:
Post a Comment