Thursday, July 11, 2013

Berdating bersama En Jijan :)

Hari Isnin aku amik leave sebab dah ponat p sukan sekolah Aqim. Aqim plak cuti aritu, sekolah tutup sempena cuti peristiwa –sukan. Makanya aku hantar Aqim dan Rayyan seperti biasa ke rumah pengasuh.

Aku plak dengan En Jijan nak p berdating.hihi..kami p MidValley tengok wayang. Peeweet! Lama sudah tak tengok wayang berdua sajo. Aritu tengok Bola Kampung the Movie dengan Aqim n Rayyan..

Kami tengok movie citer The Lone Ranger. Movie start kol 11.30 pagi. Kami beli tiket masa tu kol 10.30 pagi. So ade masa 1 jam, kami ronda2 Metrojaya dulu tengok baju raya budak-budak..

Dalam kol 11.10 pagi kami p beratur beli food nak makan masa tengok wayang...hahha..nak jugak makan pop corn.

Citer The Lone Ranger ni pada aku best la. Tau je la kalau Johnny Depp berlakon. Watak dia yang selamber kelakar tu kan. Kitaorang asyik ketawa je tengok movie nie. Yang En Jijan plak dah sejuk..tu la takmo bawak sweater. Aku x pakai sweater tapi still bole tahan sejuk lagi.

Meh sini share sikit sinopsisnye:

"The Lone Ranger," a thrilling adventure infused with action and humor, in which the famed masked hero is brought to life through new eyes. Native American spirit warrior Tonto (Johnny Depp) recounts the untold tales that transformed John Reid (Armie Hammer), a man of the law, into a legend of justice--taking the audience on a runaway train of epic surprises and humorous friction as the two unlikely heroes must learn to work together and fight against greed and corruption.




pic credit to iTunes

Pas tengok movie, solat Zohor n ronda jap kat Jusco. Ronda bahagian pakaian kanak-kanak. Aku nk compare harga pakaian kanak-kanak kat Metrojaya dengan Jusco. Ternyatanya harga di Jusco lagi mencekik dari kat Metrojaya..Selama ni aku ingat kat Metrojaya mahal tapi sangkaan meleset di bahagian pakaian kanak-kanak..huhu...

Baju budak-budak sekarang ni harganye lagi menggila dari baju orang dewasa. Iye la kut ye pon ada brand tapi kalau sampai RM100++ tu ape ke cer nye? Baju kemeja je pon. 

Ok takpe, dah belek-belek yang berkenan, nanti bawak 2 hero tu p shopping baju raya. Kang beli tak bawak diaorang xmuat ke hape, mau malas nye aku nak tukar-tukar kan. Biar bawak 2 orang tu walaupon meribut, tapi sekali jalan je..haha..Budak-budak tu makin melasak uols! Pitam mak paknye!

Lepas ronda Jusco, En Jijan ajak p MPH pulak tengok novel-novel kat sana. Iye novel terbitan company kami pon ade jugak! Walaupon baru satu kan.hihi.. Aku tengok novel-novel sekarang tajuk ntah ape-ape la. Ade satu tu "Suamiku Mr Sotong", satu lagi "Cinta Sambal Belacan"..hahaha..boleh gitu? Cover novel sekarang dasyat ooo...cantik-cantik dan berevolusi la gamaknye. En Jijan ajak tengok tu bukan suka-suka je, dia nk tengok-tengok cover buku. In Sha Allah kami nak terbitkan novel lagi dalam tahun ni jugak. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami. Aminn...

Ok, pas jalan-jalan kat MPH, kami lunch kat Burger King. Bini dia ni mengidam nak makan Mushrom Burger kat sini..hihi..So En Jijan ikotkan sajo..Pas makan terus pulang :)






No comments: