Monday, July 8, 2013

Hari Sukan sekolah Aqim : PASTI

Hari Ahad 7hb Julai telah berlangsung Hari Sukan Tahunan PASTI. Aqim bersekolah kat Pasti An Nur Hidayah kat Pantai Dalam. Hari Sukan Tahunan ni, menghimpunkan 24 sekolah Pasti Wilayah Persekutuan. Sukan ni buat kat Padang Bola Kg Batu Muda.

Malam sebelum sukan tu Aqim asyik dok tanya je, pukul berapa dia nak kena bangun. Letih menjawab soklan yang same je kat si Aqim nie. Berdebar ke ape nak bersukan.hahha.. Cikgu suruh berkumpul kat sekolah paling lewat pukul 7.15 pagi sebab diaorang akan pergi sama-sama naik bas sekolah. Mak bapak follow dari belakang. 

Pukul 6 pagi Aqim dah kejut kitaorang, sibuk la suruh cepat takut dia tertinggal bas la. Membebel je si Aqim tunggu kami bersiap. Bukan nye lambat pon tapi risaunye kemain sebab takut tertinggal bas tu la. Kemain patuh dengan arahan cikgu..huhu..

Pukul 7 pagi kami gerak ke sekolah Aqim. Masa sampai tu ade la dalam 3 orang kawan dia. So Aqim pon sibuk la memperkenalkan adiknye si Rayyan pada kawan-kawan. Kelakar je. Aqim cakap ni adik saya Rayyan..hihi.. Pukul 7.15 baru cikgu sampai dan pukul 7.30 bas sampai, pukul 7.45 baru diorang gerak. Sebelum bas jalan sume budak-budak baca doa naik kenderaan ramai-ramai. Kami follow belakang je.

Sampai kat padang bola tu orang dah ramai. Maklum la 24 Pasti di seluruh Wilayah Persekutuan berkumpul. Mau tak ramai kan! Masing-masing punye sekolah siap ade pakaian beraneka sebab ade perarakan. Sape pakaian paling kreatif akan menang dalam perarakan tu. Sekolah Aqim biasa-biasa je, pakai baju sukan pastu depan ade moskot tupai..hihi.. Sekolah lain kemain bagai, ade yang pakai topeng superhero, pakai topi hidupan laut, ade konsep fantasi, konsep berhati-hati di jalan raya pon ade..pakai helmet sumenye..hihi..



Ni adik saya Rayyan!


Beratur nak naik bas

Cuaca ok aritu, tapi dah pukul 10 pagi tu matarhari dah mula menerik. huh, bersukan di kala matahari terpacak ni adalah amat mencabarnye. Yang tukang bagi sorak pon mencabar jugak.. huhu..Kalau hari sukan biasanye mak ayah la excited, tapi aku rasa mak kot yang terlebih excited! hahaha..Aku xde la nak mengambil gambar bagai. Sebab ramai sangat mak bapak yang nk amik gambo sampai penyelaras kena suruh bagi laluan sebab dah masuk garisan yang ditetapkan... So aku amik gmabar pon kena la berpada-pada taknak la sampai menggangu anak-anak nk bersukan kan. Banyak kali jugak la MC dia announce suh mak bapak ni jangan halang laluan untuk acara sukan.

En Jijan dah macam berkelah je. Bawak tikar, payung buat port tepi padang sebab khemah yang disediakan untuk penjaga dah penuh.hihi..

Aqim masuk 3 acara iaitu:
1)Menyusun huruf vokal
2)Masukkan bola dalam bakul
3) Lari bergilir-gilir bawa baton

Sume acara adalah berkumpulan. Tapi ade satu acara Aqim kena gantikan kawan dia, sebab kawan dia dah ponat tak larat nak join dah. Panas sangat kot! Budak-budak pon dah tak tahan. 

Bila start je, aku excited kat tepi padang tu bagi sorakan kat anak! hahaha.. Cepat Aqim, cepat! haha..over omaknye. Nasib bek omaknye preggy 7 month, kalu dah dh melompat agaknye! Ia adalah satu semangat sebab tengok anaknye beria-ia bersukan walaupon kalah, tapi semangat tu kena tinggi. hihi..Ade sorang akak ni baru pantang 25 hari datang jugak bawak baby keciknye. Sebab dia cakap anak dia 2 orang bersukan arini. Wah semangat! Kalu aku la, sah-sah mak aku membebel kan. Iyo lah lagi pon cuaca panas kot..
 Sampai Padang Bola beratur menuju ke khemah


 Sebelum mula sukan isi perut dulu!


Kontigen sekolah Aqim: Pasti An Nur Hidayah


Kami balik pukul 12 tengahari camtu. Tak tunggu pon acara penyampaian hadiah sebab sekolah Aqim kalah. Lagi pon sume dah keletihan dan kepanasan.huhu..


 Kalau tak silap ni Pasti Al Rasyidin, tema berhati-hati di jalan raya kot..


 Dari port kami berkelah..hihi


Sebelum acara bermula, Aqim n kawan-kawan amik gambo dulu. Mama memang xbole menyelit nak snap pic Aqim masa dia mula acara sebab ramai bona orang..


Secara kesimpulannye memang seronok tengok anak-anak bersukan, seronok jugak bagi sokogan dan sorakan untuk anak-anak!




No comments: