31 July (Ahad)
Kami g Digital Mall Seksyen 14 dalam kol 11.30pagi camtu, lepas balik dari kedai tudung Maira amik stok baru. IT person tu cakap amik masa lebih kuang 2 jam nak format balik lappy nye. Dalam kol 2 ptg tu bole siap. Ok la kalo camtu, bas adik aku pon kol 3.40ptg.
So balik umah dulu, makan tengahari dalam kol 2.30 kuar umah. Agak lambat yek..adoi ai. Pastu smapai kat Digitall Mall, IT guy tu cakap lom siap. Lagi 5 min. Maka tunggu saje la..Tup2 bukan lima minit, rasa2 cam nak dekat 15 min. Masa tu jam dah menunjukkan kol 3.05..hadoi ai..sempat ke nak naik bas kol 3.40 nih.
Dah siap je, terus berdesup menuju ke TBS..aku bawak dah macam ferari dah..hahha..tapi still berhati2 lagi. En Jijan cakap sempat je nih. Smapai TBS dah kol 3.45 ptg. Adik2 aku berkejar2 la kan..Semantara aku g parking keto. Jap lagi adik aku col ckp bas dah jalan la wei..huhu..Tapi aku bole gelakkan diaorang pulak. Hampeh punye kakak je kan! kakaka..Bas Transnational ni memang gerak ikut time tepat2 kut.
Jadi nye kana la beli tiket bas baru. Tnya kaunter Transnational, since dh terlepas tak bole tukar, kena beli tiket baru tapi price dia kurang la sikit. Ikut tiket untuk kanak-kanak. Tapi bas yang ade kol 6.30 petang. Hurmm lambat benonye. So adik aku beli tiket bas lain lo yang kol 4.30ptg..burn gitu je la RM32.40 -- (sorang RM16.20) Si Tiqa cakap rm32 tu bole makan KFC dua hari..kakaka..abeh tu dah terlepas nak wat cmno!
So sementara menunggu ketibaan bas, aku pon meronda2 la di sekitar TBS ni. TBS ni luas and banyak gerai-gerai jualan. Kira cam teratur dan bersih la tempatnye compare dengan PUDU. Si Aqim dengan Rayyan memang pantang la kan tempat luas2 alam ni, kejenye berlari gumbira la sambil bergelak ketawa gitu. Sesekali aku sound sikit sebab cam over berlari kan..hahha..Tengah menengok anak-anak aku, si Tiqa datang kat aku ckp "Uit si along, tu nampak tak si Shuib dengan Siti Sarah?" Aku pon toleh la...Aaah la Shuib Sepah dengan wifenye Siti Sarah! haha..tengok dari jauh la kan..Comel je Siti Sarah time preggy nie.hehehe..diaorang menghantar sedara or kawan kut naik bas.
Dalam kol 4.20ptg adik2 aku dah turun ke terminal bas berlepas, aku suh turun awal sikit kang takut terlepas bas lagi. Parking kat TBS ni amat selesa, setakat ni takde kena bayaran parking, tapi nanti mesti ade sebab aku tengok ade dah mesin tiket parking cuma belum berfungsi je lagi.
Sekian terima kasih ~ THE END episod ini :)
Ape nama bende alah ini aku pon tak tau, yg aku tau ko touch je dia akan kuar pelbagai maklumat tentang TBS ni. Canggih betol!
Cam ni la rupe benda alah yang aku maksudkan
Kaunter beli tiket
Mereka yang telah ketinggalan bas..kecuali anak-anak aku le..hehehe
Posing lagi, kali ni dengan papa jugak..
No comments:
Post a Comment