Saturday, June 15, 2013

Bubur lambuk Master Chef Celebrity 2

Tengok Master Chef Celebrity ulangan - Sesi penyingkiran petang tadi.. Diaorang kena masak bubur lambuk. Cam sedap plak aku tengokkannye..Pastu mula la bercita-cita nak buat juga..hahha..

Dah bercita-cita nak buat tu, apa lagi moh la cari resepinya. Dapat jugak di Astro Gempak punye website.. Resepinya seperti di bawah nie ye!

Ok apa lagi, misi mencari bahan-bahan la nanti. Tapi tak tau lagi nak buatnye bila, yang penting cita-cita tu mesti ade! Iye dok? hahaha...

Samo je resepi Kenchana dengan Micheal Ang..


Bahan-bahan: Dikisar dan ditumis

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Halia
  4. Jintan manis
  5. Ketumbar
  6. Ikan bilis
  7. Udang kering
  8. Lada hitam


Bahan-bahan: Ditumis

  1. Minyak sapi
  2. Bunga lawang
  3. Bunga cengkih
  4. Kayu manis
  5. Buah pelaga
  6. Serbuk sup


Bahan-bahan: Lain-lain

  1. Beras
  2. Daun bawang
  3. Bawang goreng
  4. Daun ketumbar
  5. Daun sup
  6. Ayam
  7. Lobak merah
  8. Kentang
  9. Santan
  10. Garam
  11. Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

i. Masak nasi sehingga setengah masak, kemudian masukkan bahan yang dikisar dan ditumis dengan minyak sapi.
ii. Kemudian masukkan lobak merah, kentang, dan ayam yang dipotong dadu.
iii. Selepas itu, masukkan serbuk sup, santan, garam. Masak secukupnya.

No comments: