Korang ada baca tak tentang budak tiga tahun meninggal dalam kereta tu. Berita itu sangat sedih, sebagai orang yang dah jadi ibu ni, of course aku rasa terkesan dengan berita itu. Lagi pula emaknya tak sedar, rupa-rupanya anak dia ada kat seat belakang tertido. Yang emaknya pula masa tu dah lambat pegi meeting, so dia pon tak check seat belakang keta tu.
Nak salahkan emak pon tak bole jugak, kalau emaknya perasan takkan la dia nak tinggalkan anak dia dalam keta kepanasan. Of course emaknya trauma dan rasa kesal sangat. As a mother, aku harap emaknya tabah dengan dugaan ini. Jangan keep salahkan diri sendiri. Mohon kekuatan dan ketabahan dari Allah SWT banyak-banyak.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budakmautditinggal5jamdalamkereta/Article/
Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta
Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.
Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi.
Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas.
Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.
Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.
Tak sedar anak tidur
Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.
Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.
“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.
“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.
“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.
Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.