Tarikh: 9hb November 2010
Tempat: Pusat Bantuan Khidmat Sosial, Program Wanita Jalan TAR
PT Foundation telah bekerjasama dengan Sisters In Islam, WAO dan AWAM untuk menganjurkan program untuk pekerja seks.
Ini adalah salah satu program yang aku sertai dengan misi untuk memberi kesedaran kepada pekerja seks tentang hak mereka dari segi undang2. Tugas aku ialah amik gambo & amik video.
Antara tajuk2 yang dibincangkan adalah:
- Sexuality - What do you understand with the term Sexuality?
- Sex & Gender game
- Syariah & Sexuality Input
Timbul rasa kasihan terhadap mereka.. Aku bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui berbanding dengan mereka. Walaupon mereka melalui kehidupan yang begitu namun sebagai manusia mereka mempunyai hak untuk tidak didiskriminasikan oleh masyarakat. Entah lah..mungkin hanya itu sahaja yang mereka boleh fikirkan untuk menampung kehidupan mereka..
Satu pengalaman yang berharga buat aku mengendalikan program seperti ini. Walaupon tugasku hanya amik gmbo & video saje..
Aku di PT Foundation!
Colleagues aku yg da best!
Tukang rakam video & amik gambo..itu aku..
Bos aku yg bernama Ratna sedang memberi ucapan pembukaan..
Di PT Foundation, mereka memberi kesedaran kepada seks worker supaya mengamalkan seks yang selamat iaitu dengan menggunakan kondom ketika melakukan persetubuhan.. Di PT Foundation juga mereka menyediakan khidmat nasihat & kaunseling untuk seks worker. Melalui PT Foundation juga seks worker mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Sebagai masyarakat, aku rasa kita patut ade rasa hormat dan tidak mendiskriminasi mereka. Kita mungkin bernasib baik kerana tidak melalui kehidupan seperti itu. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Aku bukan nak menggalakan mereka just kita sesama manusia perlu ade respek antara satu sama lain. Jangan sisihkan mereka..
Pengalaman ini adelah sesuatu yang berharga untuk diriku..
Insan yang baru mengenali erti kehidupan...
"Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang tetapkan la imanku kepadaMu..
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmat & kurniaanMu.."
Aminn...
No comments:
Post a Comment