On 19 June, Aqim had his school sport day! cewah tulis omputih plak..hehehe..
Hari sukan Aqim ialah pada 19 June (Ahad). Pagi2 pukul 8.30 kami sekeluarga dah tiba di Padang Hoki MBPJ. Mula2 pendaftaran. Mula acara pukul 9.00 pagi. Pasukan Aqim adalah rumah biru. Ramai jugak ibubapa yang hadir. Persembahan pembukaan adalah dari kwan2 Aqim. Lagu Macarena wei! Kemain lagi budak2 pompuan tu bergelek..hahaha..comel sangat.
Aqim masuk 2 acara iaitu Power Flower ---> dia kena merangkak, then amik bunga, lalu titi dan cucuk bunga kat tempat yg disediakan, pastu patah balik pass kat kawan yang lain pulak. Acara ni Aqim dapat 2 pingat. Satu emas dan satu perak. Patut masuk sekali je, round pertama dia, round kedua patutnye kawan dia yang masuk, tapi dah kawannye takmau. Dah menangis, tarik diri. Maybe dia takut kut or cuaca dah panas dan dia jadi rimas. So Aqim je la yang ganti.
Tengah tunggu giliran
Aqim gaya je lebih tu...nk tergelak tengokkan!
Jolly holiday!
Acara kedua namanye Jolly Holiday. ---> Mula-mula amik bola masukkan dlm kotak. Then amik hulla hup jalan secara reversed. Pastu amik kereta kotak dah jalan secara zing zag sampai ujung then patah balik. Yang ni team Aqim dapat emas..Kelakar sangat tengok budak2 kecik masuk acara sukan..hehehe...
Lepas acara budak umur 4 tahun, then budak 5 tahun. Masa ni Rayyan dah tak kira, bagi lepas kat padang hoki tu, berlari la dia puas2 main kejar2 dengan Aqim. Seronok je..Lepas budak 5 tahun, ade acara ibubapa pulak. Aku dengan En Jijan pon participate la..Acara Mumia..kena balut pasangan kita dengan tisu supaya jadi mumia. Sape paling kemas, dia menang. Tapi malangnye kami kalah..huhhu..tapi takpe la saje masuk suka2..
Lepas acara ibu bapa, acara budak 6 tahun. Masa ni masing2 dah penat. Muka cam tak boleh blah. Dengan Aqim dan Rayyan dah semakin melasak dan kerimasan sebab cuaca dah mula panas. Hadoo ai..pengsan je. Rasa nak balik time2 tu jugak, tapi sebab ade cabutan bertuah dan bagi support kat sekolah tunggu je la sampai habis. Acara budak 6 tahun ni lagi mencabar, sebab diaorang ni la menentukan pasukan mana yang menang...Last2 pasukan merah yang menjuari sukan tahunan sekolah tadika seri anakanda bagi sesi 2011..
Aqim seronok dapat pingat yang dia menang! Well done Mustaqim, we proud of you dear! :)
En Jijan yang dh kena balut2
Aqim terima medalnye!
Muka eksen...
Seronok main kejar2 dua beradik nie!
Wif friends! Happy :)
No comments:
Post a Comment