Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Kami beraya di Muo kali ni. Semalam kami bertolak dari KL pukul 3.30 petang, sampai kol 6.45 petang. Hujan sangat lebat ok, ade 2 accident  sepanjang perjalanan kami. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami.

Mak aku masak lauk kegemaran bila hari raya iaitu kuah lodeh yang sangat marveles..ketupat & rendang mak aku tempah je. Sonang citer..

Ketupat sebijik 80 sen. rendang ayam (seekor ayam) RM20..bole la kan..tapi ketupat mak cik ni agak keras lo. so makan takde feel ok. Bak kata makcik aku "ketupat ni kalu baling, lembu pon bole pengsan..hahaha"

 Esok balil KL semula. Jumaat keje lo..Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga..


Pic hari raya aidilfitri tahun nie..hehe
Raya ke4 di rumah omak den-Muo

No comments: