Saturday, June 29, 2013

Persiapan barang untuk baby

Last week aku n En Jijan p shopping barang untuk baby. Biasanye untuk persiapan barang baby ni aku akan beli barang-barang bila dah masuk 7 bulan. Kang kalu beli lambat-lambat dah tak larat bawak perut plak. Dah aku ni jenis kalu membeli suka belek lama-lama. Huhu...7 bulan tu just nice la kalu nk bershopping barang baby, pada pendapat aku la..

Tak banyak barang pon beli. Lagipun barang-barang masa Aqim dan Rayyan baby pon masih elok. Baju pon elok lagi. Baju untuk new born baby biasanya aku beli warna putih, hijau, coklet yang boleh pakai untuk baby boy dan juga baby girl. Ade juga warna biru dan pink. Baby boy dan girl pon bole pakai. Tinggal lagi biasanye orang dah set dlm kepala kalu warna biru utk baby boy, warne pink utk baby girl, kan?


Ni sajo yang dibeli. Yang lain sume dah ade, so guna saje :)


Pastu set bersalin aku beli secara online sajo. Kali ni aku try brand Tanamera http://tanamerapostnatal.com/ Masa Aqim dan Rayyan dulu aku guna set bersalin Amway. Amway memang bagus, tapi aku ni dah terpengaruh dengan Tanamera sebab baca kat majalah Pa & Ma la. Terus tergedik-gedik nak try kan! Bile dah dapat parcel tu kan, so excited! Haha…

Harga satu set adalah RM360 siap dengan kos penghantarannya. Dalam tu ade bengkung jugak. Set bersalin Amway pon ade jugak. Dua-dua bengkung yang aku dapat dalam set bersalin Amway ntah mano aku campakkan..hadooo...nampak sangat xsuka berbengkung ye? Tapi dalam pantang aku pakai bengkung walaupon xsuka.Kang omak den membebel. Tapi bila omak den xmembebel, den xpakai pon..huhu...

Meh sini share sikit info yg dipetik dari website Tanamera:

Set Bersalin TANAMERA mengandungi 11 produk untuk penjagaan semasa mengandung supaya mudah bersalin tanpa koyakkan faraj dan semasa berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera:

Ia dirumus berdasarkan rawatan tradisional orang Melayu, Cina dan Ayurveda untuk memudahkan pemulihan sepenuhnya dalaman dan luaran, seimbang fizikal dan hormonal./li>

Dibuat dari bahan-bahan 100% semulajadi, dengan penggunaan herba tropika dan pati minyak. Tidak mengandungi pewarna tiruan, pewangi, pengawet , bahan kimia toksik dan tiada ‘jamu’ yang bahaya kepada bayi.

Direka untuk penjagaan semasa mengandung untuk membantu memudahkan proses melahirkan dan penjagaan semasa dalam pantang untuk membantu ibu-ibu baru pulih sepenuhnya, agar segar dan langsing saperti sebelum hamil dalam masa yang singkat.

Mesra untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan mempunyai kesan aromaterapi untuk menenangkan ibu-ibu.



Ini lah rope parasnye set bersalin Tanamera


Hurmm..nanti dah aku dah pakai bole lah aku share testimoninya ye!



1 comment:

anakpakshaikh said...

https://www.facebook.com/RompersBajuBaby
rompers baby 1set ada 5 helai = rm 26