Saturday, June 29, 2013

Persiapan barang untuk baby

Last week aku n En Jijan p shopping barang untuk baby. Biasanye untuk persiapan barang baby ni aku akan beli barang-barang bila dah masuk 7 bulan. Kang kalu beli lambat-lambat dah tak larat bawak perut plak. Dah aku ni jenis kalu membeli suka belek lama-lama. Huhu...7 bulan tu just nice la kalu nk bershopping barang baby, pada pendapat aku la..

Tak banyak barang pon beli. Lagipun barang-barang masa Aqim dan Rayyan baby pon masih elok. Baju pon elok lagi. Baju untuk new born baby biasanya aku beli warna putih, hijau, coklet yang boleh pakai untuk baby boy dan juga baby girl. Ade juga warna biru dan pink. Baby boy dan girl pon bole pakai. Tinggal lagi biasanye orang dah set dlm kepala kalu warna biru utk baby boy, warne pink utk baby girl, kan?


Ni sajo yang dibeli. Yang lain sume dah ade, so guna saje :)


Pastu set bersalin aku beli secara online sajo. Kali ni aku try brand Tanamera http://tanamerapostnatal.com/ Masa Aqim dan Rayyan dulu aku guna set bersalin Amway. Amway memang bagus, tapi aku ni dah terpengaruh dengan Tanamera sebab baca kat majalah Pa & Ma la. Terus tergedik-gedik nak try kan! Bile dah dapat parcel tu kan, so excited! Haha…

Harga satu set adalah RM360 siap dengan kos penghantarannya. Dalam tu ade bengkung jugak. Set bersalin Amway pon ade jugak. Dua-dua bengkung yang aku dapat dalam set bersalin Amway ntah mano aku campakkan..hadooo...nampak sangat xsuka berbengkung ye? Tapi dalam pantang aku pakai bengkung walaupon xsuka.Kang omak den membebel. Tapi bila omak den xmembebel, den xpakai pon..huhu...

Meh sini share sikit info yg dipetik dari website Tanamera:

Set Bersalin TANAMERA mengandungi 11 produk untuk penjagaan semasa mengandung supaya mudah bersalin tanpa koyakkan faraj dan semasa berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera:

Ia dirumus berdasarkan rawatan tradisional orang Melayu, Cina dan Ayurveda untuk memudahkan pemulihan sepenuhnya dalaman dan luaran, seimbang fizikal dan hormonal./li>

Dibuat dari bahan-bahan 100% semulajadi, dengan penggunaan herba tropika dan pati minyak. Tidak mengandungi pewarna tiruan, pewangi, pengawet , bahan kimia toksik dan tiada ‘jamu’ yang bahaya kepada bayi.

Direka untuk penjagaan semasa mengandung untuk membantu memudahkan proses melahirkan dan penjagaan semasa dalam pantang untuk membantu ibu-ibu baru pulih sepenuhnya, agar segar dan langsing saperti sebelum hamil dalam masa yang singkat.

Mesra untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan mempunyai kesan aromaterapi untuk menenangkan ibu-ibu.



Ini lah rope parasnye set bersalin Tanamera


Hurmm..nanti dah aku dah pakai bole lah aku share testimoninya ye!



Friday, June 28, 2013

Menulis

Sebenarnye, aku nie banyak idea, banyak benda yang nak ditulis tapi apakan daya, selalunya akan datang la penyakit malas itu..Oooo..sangat tidak bagus ye!

Kenapa aku suka menulis? Sebab aku minat kot. Aku bercita-cita nak jadi penulis..hurmm bole? Ndak-ndak bila En Jijan nie memang berkecimpung dengan dunia buku - jual buku, terbit buku, edit buku dan macam-macam lagi la tentang buku.

Kadang-kadang aku pelik jugak, orang hanya menulis puisi, tapi bukunya bole laris. Ramai juga peminat puisi kan.

Aritu aku masuk peraduan Drypers.Kongsi pengalaman menjadi ibubapa. Citer aku terpilih untuk video shoot. Hihi.. tak sangka pulak kan. Walaupon tak terpilih untuk peringkat seterusnya tapi kira satu pengalaman yang manis la kan?

En Jijan memberi cabaran untuk aku menulis sebuah novel. Hurmm..memang menarik. Bila dicabar oleh En asbennye, cabarannye memang hebat. Kadang-kadang orang tengok TV dia sibuk dok cakap kat aku " Dari ayang tengok TV baik ayang p menulis" hadoi..En Jijan ni ingat menulis sonang ke? Kadang-kadang idea tu datang spontan tau. Bila idea dah datang tak bole suh stop, ia macam air hujan yang mencurah-curah..hahha..tinggal rajin tak rajin je la.

Kadang-kadang masa nk tido tu la idea datang, sampai xbole tido jadinye. Maka aku pon catatkan dalam memo handphone sajo. Kalau tak, ia berlegar-legar dalam kepala aku. Kadang-kadang nak menulis novel agak berat tapi bila cerita-cerita pendek (very very short story). Pap..camtu je. Kacang goreng kan! Tapi En Jijan cakap better aku start dengan novel dulu, bila orang dah kenal baru la tulis cerpen..wah..wah..bila nak kuar novel aku agaknye kan! hahaha...

Awal tahun ni, syarikat kami Karya Tinta dah pun menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Meniti Kasih Di Hujung Senja hasil nukilan Zainal Taib. Makin la jeles aku wei, orang dh kuar novel! Sekarang novel tu dah boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH dan sewaktu dengannya.

Pergi ikut En Jijan berjual buku memang seronok. Ndak2 bila ramai orang datang booth kita. Aqim n Rayyan pon kadang-kadang kami bawak berjual buku. Just bagi exposure untuk diaorang. Dan yang paling best pergi tengok launching buku. Aku biasa p launching buku FIXI, walaupon simple tapi menarik sebab ramai orang. Sebelum launching ade sembang-sembang dulu dengan penulis dan penerbit buku. Penerbit kenalkan serba ringkas tentang buku dan penulis, then ask a few questions kpd penulis, bagaimana dapat idea tulis novel nie, berapa lama amik masa tulis novel nie, kenapa nk tulis genre ni..pastu nanti penulis ada buat sikit book reading. Book reading nie, dia baca part yang dia suka, atau yang menarik. Just ringkas je. Pastu launching, then ade book signing dan amik gambo dengan penulis. Seronok kan? Ke aku je yang seronok sebab aku memang bercita-cita nak tulis novel, pastu ade book launching bagai...hahaha...

Sekarang aku suka tulis cerita-cerita pendek, nak kata cerpen tak jugak..yg kontot2 je. Article tulis gak, tapi kalau tulis article aku lambat sikit.sebab article biasanya aku akan letak fakta. Untuk itu perlu buat research sikit. Tapi kalu cerita-cerita kontot yang memerlukan fakta, of course kena juga buat some research. Tak bole main hentam sajo.

So, aku kena realisasikan impian itu..In Sha Allah...semoga Allah SWT memudahkan segala urusan...Aminnn..



Bergambo dengan buku-buku jualan adalah aktiviti wajib! hahaha..


Book launching FIXI, masa ni kat Penang



Salah satu buku yang dilancarkan di Penang



 Aqim menolong En Jijan di booth buku. Masa ni berjualan di Kolej 12, UM



 Terbitan sulung syarikat kami, Karya Tinta. Tajuk buku Meniti Kasih di Hujung Senja karya Zainal Taib. Harga RM25. Boleh di dapati di kedai-kedai buku seperti di MPH, Popular dan sewaktu dengannya.



Ni novelis Fauziah Ashaari. Yang tulis citer Ombak Rindu tu. Masa ni kat KL International Book Fair tahun 2012. Kocik je orangnye. Ramai orang dok mintak autograph nye. Sebelum sign kena la beli bukunye kan! Aku tumpang snap gambo je..Zaman dulu2 suka la baca novel2 Alaf 21, sekarang aku layan novel FIXI jer... hihi..


Jual buku kat Penang



2 orang penulis FIXI, Gina Yap dan Shaz Johar


Bergambo dengan Gina Yap. Penulis novel Ngeri dan Mangsa. bagus penulisannya. Yang buat aku kagum ialah dia berbangsa Cina tapi menulis novel bahasa Melayu dengan baik sekali. Lepas bergambo, Gina sign autograph nye kat novel Mangsa.


Ni sesi book signing dengan Shaz Johar. Aku dah baca 3 novel Shaz Johar iaitu Tabu, Kougar dan Mental. Memang best sumenye!


*Nantikan novel sulung saya! Bilo ntah! Hahahha...

Saturday, June 15, 2013

Bubur lambuk Master Chef Celebrity 2

Tengok Master Chef Celebrity ulangan - Sesi penyingkiran petang tadi.. Diaorang kena masak bubur lambuk. Cam sedap plak aku tengokkannye..Pastu mula la bercita-cita nak buat juga..hahha..

Dah bercita-cita nak buat tu, apa lagi moh la cari resepinya. Dapat jugak di Astro Gempak punye website.. Resepinya seperti di bawah nie ye!

Ok apa lagi, misi mencari bahan-bahan la nanti. Tapi tak tau lagi nak buatnye bila, yang penting cita-cita tu mesti ade! Iye dok? hahaha...

Samo je resepi Kenchana dengan Micheal Ang..


Bahan-bahan: Dikisar dan ditumis

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Halia
  4. Jintan manis
  5. Ketumbar
  6. Ikan bilis
  7. Udang kering
  8. Lada hitam


Bahan-bahan: Ditumis

  1. Minyak sapi
  2. Bunga lawang
  3. Bunga cengkih
  4. Kayu manis
  5. Buah pelaga
  6. Serbuk sup


Bahan-bahan: Lain-lain

  1. Beras
  2. Daun bawang
  3. Bawang goreng
  4. Daun ketumbar
  5. Daun sup
  6. Ayam
  7. Lobak merah
  8. Kentang
  9. Santan
  10. Garam
  11. Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

i. Masak nasi sehingga setengah masak, kemudian masukkan bahan yang dikisar dan ditumis dengan minyak sapi.
ii. Kemudian masukkan lobak merah, kentang, dan ayam yang dipotong dadu.
iii. Selepas itu, masukkan serbuk sup, santan, garam. Masak secukupnya.

Wednesday, June 12, 2013

25 weeks now!

Minggu ni aku dah 25 weeks of pregnancy. Hurmm..last week p check up berat badan naik 2 kilos..hihi...so sekarang berat sudah 52kg. Selera makan pon dah bertambah, pinggang pon asyik rasa senggal je.

Memandangkan mood rajin telah datang, maka ari Ahad lepas aku dok memunggah baju-baju masa Aqim dan Rayyan baby dulu. Banyak jugak jadi tak perlulah nak beli baju sangat pon. Maybe beli dalam 3-4 pasang camtu. Baju warna biru pon still ok untuk baby girl sebab design nye ialah for unisex baby. Jantina baby tak tau lagi. Masa scan aritu tak Nampak, si baby melindungi alat kelaminnye dengan kaki.Maybe next scan kot. Tapi tak kisah la kan, doakan sume selamat dan baby sihat.

Bila aku tanya Aqim, ”Aqim, Aqim nak baby boy ke girl?” Aqim jawab ”Girl la..kita dah banyak boy, Aqim, Rayyan, papa, jadinya baby girl la”..hahaha..kelakar je Aqim nie.

Baby sekarang sangat aktif bergerak, menendang. Tiap-tiap hari aku akan suh Aqim n Rayyan rasa pergerakkan baby. Bila baby tendang, Aqim n Rayyan akan menjerit ”Mama, baby tendang ek?” hahaha...cute je diorang nie. Bila aku beli something contohnya Honey Star ke, Aqim n Rayyan akan tanya ”Ma, baby nak makan honey star tu ek, dia suka ek?” Aku iya kan je..padahal omaknye nie la sume benda ko nk makan kan!


Sekarang ni takde pulak sales barang baby ek. Pureen pon dh lepas, bulan April aritu. Tapi kali p jualan gudang or ekspo barang baby, kena pegi pagi2, kalau tak bersesak yang amat. Bila pikir2 balik kalu setakat tiga empat helai baju dan keperluan yg basic2 tu, baik aku p JUSCO sajo or Carefour, Tesco pon ok gak..hihi..