Tuesday, August 12, 2008

Aqim dah makan semula

Ha..sekarang ni baru la selera makan Aqim back to normal. Nak makan nasi tapi tengahari & malam je la. Tapi tengahari Aqim lebih suka makan roti or biskut (mengikut kata pengasuhnya) Malam bila balik umah Aqim makan nasi dengan mama & papa.

Banyak gak Aqim makan. Minum susu pon banyak. Harap berat badan naik sikit la, sebab aritu mama rasa cam dah ringan je Aqim ni.

Semalam p pasar malam, mama belikan Aqim air soya & taufu fa. Apa lagi dah memang kegemarannye, minum & makan la sepuas-puasnye. Yang papa tak abis2 usik Aqim, diamiknyer air soya Aqim dan disorokkan. Ape lagi hangin la kawan tu. Dah hangin, papa dok gelak2 plak. Geram plak mama tengok papa ni. Jap je, pastu papa kasi Aqim balik. Gurau anak beranak la kata kan.hehehe..

No comments: