Friday, June 28, 2013

Menulis

Sebenarnye, aku nie banyak idea, banyak benda yang nak ditulis tapi apakan daya, selalunya akan datang la penyakit malas itu..Oooo..sangat tidak bagus ye!

Kenapa aku suka menulis? Sebab aku minat kot. Aku bercita-cita nak jadi penulis..hurmm bole? Ndak-ndak bila En Jijan nie memang berkecimpung dengan dunia buku - jual buku, terbit buku, edit buku dan macam-macam lagi la tentang buku.

Kadang-kadang aku pelik jugak, orang hanya menulis puisi, tapi bukunya bole laris. Ramai juga peminat puisi kan.

Aritu aku masuk peraduan Drypers.Kongsi pengalaman menjadi ibubapa. Citer aku terpilih untuk video shoot. Hihi.. tak sangka pulak kan. Walaupon tak terpilih untuk peringkat seterusnya tapi kira satu pengalaman yang manis la kan?

En Jijan memberi cabaran untuk aku menulis sebuah novel. Hurmm..memang menarik. Bila dicabar oleh En asbennye, cabarannye memang hebat. Kadang-kadang orang tengok TV dia sibuk dok cakap kat aku " Dari ayang tengok TV baik ayang p menulis" hadoi..En Jijan ni ingat menulis sonang ke? Kadang-kadang idea tu datang spontan tau. Bila idea dah datang tak bole suh stop, ia macam air hujan yang mencurah-curah..hahha..tinggal rajin tak rajin je la.

Kadang-kadang masa nk tido tu la idea datang, sampai xbole tido jadinye. Maka aku pon catatkan dalam memo handphone sajo. Kalau tak, ia berlegar-legar dalam kepala aku. Kadang-kadang nak menulis novel agak berat tapi bila cerita-cerita pendek (very very short story). Pap..camtu je. Kacang goreng kan! Tapi En Jijan cakap better aku start dengan novel dulu, bila orang dah kenal baru la tulis cerpen..wah..wah..bila nak kuar novel aku agaknye kan! hahaha...

Awal tahun ni, syarikat kami Karya Tinta dah pun menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Meniti Kasih Di Hujung Senja hasil nukilan Zainal Taib. Makin la jeles aku wei, orang dh kuar novel! Sekarang novel tu dah boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH dan sewaktu dengannya.

Pergi ikut En Jijan berjual buku memang seronok. Ndak2 bila ramai orang datang booth kita. Aqim n Rayyan pon kadang-kadang kami bawak berjual buku. Just bagi exposure untuk diaorang. Dan yang paling best pergi tengok launching buku. Aku biasa p launching buku FIXI, walaupon simple tapi menarik sebab ramai orang. Sebelum launching ade sembang-sembang dulu dengan penulis dan penerbit buku. Penerbit kenalkan serba ringkas tentang buku dan penulis, then ask a few questions kpd penulis, bagaimana dapat idea tulis novel nie, berapa lama amik masa tulis novel nie, kenapa nk tulis genre ni..pastu nanti penulis ada buat sikit book reading. Book reading nie, dia baca part yang dia suka, atau yang menarik. Just ringkas je. Pastu launching, then ade book signing dan amik gambo dengan penulis. Seronok kan? Ke aku je yang seronok sebab aku memang bercita-cita nak tulis novel, pastu ade book launching bagai...hahaha...

Sekarang aku suka tulis cerita-cerita pendek, nak kata cerpen tak jugak..yg kontot2 je. Article tulis gak, tapi kalau tulis article aku lambat sikit.sebab article biasanya aku akan letak fakta. Untuk itu perlu buat research sikit. Tapi kalu cerita-cerita kontot yang memerlukan fakta, of course kena juga buat some research. Tak bole main hentam sajo.

So, aku kena realisasikan impian itu..In Sha Allah...semoga Allah SWT memudahkan segala urusan...Aminnn..



Bergambo dengan buku-buku jualan adalah aktiviti wajib! hahaha..


Book launching FIXI, masa ni kat Penang



Salah satu buku yang dilancarkan di Penang



 Aqim menolong En Jijan di booth buku. Masa ni berjualan di Kolej 12, UM



 Terbitan sulung syarikat kami, Karya Tinta. Tajuk buku Meniti Kasih di Hujung Senja karya Zainal Taib. Harga RM25. Boleh di dapati di kedai-kedai buku seperti di MPH, Popular dan sewaktu dengannya.



Ni novelis Fauziah Ashaari. Yang tulis citer Ombak Rindu tu. Masa ni kat KL International Book Fair tahun 2012. Kocik je orangnye. Ramai orang dok mintak autograph nye. Sebelum sign kena la beli bukunye kan! Aku tumpang snap gambo je..Zaman dulu2 suka la baca novel2 Alaf 21, sekarang aku layan novel FIXI jer... hihi..


Jual buku kat Penang



2 orang penulis FIXI, Gina Yap dan Shaz Johar


Bergambo dengan Gina Yap. Penulis novel Ngeri dan Mangsa. bagus penulisannya. Yang buat aku kagum ialah dia berbangsa Cina tapi menulis novel bahasa Melayu dengan baik sekali. Lepas bergambo, Gina sign autograph nye kat novel Mangsa.


Ni sesi book signing dengan Shaz Johar. Aku dah baca 3 novel Shaz Johar iaitu Tabu, Kougar dan Mental. Memang best sumenye!


*Nantikan novel sulung saya! Bilo ntah! Hahahha...

No comments: