Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Hemm..dah masuk tahun 2009. sekejap je masa berlalu yek! Bila masuk tahun baru, umur pon meningkat la lagi. So tahun 2009 ni umur den jadi sweet 28! huahuahua..sweet ke? Tak kira gak! Same age with my hubby dan Aqim plak akan turn to 2 years old..

Apa agaknye perancangan untuk tahun 2009?

1) Aku dan hubby telah merancang untuk menambah bil ahli keluarga kami. Nak bagi adik pada Aqim.hehehe..Insyallah..kalo ada rezeki.

2) Hopefully aku leh drive. La ni masih tak confident, ntah bilo agak nyo nak confident, hanya Allah je tahu..hadoo..ciayok!ciayok!

3) Nak meningkatkan kadar saving kitaorang. haha..aku berjaya ke melawan kehendak ku yang tak tentu pasal suke membeli dan belah..Insyallah..berbelanja secara berhemah gitu la.

4) Usha meningkatkan prestasi kejo. Cewahhh... ko nak dicalonkan anugerah pekerjo berdedikasi apo? huahuahua..Idak la..kerja ni satu ibadah, so kita kena sentiasa memperbaiki diri dalam kerjaya kito.


Setakat itu je la, orang kata kalu berazam biar realistik. Ada yang azam berjela-jela tapi habuk pon tarak..kakaka..suke ati korang la! tang yang drive tu, aku kena usha lebih,berlebih dan terlebih lagi..

Berita gumbira sempena tahun baru ni ialah aku & hubby dapat bonus. yeah! gumbira..gumbira! Bole la nak tuko handpon baru. lamo dh den mengidam handpon baru. apo kah melampau aku ni mengidam hanpon baru? Ni tak peknen, kalu peknen aku mengidam nak peti ais 3 pintu cap LG camno? Mau pengsan asbenku itu! hahaha..merapu sudahh..

Harapan aku di tahun baru Maal Hijrah & 2009, semoga hidup aku sekeluarga limpahi rahmat dan dimurahkan rezeki dan semoga menjadi hamba Allah yang beriman dan tidak leka dengan kehidupan duniawi semata-mata..amin..

Selamat Tahun Baru!

No comments: