Aqim
Rayyan
Aqim
Rayyan
Nyenyaknye tido sampai dua2 tangan angkat!
Nampak tak ape bezanya pic Aqim dengan Rayyan tu?
------
-------------
1.
Aqim masa dalam pantang bersarung tangan bagai, tak kira pagi, petang,siang malam
Rayyan plak, takdonye..pagi & malam je bersarung tangan, tengahari & petang tak pakai..biar jari bebas.
Sarung tangan tu just untuk elakkan baby bergaru muka kan? sebab kuku baby kan ke cepat panjang..yek x?
2.
Rambut Aqim lebat sikit, rambut Rayyan tak lebat..
3.
Berat Aqim sewaktu lahir ialah 2.52kg sahaja, manakala berat Rayyan sewaktu lahir adalah 3.08kg..sebab tu Aqim nampak setoet je dari Rayyan bila tgk pic ni hehe
4.
Kulit Aqim golap sikit dari Rayyan..
-------
--------------
Apakah persamaan Aqim & Rayyan sewaktu dalam pantang?
1.
Tak suka berbedung. Korang tau, sekejap je bedung tu terikat kemas, pastu bila dah mengeliat, abis terburai semua..haha..
2.
Kulit sangat sensitip macam kulit mama dia jugak!
3.
Kuat menyusu.. sikit2 nk nenen, sikit2 nk susu...
4.
Kena jaundis.. tapi tak tinggi..dalam masa seminggu je. pastu ok..
-----
-----------
Apakah perbezaan Aqim dan Rayyan sewaktu dalam pantang?
1.
Aqim minum susu Lactogen + susu badan masa dalam pantang lagi sebab susu aku tak kuar, pas berurut baru susu kuar, tapi Rayyan fully breastfeeding selama 3bulan lebih, pastu baru campur susu Lactogen.
2.
Aqim suka berjaga pukul 1pagi ke atas, pukul 7 pagi baru tido..tapi kekadang dia berjaga sampai kol 8 pagi..nak pengsan aku wei..jadi burung hantu! Rayyan plak dia berjaga dalam pukul 4 pagi ke atas, so aku puas la tido sebelum jadi "jaga"..haha..
3.
Aqim tak penah kembung waktu dalam pantang. Rayyan plak selalu kembung. Sebabnye aku tak tau dalam pantang tak boleh minum air kopi dan makan limau. terus la si Rayyan kembung sbb dia kan menyusu badan.. (masa time Aqim aku berpantang ikut peraturan sikit, time Rayyan cam tak ikut peraturan sgt! haha)
4.
Aqim kuat berak tapi Rayyan kurang sikit..tapi dua2 kuat kentot! wakaka..
1 comment:
Sepesen je muke dua beradik nih tem baby...
Post a Comment