Wednesday, June 29, 2011

Conteng-conteng

Semalam masa duduk2 tengok TV, tibe-tibe datang idea nakal!

Nak menconteng simen kaki En Jijan...hahaha.. Saje buat kenangan kan.


So inilah hasilnye...







Get well soon papa! Mama, Aqim & Rayyan :)
 hehehe...


En Jijan layankan saja ape bini dia buat...Itu pon Aqim sibuk nak touch up gak!


Tuesday, June 28, 2011

Idaman Kalbu..

Best betol kalau dapat bende nie..
*kredit pic to google image

SAMSUNG GALAXY TAB


Berangan-rangan supaya menjadi kenyataan, dengan harapan En Jijan akan cakap "Surprise!, nah untuk mama"

Semoga angan-angan ini jadi kenyataan. Tak kira la macam mana nak dapat pon, mungkin :

  • Duit aku sendiri..(ni kena start kumpul duit ni)
  • Present dari En Jijan (mudah-mudahan..hahaha)
  • Menang peraduan ke? (bole jadi jugak kan...)

Harga nye sekarang dalam RMseribu lebih kut..

Rutin Harian Yang Agak Membizi Skit

Rutin harian aku sekarang dah berubah sikit. Al-maklum la En Jijan tak bole banyak gerak, so keje2 yg biasa En Jijan buat dah transfer kat aku..hehehe..

Pagi siapkan Aqim dan Rayyan. Lepas tu hantar Rayyan umah pengasuh, then hantar Aqim g sekolah. Selalu antar Rayyan kol 8 lebih..ni kena hantar awal2 dlm kol 8 camtu. Sebab Aqim masuk sekolah kol 8 pagi, paling lewat pon kena sampai 8.15pagi. Lepas hantar Aqim, beli bekpes, tapau dan sarapan sesama En Jijan. Pastu aku plak g keje.

Kol 12 tghari amik Aqim dr sekolah, beli makan tengahari. Balik umah, makan sesama En Jijan. Then antar Aqim umah pengasuh, aku berdesup plak balik opis. Kol 5.30 or 6 balik dari opis. Kalu malas nak masak, aku beli food dulu, then amik budak2.

Hah..gitu la kaedahnye. Mula2 tu memang la ponat. Tapi lelama ok la. Tak baik nk merungut, Allah SWT bagi ujian untuk kita..

Si Rayyan melasak tak henggat..Main terjah2 je papa dia. Kekadang tu main tolak2 je kaki papa dia. Ape lagi menjerit la gak papanye! Nama pon budak, bukan dia tahu ape lagi. Aqim tu ye la dah beso sikit. Kekadang tu Aqim klau suh aku buatkan susu dia ckp "Mama, buatkan Aqim punye susu. Papa tak bole buat, kaki papa sakit tu" hahaha bijak betol!

En Jijan selalu la gak cakap, cian kat mama terkejar2 buat keje. Pastu aku melawak kat dia suh amik maid.hahahaha..Selagi ada daya, aku buat semua. Taknak la menyusahkan orang lain kan. Insyallah..Allah SWT mempermudahkan urusan kami.

Minggu depan appointment dengan doc kat PPUM. hopefully kaki En Jijan ok. Insyallah..doakan ye kawan-kawan :)


Saturday, June 25, 2011

Result Exam Aqim

Hari yang En Jijan accident tu..21hb June, pagi tu actually ialah hari amik report card mustaqim. Kami berdua g seawal pukul 8.30 pagi. Kami punye no giliran yang ke3..

Aqim dapat no 7 dari 16. Semua lulus. Result Aqim spt di bawah:

BM - 98%
BI- 100%
Math - 88%
Jawi -70%
Sains- 88%

Kata Cikgu Fauziah Aqim menunjukkan kemajuan dalam vocab, pergaulan juga. Tapi kadang-kadang Aqim menaangis ..haha..Aqim mmg sensitip sikit. Tapi tak selalu..kekadang je. Dulu Aqim cam over risau if dalam crowd..contoh mcm perhimpunan..cikgu Fauziah cakap mula la muka Aqim risau, cam nak nangis gitu. Tapi sekarang dia dah ok! Bagus2..dari segi pergaulan pulak, Aqim ni buka jenis budak yg suka kacau orang. Kira main jenis yang elok2 la, bukan jenis ganas punye.

Cikgu Fauziah mintak kami bg perhatian dlm asas jawi Aqim. Sebab nk tulis huruf jawi tu pelukan latihan yg lebih. Hafazan doa Aqim ok. Dia bole ikut dan hafaz. Cikgu Fauziah cakap bagus hantar masa budak umur 4 tahun lagi, dia dah bole belajar, build up confident dan dia punya pengetahuan lagi banyak. Umur 6 tahun, dia dah tahu semua.

Secara keseluruhannya Aqim sangat ok di sekolah! Great Mustaqim, mama proud of you!





Thursday, June 23, 2011

Hari Sukan Aqim

Ni entry citer yang agak dah lama jugak...

On 19 June, Aqim had his school sport day! cewah tulis omputih plak..hehehe..

Hari sukan Aqim ialah pada 19 June (Ahad). Pagi2 pukul 8.30 kami sekeluarga dah tiba di Padang Hoki MBPJ. Mula2 pendaftaran. Mula acara pukul 9.00 pagi. Pasukan Aqim adalah rumah biru. Ramai jugak ibubapa yang hadir. Persembahan pembukaan adalah dari kwan2 Aqim. Lagu Macarena wei! Kemain lagi budak2 pompuan tu bergelek..hahaha..comel sangat.

Aqim masuk 2 acara iaitu Power Flower ---> dia kena merangkak, then amik bunga, lalu titi dan cucuk bunga kat tempat yg disediakan, pastu patah balik pass kat kawan yang lain pulak. Acara ni Aqim dapat 2 pingat. Satu emas dan satu perak. Patut masuk sekali je, round pertama dia, round kedua patutnye kawan dia yang masuk, tapi dah kawannye takmau. Dah menangis, tarik diri. Maybe dia takut kut or cuaca dah panas dan dia jadi rimas. So Aqim je la yang ganti.


Tengah tunggu giliran


Aqim gaya je lebih tu...nk tergelak tengokkan!


Jolly holiday!


Acara kedua namanye Jolly Holiday. ---> Mula-mula amik bola masukkan dlm kotak. Then amik hulla hup jalan secara reversed. Pastu amik kereta kotak dah jalan secara zing zag sampai ujung then patah balik. Yang ni team Aqim dapat emas..Kelakar sangat tengok budak2 kecik masuk acara sukan..hehehe...

Lepas acara budak umur 4 tahun, then budak 5 tahun. Masa ni Rayyan dah tak kira, bagi lepas kat padang hoki tu, berlari la dia puas2 main kejar2 dengan Aqim. Seronok je..Lepas budak 5 tahun, ade acara ibubapa pulak. Aku dengan En Jijan pon participate la..Acara Mumia..kena balut pasangan kita dengan tisu supaya jadi mumia. Sape paling kemas, dia menang. Tapi malangnye kami kalah..huhhu..tapi takpe la saje masuk suka2..

Lepas acara ibu bapa, acara budak 6 tahun. Masa ni masing2 dah penat. Muka cam tak boleh blah. Dengan Aqim dan Rayyan dah semakin melasak dan kerimasan sebab cuaca dah mula panas. Hadoo ai..pengsan je. Rasa nak balik time2 tu jugak, tapi sebab ade cabutan bertuah dan bagi support kat sekolah tunggu je la sampai habis.  Acara budak 6 tahun ni lagi mencabar, sebab diaorang ni la menentukan pasukan mana yang menang...Last2 pasukan merah yang menjuari sukan tahunan sekolah tadika seri anakanda bagi sesi 2011..

Aqim seronok dapat pingat yang dia menang! Well done Mustaqim, we proud of you dear! :)


 En Jijan yang dh kena balut2


Aqim terima medalnye!


 Muka eksen...


Seronok main kejar2 dua beradik nie!



Wif friends! Happy :)











Under control

Hari pertama g keje dan uruskan budak2 dengan keadaan En Jijan yang kaki bersimen adalah sedikit kelam kabut.

Tapi alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan urusan kami...

Wednesday, June 22, 2011

En Jijan Accident - Part 2

Sambung dari Part 1

Kuar dari PPUM, lebih kuang kol 7.30 malam, kami terus g cari farmasi. Nak beli tongkat. So tempat yang paling dekat dan mudah ialah di PJ Old Town..if yang familiar tu kat Jalan Othman. Kat situ je la yang senang. Terus g farmasi ALPHA. Beli tongkat, penadol sepapan, iodine dan kapas. Pastu beli food pulak. Lapo wei...

Aku dah inform awal2 Kak Izan (pengasuh Aqim & Rayyan) aku balik lambat sikit, settlekan En Jijan dulu. Nasib baik kak Izan ni jenis tak berkira. Dalam kol 8.40 mlm sampai kat umah.

Nak naik ke umah ni satu hal. Masalah sikit la buat En Jijan yang dh bertongkat. Umah kami tingkat 3, dan takde lif ye. Hadooo..ai. Nasib baik kawan kami tinggal satu flat. So en seben dia la yang tolong, back up kat belakang, takut En Jijan jatuh. T upon 2 kali nyaris En Jijan nak jatuh. Ye la dengan kaki bersimen dan bertongkat. Tak biasa la..TQ utuk Eta & Man yang tolong kami.

Balik umah mandi2, siapkan En Jijan then baru amik budak2. Dekat kol 9.30 mlm baru amik Aqim dan Rayyan. Ya Allah..letih betol seharian tu. Tapi Alhamdulillah..semua ok.

Bile En Jijan sakit ni, baru la aku sedar betapa pentingnye kena tau drive..Time2 emergency ni la aku rasa sangat bersyukur aku sekarang dah pandai n berani drive keta. Aku start terpikir dulu pon masa Rayyan jatuh dr katil dan masa tu En Jijan takde. Dia kat Indonesia outstation keje. Masa tu gelabah betul, dah la tak reti drive kan, pastu tunggu la teksi!

Kali ni bila En Jijan pulak sakit, aku bawak dia balik dr PPUM, g farmasi, beli food, anto n amik Aqim sekolah dan g kedai beli keperluan dapo..Siyes, kalu tak bawak keta, mati kutu aku nak harapkan sape. Takkan la nak naik teksi memanjangkan..

Apa-apa pun semoga En Jijan cepat sembuh, rehat secukupnye papa!


Udah bersimen kakinye.Kena guna tongkat sakti!




En Jijan Accident - Part 1

Semalam En Jijan accident(21 June). Accident bukan kena langgar, tapi dia terlanggar serpihan tar dari keje2 construction yang diaoarang buat tapi tak reti nak kemas elok2. En Jijan cakap tar tu berbentuk bonggol dan memang tak perasan sebab warnanye adalah sama dengan warna tar. Kejadian berlaku di lampu isyarat berdekatan Amcorp Mall pukul 1 lebih camtu, waktu dia mahu pulang dari lunch. Dia tercampak, moto pon terpelanting..Nasib baik takde kereta di belakang En Jijan..Alhamdulillah..



Aku dapat panggilan dari En Jijan dalam kul 3. Dia daftar kat PPUM kecemasan pukul 2.33 ptg. Opismatenye yang hantar dan bawak balik motor ke opis. Motonye agak teruk la, mengikut kata en Jijan. Stand patah, handle senget. Aku pon ape lagi bergegas la ke PPUM, sampai sana aku tengok En Jijan masih tunggu giliran. Sebelum tu En Jijan cakap nurse dah bagi injection. Aku pon risau la tengok tangan dan kaki berdarah luka, takut kena infection plak. Agak2 lambat sangat, aku masuk dalam bilik konsultasi tu tanye lama lagi ke? Tangan kaki tu dah berdarah2 luka kang takut kena infection pulak. Nurse tu ckp takpe kang sebab kita dah bagi injection. Ye la aku tau la dah bagi injection, tapi kan baru lepas accident, takkan ko nak suh tunggu lama2 kat kerusi roda tu kan, badan dah sengal2 . Buat la keje cecepat sikit..Hadoo..



 
Dalam lebih kuang 15 min pastu, nama En Jijan kena panggil (setelah 1 jam lebih tunggu!) Doc chek dan suh g wat x-ray sebab En Jijan punye buku lali bengkak dan dia rasa sakit. Nak tunggu buat x-ray pun bukan main lama..nanges g hospital ni wei! Resultnye nampak ade sedikit keretakan di bahagian buku lali itu. Dan doc bone pulak nak chek. Sementara tunggu doc tulang, luka-luka tu dibersihkan. Bab doc tulang ni aku menyirap betol, dekat 2 jam tunggu baru la sampai turn En Jijan, punye la lama. Takde doc lain ke, aku pon tak tau la. Doc chek2 dan dia cakap kena simen untuk elakkan keretakan lebih teruk. Ye la takut kan kalu tak simen dan banyak bergerak, lain pulak jadinye.


Lepas simen, doc chek2, bagi MC, bagi appointment then bole balik. Nasib baik tak kena admit. Pastu sebelum balik, kami buat report polis. Kat Trauma & Kecemasan (aku rasa tak bape nak cemas la...lama bagai nak tunggu!) ade kaunter polis, so bole buat report polis terus. Senang citer. Lepas buat report polis baru la kami balik. Dari kol 2.33 petang – 7.15 malam kami kat PPUM tu..paling lama masa nk chek dgn doc tulang tu le...hadooooooo ai.


Masa balik tu, farmasi hospital yang jual barang2 keperluan spt tongkat, kerusi roda dan lain2 dah tutup, so kami kena cari farmasi luar untuk beli tongkat. En Jijan kena jalan guna tongkat. Simen tu agak berat ye. Kena beli ubat gak. Iodine untuk sapu luka2 tu. Masa kat hospital tu doc bagi paracetemol je, sampai kat kaunter farmasi, budak tu tnya if ade paracetamol kat umah dia tak bagi la sebab katanye bayaran ubat RM5. Ubat yg doc bagi ialah paracetemol je. Aku ckp takpe la beli kat luo je. Sepapan baru rm2.30.



Bersambung.......

Sunday, June 19, 2011

Training di Alor Gajah Melaka

18hb kami di jemput untuk conduct 1 session iaitu Sex & Gender di Melaka. Hari Jumaat malam kami bertolak ke Melaka. Aku dan 2 orang colleagues opis.

Ini adalah 1st time aku conduct session secara solo yek! ada 71 orang pelajar dan di divide kpd 3 kumpulan. Kumpulan aku, Kak Roro and Eena.

Budak-budak ini umur 16 & 17 tahun. Semuanye girls. Budak2 ni sangat aktif, participate dlm session yang kami jalankan.

Secara keselurahannye mereka sangat happening dan aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk session tersebut. Satu pengalaman yang hebat untuk aku meningkatkan tahap keyakinan untuk berucap di khayalak ramai! Insyallah selepas ni bole buat lebih baik.. Happy! :)






Kolaj yang mereka hasilkan..





Friday, June 17, 2011

Dr. Rayyan di sini...

Sape sakit?meh saya chek kan..


Nanti jap doc adjust sikit..





Preparation

Sabtu ni ade training kat Melaka. Aku plak adelah salah seorang dari trainernye. Kena conduct one session..

Seperti biasa la aku kan nebes tak tentu pasal! Hadooo....

Ni first time conduct session. Aritu 1st time jadi MC..tapi bole je. Yakin, yakin dan yakin...hahaha

Untuk mengelakkan dari kelam kabut menjadi lebih dasyat, biasanye aku akan buat persediaan awal dari segi mental dan fizikal. Takut nanti gugup plak masa bercakap kan..Pastu biasanye aku akan selawat dan baca Al-Fatihah sebelum mulakan, sebab dengan itu hati aku jadi tenang. Macam mula-mula aku drive balik kan..tak henti2 selawat dan baca Al-Fatihah. Dan Allah SWT berikan ketenangan dan kekuatan untuk aku. Alhamdulillah....

Semoga semuanya berjalan lancar, dan semoga aku bole buat yang terbaik! Insyallah...


Monday, June 13, 2011

Present dari Drypers

Lama dah nak buat entry ni. Tapi asyik tak ingat je. Citer pon agak dah lama iaitu bulan May.

Aku dapat hadiah dari Drypers lagi! Sebabnye surat aku bertanda bintang hehehe...Star Letter gitu di newsletter Drypers Jalinan Ibu Bapa.

So ape yang aku dapat kali ni?

  • Drypers Drypantz 8 pek setiap pek ade 20 keping.
  • Frame gambo
  • Puppet donkey





Tima kasih Drypers! Next time kita tulis lagi, mana tau rezeki kan...

Kenduri Kawen Lagi...

Kenduri kawen lagi! Hari ni kan last day coti sekolah..

Kali ni kenduri kat flat tempat aku tinggal je. Dua pengantin sekali gus. Kami g agak lambat, dalam kol 2.15 petang camtu. Nak g kol 12.30 tengahari Rayyan tido pule. Takmo la kejutkan dia..

Sampai-sampai pengantin  tengah bersanding. Konsep nye warne pepel. Cantik!

Lepas makan, balik sudah Sebab ari pon dah nak ujan kan. So arini xde kemana-mana. Dok umah sajo..

Tapi yang paling best arini masak sedniri kat umah. Setelah seminggu tak masak sendiri, makan kat luo pon sampai tak tahu nak makan apo..hahaha..Dan yang penting budak berdua tu berselera makan bila mama dia masak..hehehe

Saturday, June 11, 2011

Layan Lagu Aisiteru Senatron Cinta Melody

Aku tak tengok pon citer Cinta Melody ni, tapi lagu dia best la pulak..

Tajuk Lagu : Aisiteru (Menunggu)
Band: Zivillia Band (Band baru ka? aku xpenag dengo plak nama band ni sebelum ni)






Lirik lagu Aisiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)


Kenduri Kawen Kawan Kami: Hamirul & Zila

Arini kami g kenduri kawen kawan kami masa belajo kat UM dulu ---> Hamirul. Kawan-kawan masa belajo panggil dia Apek..Apek ni aku mmg tak sangka dia anak Dato'. Sebab masa belajo dulu dia memang jenis humble gile, g kampus pon naik bas or moto. Moto pon bukan moto dia, tumpang En Jijan. xdonye nak drive keta. Dressing pon sempoi gile. Memang xde la ciri-ciri anak Dato' masa kat UM dulu. Mak & ayah Apek pon jenis yang very humble gitu..

Kami pegi dgn dengan sorang lagi kawan --> Puri. Puri ni baru dpt anak kedua. Isteri dia baru lepas pantang. Anak pertama boy, yng kedua ni girl..Bestnye! So dia dtg sorang la. Anak dan isteri di Pahang.

Kira Apek ni last person la dlm group perasan hensem geng2 En Jijan masa kat fakulti business UM dulu..hahhaha..yang lain dah selamat jadi suami & bapak budak!  

Umah Apek kat Presint 10, Putrajaya. Kami sampai dlm kol 12.45 tghari. Lepas makan jumpa pengantin jap, then balik umah. Tak larat..nak pengsan je rasa sebab budak berdua ni kalu dalam keta tak reti dok diam! Xdenye nak amik2 pic dengan pengatin bagai. 

Anyway.. ole2 umah Apek memang unik..cermin dan sikat! Cantik! Macam2 sekarang ek, dulu org bagi telo, muffin, sapu tangan sekarang macam2 la pulak kan. Ape2 la, ikot kemampuan kan. Janji semua berjalan lancar...hehehe

 Rayyan yang tertido on the way ke Putrajaya



En Jijan drive berpandukan GPS..bagus GPS ni banyak membantu..



 Aqim yang sibuk dgn toys baru dia- Combat



 Rayyan baru bangun tido amik gmbo dgn mama



 Door gift from umah pengantin



Tara...cantik kan!




Mirror and comb....



Ni untuk budak-budak, dalamnye ade coklat!
Comelkan bekas dia..




Thursday, June 9, 2011

Kenduri Kawen

Coti-coti sekolah ni kan, orang banyak buat kenduri kawen. Setiap minggu ade la orang kawen. Kekadang tu sampai 2-3 tempat sehari.. maksud aku ari Sabtu or Ahad la.

Last week balik Muo pon ade kenduri kawen.. Satu kat depan umah mak aku--Sabtu, ari Ahad plak kat Melaka -- Umah adik ipor makcik aku.  

Yang kelako masa kat Melaka tu, pengantin lelaki punye abang rupe2nye kawan En Jijan, satu sekolah, satu hostel gitu..En Jijan sekolah kat King Edward Taiping.. En Jijan ialah Edwardian.. Dan ia femes dengan lambang rimau..hahaha..So berjejak kasih pule di situ..koikoi..satu negeri la..Perak!

Pastu this week kawan kami masa kat UM plak nak kawen.. Ari Ahd kenduri kawen adik kawan En Jijan..ni kawan masa dia belajo gak..

Bulan ni banyak jemputan kenduri kawen, kenduri aqiqah jugak, hari sukan Aqim..Dan bulan ni gak ujung minggu Sabtu atau Ahd...En Jijan kena keja.

Bila kawan yang terdekat kawen ni, aku pon poning nak bagi hadiah kawen apo. Nak bagi gelas---> dah selalu sangat orang bagi...

Maybe bole bagi jam dinding ke, sejadah ke, buku-buku berkenaan rumahtangga ke..bed sheet ke, ntah lo..tapi yang penting its different from others presents that they will get. Or if nak bagi set cawan, bg yg agak canggih sikit--cth: warna warni punye cups, yang siap penyangkut bagai pon bole...hahaha..



Monday, June 6, 2011

Ber KUNG FU PANDA 2 bersama En Jijan, Mustaqim & Rayyan

Ari ni aku cuti bersama En Jijan..Dah janji nak bawak Aqim & Rayyan tengok KUNG FU PANDA 2. Aritu kat g masa ari Sabtu tak dapat tengok, sebab semua tiket SOLD OUT..huhu..

So ari ni g kat GSC Mid Valley, tiket kol 11 pagi. Itu pon dok barisan ketiga di hadapan..Kira ok la..Dua orang dewasa dan sorang kanak-kanak, Rayyan tak kira. Sebab arini bukan ari Rabu, so tiketnye harge RM13 (dewasa), RM6 (kanak-kanak), if hari Rabu tiketnye harga RM8 orang dewasa, kanak-kanak remain same-- RM6



 Gambo tiket je, gambo kat cinema xde..dok kejor budak2 yang lasak..tak koser nak snap gambo bagai..


Kredit to Google Images

Secara keseluruhannya citer ni memang BEST SANGAT, SANGAT BEST! Aku dengan En Jijan memang la enjoyed tengok citer ni. Rayyan bole plak tido in the middle of the movie.. Aqim plak tak berhenti bercakap..kepoh je.. Yang tak bole tahan ayat Aqim.."Mama ni nape pulak cakap cina ni"  Adoi ai..dia tengok subtitle tu kan tulisan cina, patutnye bukan cakap, tulisan..cakap nye dalam Bahasa English nak oi..hahaha..

Jap kang plak.."Mama..Aqim nk susu la" Cakap agak kuat ye! Selama ni kalu g jalan mana2 tak pulak mintak susu, tetiba time tengok movie ni la dia mintak plak.. Terpaksa la pujuk bagai supaya tak merengek..Jap kang tanya macam2 "Mama, yang tu papa dia ke?" Dia tanya Angsa tu bapak Po ke? hahaha..lain rupenye..lawak la..

Bila tengok Po masa kecik2, and anak arnab yang comel tu mula la Aqim seronok "Comelkan dia mama..tengok tu comel je" hahaha..

Pastu mengadu sejuk la plak. Aku pon lupo nak bawak kan sweater dia..dok jap kat aku bagi panas sikit. En Jijan dah dukung Rayyan yang tido tu..Movie dah nak abis baru dia bangun. Nasib bek tak meragam, menangis ke..bagus..bagus..

Sapo-sapo yang tak tengok lagi, KUNG FU PANDA 2, g la tengok. Sebab citer tu memang BEST!

Master Shifu: Remember dragon warrior, anything is possible when you have inner peace.

Po: You've got to let go of that stuff from the past because it just doesn't matter . The only thing that matters is what you choose to be now.

Friday, June 3, 2011

Suka sangat lagu-lagu dari drama Asmara 2 & Nora Elena..camne tuh..

OMG..lagu-lagu dari dua drama ni memang sangat best ok!

Aku tak kisah kalu orang len kata tak best, janji aku dengo ia nye sangat best!

Lagu-lagu dari drama ASMARA 2
  • Terhenti Di Sini - Asfan
  • Hingga Akhir Nafasku - Muzzy
  • Menyesal - Six Sense
  • Andai Itu Takdirmu - Syah Basree
  • Surga Cinta -Ada Band
  • Setengah Hati - Ada Band

Lagu-lagu dari drama Nora Elena
  • Dan Bila Esok -Sofaz
  • Berubah -Erry Putra feat Reen Rahim
  • Terhenti Di Sini - Asfan
  • Jangan Kau Pergi- Erry Putra feat Reen Rahim
  • Biar Hati Mencintai - Sara Aqilah
  • Sesuatu Yang Berbeza - Sofaz



Asfan-Terhenti Di Sini



Sofaz - Dan Bila Esok


*Suka bangat lagu-lagu nie!




Thursday, June 2, 2011

Futsal Lagi!

Hari Khamis ialah hari FUTSAL..

So this week kira dah dua kali la aku main FUTSAL..Yeay! Sangat seronok ya walaupon tendang bola tak masuk gol je..hahaha..Janji kuar peluh ok..senaman tu senaman..

Kali ni main di All Rounder http://www.allrounder.com.my/home/index.php. 1 jam main..pergh.. letih ooo..satu jam tu pon kira nak pengsan dah..Kali ni aku jadi defender..hahaha..takut sebenarnye bila orang tendang bola kat aku! hahaha..

Anyway ia sangat menyeronokkan!

Tak sabar tunggu next week..FUTSAL lagi!