Saturday, April 30, 2011

Hati yang tak keruan!

Lama tak update blog. Lepas training selama 4 hari, Rayyan pulak admitted kat PPUM..pastu Aqim plak demam, muntah2 & cirit birit.

Fikiran pon bercelaru bila anak tak sihat. Bukan la kata aku ni tak berpikiran positif tapi kadang-kadang tu pikiran negatif datang membuatkan aku rasa bimbang, risau yang amat.

Cerita selanjutnya dalam next entry...Dugaan..dugaan..

Ya Allah.. berikaan ku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan...

Friday, April 22, 2011

Salam Takziah kepada Mama Izan

Semalam pagi mak Kak Izan meninggal dunia (pengasuh Aqim n Rayyan).

Pagi-pagi kak Izan col dlm pukul 7.30 cmtu, cakap dia tak dapt nk jaga budak2 sebab mak dia dlm keadaan tak stabil. So aku pon ok la, sebab aku mmg dah ade back up untk jaga Aqim N Rayyan----> Kak Sanah. Nak cuti tak bole pulak. Sebab aku ade training, En Jijan plak pagi tu kena bawak buku2 ke PWTC & setup booth untuk KL International Book Fair. Huhuhu..dua2 ade hal. Tapi nasib bek kak Sanah willing to jaga walaupon pagi2 tu baru aku col dia kan..TQ2

Pastu masa dlam training, dalam pukul 8.50 pagi camtu dapat message cakap mak kak izan baru meninggal. Inalillahhiwanihirojioun...Cepat2 aku bgtau en Jijan. Pastu col kak Izan. Sedeynye...

Jenazah dikebumikan di Pahang.. So hari ni pon hantar budak2 kat umah Kak Sanah.

Semoga roh mak Kak Izan dicucuri rahmat.Al-Fatihah....

Tuesday, April 19, 2011

Bahagia dengan cara tersendiri

Hari ni sebelum aku g office, aku singgah jap beli breakfast. Sementara menunggu order aku, aku menjadi pemerhati. Memerhati gelagat orang-orang disekeliling. Di satu sudut aku lihat seorang ibu sedang leka melayan dua orang anak nya makan. Sungguh gembira anak-anak itu, namun aku lihat ada sikit kesuraman di wajah sang ibu. Aku tak pasti apakah yang sedang si ibu fikirkan, apa yang si ibu rasakan. Tapi tangannya sibuk menyuapkan anak-anaknya makan. Entah..kadang-kadang aku rasa hidup ini agak aneh..

Kadang-kadang aku fikir semua orang kaya itu bahagia..
Kadang-kadang aku fikir bagaimana dengan orang miskin?..bagaimana mereka mengecapi bahagia?
Kadang-kadang aku fikir mereka punya banyak wang..mereka bole beli apa sahaja..mereka bole dapat apa sahaja..
Kadang-kadang terlintas di hati ini mengapa aku tak sekaya mereka? Mungkin belum tiba masanya, mungkin aku bukan sebahagian dari mereka atau mungkin Allah SWT ingin menguji sejauh mana kesabaran & ketabahan hambaNya ini.

Bila aku fikir kembali..

Bukan semua benda boleh dimiliki jika kita punya wang yang banyak..
Tak semestinya kita tak bole rasa bahagia jika kita hidup susah..jika kita tak punya banyak wang..

Kita yang ciptakan bahagia itu, kita yang pilih bagaimana kita ingin memiliki bahagia itu...

Dan setiap orang boleh mengecapai bahagia dengan cara mereka sendiri..
Ciptalah bahagia kerana kita berhak merasakannya..

Ada orang temui kebahagiaan dalam persahabatan
Ada orang temui kebahagiaan itu dalam percintaan
Ada orang menumuinya dalam perkahwinan
Ada juga menemuinya bila bersama anak-anak
Tak kurang juga dalam ikatan kekeluargaan

Kebahagian yang abadi aku dapat rasakannya bila aku dekat dengan Penciptaku
Bila aku sujud kepadaNya, rasa diri ini begitu kerdil..namun aku dapat rasakan kasih sayangNya..
Ya Allah..terima kasih kerana hadirkan rasa ini kepadaku...Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaanMu..


Monday, April 18, 2011

Maharaja Lawak

Korang layan tak maharaja lawak?

Aku layan jugak Maharaja lawak walaupon En Jijan tak bape nak layan maharaja lawak ni tapi dek kerana bini dia tengok, so dia pon kekadang tertengok sama gitu..haha..

Peserta yang aku paling nanti2kan kemunculannye untuk buat lawak adalah :

Jozan --> no satu di hati
Nabil ---> lawak solo yg mantap
Sepah ---> ade kematangan di situ, dah tak suka buli2 Shuib..

Yang lain buat lawak biasa2 je, pada aku la.. Kumpulan Balas plak suke wat lawak double meaning..so aku tak bape berkenan sangat. Amir plak, aku kesian tau..asyik kena hentam je tapi tak kuar2 lagi. Seksa betol aku tengok dia nak wat lawak. Adoi ai...

Tema yang paling aku suka ialah muzikal. Memang best betol. Minggu ketiga hari tu aku rasa mereka ni paling menyerlah. Terbaek!

Tak sabar untuk next week plak..

*Gelak berpada-pada jangan sampai lupa semua..

Nak lihat lawak Jozan, Nabil & Sepah minggu ke-3? Sila klik link di bawah:





Lane kena betol cik puan!

Hari ni aku ade session di AWAM (All Women's Action Society) Aku kena buat session pertama--->pengenalan je pon..hehehe

So aku g AWAM dengan mendrive keta..ceh..ceh..ceh.. dah pandai sudah drive sendiri..

Tapi kan wei, hari ni ade la sangat cuak ok! Gilos pon ade jugak!

Aku kan dengan konfidennye dok lane orang nak ke kanan..siyes cam tak pasan. Dia ade 2 lane.. sebelah aku ialah TRAILER ye..dia nak belok ke kanan, yang aku ni actually nak jalan terus sebenarnya. Time elok2 je trailer tu nak belok kanan, aku pecut terus ke depan. Ape lagi kena hon la..Really gilo aku ni!

Next time aku kena really careful nak kena dok lane mane..huhu.. Allah SWT masih sayangkan saya!

Saturday, April 16, 2011

Drypers Family Outing @ KL Bird Park

Hari ni kami ke KL Bird Park. Kami dapat jemputan dari Drypers untuk menyertai Family Day Outing ni awal bulan April.

Pukul 8.30 pagi kami dah sampai kat KL Bird Park. Berkumpul kat Restoran Hornbill. Register nama dulu then makan breakfast. Cuaca tak bape bagus arini, hujan. So sebab ujan, mereka bawak a few burung masuk dlm restoren ni and ade sesi bergmbo. Each family dengan burung2 ni. Mula2 Aqim sgt takut, takmo amik pic pon. Lepas dah a few minute baru dia berani! Then ada jugak maskot Drypers, yang ni Rayyan takut dari mula smpai la nak balik. Adoi ai..

Bila ujan dah reda sikit, kami semua mulakan aktiviti cam ala-ala treasure hunt gitu. Ada tiga task. Iaitu:

1. Cari nama saintefik 4 burung dalam gambo yang disediakan - Nama punye la susah nak sebut..hahha..

2. Amik pic burung2 kakak tua, nuri sekurang2nya 5 ekor  yang hinggap kat tangan or badan kita. Yang ni mula-mula En Jijan yang bg makan. datang pon sekor dua je. Pastu aku try plak..ade tiga empat je..lagi sekor xmo dtg plak. Dah la rasa cam seriau je bila burung tu patuk2 tangan nak amik food. Then aku dah tak tahan geli, tukar plak. Bagi En Jijan je la yang bagi burung tu makan.Pastu staff  Drypers tolong snap kan pic..Dah tu plak, datang sorang adik ni mintak kami sekeluarga berposing pule, sambil2 bagi burung makan yek! hahha (dia wat coverage untuk event ni kut)

3. Task ketiga---> kena cari 4 logo Drypers. Kami dapat 1 je, pastu ujan turun lagi, lobat! Tu pon dapat masa kat pondok tempat kami berteduh. En Jijan dok tengok2 kut la ade logokan, tengok2 ade kat atas alang pondok tu! Kami berteduh kat pondok situ lama gak. Pastu staff Drypers datang bagi raincoat (masa tu pon kami dah basah sikit2) cakap tak pe kalu tak dapat abiskan task sebab ujan dah lebat. Iye la dengan bawak budak2 kecik kan.

Kami naik balik ke tempat bermula---> Restoren Hornbill tu. Tak larat dah nak abiskan task tu sebab ujan kan. Bawak budak kecik memang renyah sikit. Tahap kesabaran yang tinggi memang perlu yek! huhuhu..

Sementara tunggu peserta2 lain tiba, budak2 diberikan kaler n lukisan untuk mengkaler..

Pastu ade sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambo. So kami mmg dah agak tak menang lo..Hahaha.. tapi dapat hadiah saguhati ---->dapat pek besar Drypers Wee Wee Dry! Yeay!

Kami sangat seronok dan enjoy hari ni walaupon tak menang! hehhe..TQ Drypers! Nak tengok photo lebih banyak untuk event ni ---> sila la like Drypers Malaysia Facebook. Aku pon ade upload kat FB aku..


 Bergambo dengan burung2


 Ni la pic lakonan tu..hahaha



 Percubaan En Jijan nak menarik perhatian burung2..



 Eksen je si Aqim wei..



Saya suka Drypers! promote..promote..wink wink



 Moskot Drypers



 Aqim, Rayyan & mama




Wif papa!



Hadiah saguhati!



Maskot yang sangat ditakuti oleh Rayyan!


* TQ Drypers for such a wonderful day!





Thursday, April 14, 2011

Anmum

Aku macam rasa nak tukarkan Rayyan susu Anmum la pulak..sebelum ni minum Dumex..

Kut la minum Anmum dia berselera sikit nak makan..Nak kasi jugak minum Scott Emulsion.. Sekarang ni tiap2 pagi bagi Rayyan mkn multivitamin Apeton.

Poning memikirkan berat badan Rayyan nie..huhuhu..

Tuesday, April 12, 2011

Update tentang Rayyan

Petang tadi g klinik. Monthly check up Rayyan.

Berat badan Rayyan kurang memuaskan..huhu..Berat masa check up bulan Jan ialah 8.4kg, td petang check setelah 3 bulan berlalu ialah 8.8kg jek! Pastu garisan petunjuk tu nak ke area kuning (kalu korang biasa bawak anak ke kenek gomen msti familiar punye) Area kuning tu kurang zat makanan yek!

Macam mana berat badan nak naik..main jek, pastu makan pon ala-ala nak tak nak je. Harapkan minum susu , biskut , roti pon dia makan. Tapi makan gitu-gitu je la.. Nurse tu siap cakap lagi, nnt next appointment kita nak tgk berat badan anak ni ada meningkatan yang bagus..adoi ai.. next appointment ialah bulan Julai. Ni nnt ade last injection.

Main dengan abang Aqim sangat seronok, dia yang otai. Apa barang Aqim pegang, itu la yang dia nak jugak..Pastu kalau tak dapat, melalak punye la kuat. Kemain lagi yek! Agak garang berbanding dengan Aqim dan juga agak keras hati----> En Jijan cakp macam mama dia la..

Aku pon kekadang rasa tak larat melayan kerenah Aqim dan Rayyan, tapi percaya atau tidak semua penat itu tak terasa bila tengok mereka senyum dan memangil-manggil nama kita.. ----> Maa..mama..Oh gosh they melt my heart..Love them sooo much!




Buat muka notty!



 Wajah yang sentiasa menyejukkan hatiku..


Kesayangan hamba..Love you sooo much!




Bukit Merah Laketown


Ni citer masa balik Bagan Serai lagi..




Kami g Bukit Merah Laketown bermandi manda. Aku satu famili dengan 2 orang anak sedara En Jijan ----> Afifah & Amirah.




Kat sana fee nye RM27 untuk dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak. Tapi kalu kita ni warga Kerian, kita bole dpt harga murah. RM15 sahaja sorang. Masa ke kaunter tiket tu, adik tu tanya orang mana, En Jijan cakap orang Bagan Serai. Bagan Serai termasuk dalam daerah Kerian. Adik tu siap mintak IC lagi, nak bukti la. Dan memandangkan ic baru aku alamat Bagan Serai, makanya kami semua hanya perlu bayar rm15 sorang sahaja. sume sekali rm60. Aqim & Rayyan free.




Seronok bermandi manda di sini. Aqim la paling kepoh. Ade Amirah dgn Afifah lagi la happening. Rayyan tak bape nak mandi ---->tak tahan sejuk. Kalu kat umah dia yang beria mandi..Tapi kat sini air sejuk bangat kan!




Aku pon mandi gitu-gitu je la. Abis dah Rayyan tergigil2. Takkan aku beria nak mandi plak kan.Tu pon bergilir2 dengan En Jijan.hahaha.. Amik gmabo pon pas siap2 nk balik. Tak kosa aku nak snap2 pic masa tengah mandi. Sume brg berharga masuk dlm locker. Kunci sudah..











Monday, April 11, 2011

Dah pandai demand! huhuhu..

Aqim sekarang dah pandai demand ko..kemain lagi!

Kisahnya nak potong rambut Aqim.

Mama: Aqim, meh suh papa guntingkan rambut Aqim ni. Dah  
            panjang dah ni kang cikgu marah.
Aqim: Aqim taknak botak. Kawan cakap tak ensem..
Mama: Laa.. sape nama kawan Aqim tu?
Aqim: Nama dia Atikah tu.. dia kata Aqim botak, tak ensem..

Patot la pon, awek yang komen. Agaknye kalau kawan lelaki yg komen dia tak kisah kot..hahaha..

So En. Jijan otter rambut Aqim di tepi dan belakang je. Depan tu otter sikit2 bagi nampak kemas.

Pastu, aku cakap "Wah, ensemnye anak mama"  Aqim ckp "Ye lah" dengan eksennye.. Bangga la tuh.. hahaha..Kalu cikgu tanya sape gunting rambut Aqim? Aqim nak cakap ape? Papa la yang gunting..kata Aqim. Papa awak hebat tak? Hebat la papa Aqim tu..kata Aqim dgn konfiden nye..hahaha..lawak je!



 Rambut dulu2..


 Rambut sekarang..Takmo botak katanye..demand sungguh!



Aqim nak amik gambo strong mama! ye la..buat la aksi strong tu..Layankan aje si Aqim nih.






Saturday, April 9, 2011

Hadiah Saguhati jooo...

Hari ni dapat parcel dari ASTRO.. Aku ingat Astro anto hadiah birthday kat aku ke..maklum la akaun Astro nama aku..kekeke.. kem salam ye..berangan gaban je la!

Rope-ropenye aku dapat hadiah saguhati. Aritu ade masuk contest "I love fun" kat Astro. Lama dah aku masuk, bulan Jan kut. Aku pon tak hengat dah..

Dapat hadiah saguhati pon dah kira bagos ok! Syukur alhamdulillah...Hadiah dia memang menarik, ni untuk anak-anak aku le. Dapat sport bottle aluminium, cap, Tigger & Pooh Pop Up Tent and Dora Tumbler. Seronok la budak2 tu masuk dalam khemah bagai..bikin ribut saja..hehhehe

Anyway, TQ Astro! Ade contest lagi nanti aku sertai lagi yok! Cube sampai ade rezeki menang grand prize! hahhaa...



Hadiah yang dimenangi



Ngee..Surat dr Astro!





Rope Pop up Tent tu..



Aqim yg sibuk nk berposing. Rayyan dah tido kepenatan..



Friday, April 8, 2011

Perkembangan Aqim

My dear Mustaqim dah pandai baca doa makan! Mula-mula En Jijan ckp aku cam tak caya. Tapi bila Aqim baca, aku rasa sgt happy. Mungkin pada orang lain tu cam biasa je. Tapi bagi aku, ia adalah saat yang paling indah bagi insan yang bergelar ibu. Aku excited ok! Kalu dulu aku excited bila Aqim & Rayyan baru tumbuh gigi pertama, bila dah pandai berdiri, dah pandai sebut mama..papa..hehehe..itu adalah saat2 yang indah pada aku.

Bila aku tanya Aqim sape ajor baca doa makan (mamanye ajor baca bismillah je, hampeh je aku ni...tsk..tsk) Aqim jawab Mama Izan la ajor.. (pengasuh dia)..Oooo, mama ingat cikgu ajor kat sekolah..hehehe.. tapi kat sekolah pon ade jugak baca doa makan. Seronok tengok Aqim baca doa makan tu..Aku siap col ibu aku, mak mertua aku, acik, and mak teh dia suh dengar dia baca doa. Ibu mengekeh2 ketawa sambil dok puji2 cucu dia. Mak mertua aku plak terus cakap alhamdulillah..pandai Aqim ni..

I just don't know, I just feel excited about this..and I just want to share with everyone.. :)





Sejak Aqim sekolah ni, macam2 aku tengok dia dah pandai. Baca ABC dah lancar, baca Iqra' pon dah pandai, tulis huruf dan nombor pon dah pandai, melukis pon suka, nyanyi lagu Negaraku, macam2 lagu la dia reti sekarang ni..hehehe..dah macam2 la lagi la. Bagus jugak anto dia ke tadika umur 4 tahun ni. Dia bole explore macam2, bergaul dengan kawan-kawan dia dan membina keyakinan diri.

Bila Aqim dah siap melukis, aku akan tampal/lekatkan kat peti ais hasil kerja tangan Aqim. Bagi pujian yang membina, biar dia suke, bersemangat nak buat lagi..



ni la antara hasil tangan Aqim



Dah pandai melukis..hehehe..comey2..




 Bagi lekat kat peti ais..hari2 Aqim akan ckp "cantik ni mama, Aqim buat.." ye sayang, pandai mustaqim ni kan"..puji mama dia..hehe..



Ni Aqim buat masa kat sekolah dia..very nice! Good job Mustaqim! I'm proud of you sayang!




Wednesday, April 6, 2011

Ke KLIA

Seperti yang aku cakap aritu, kak Ida (kakak ipo den) akan terbang ke Arab Saudi---> Damam..bertugas sebagai jururawat.

Flightnye 4 April (senin) pukul 8.30 mlm. So kami bertolak dari umah aku kol 4 petang. Nak elakkan jammed orang balik keje.

Anak-anak kak Ida aku 3 orang. Paling kecik umor sebaya Rayyan. So ayahnye --->Abg Man la akan jaga nnt (ayahnye itu adalah abang En Jijan). Kak Ida bertugas kat sana setahun kontraknye. Buat masa ni dia g sorang dulu, kut la kalu dah ok, dia nak bwk seben dan anak2 plak kan.

Masa nak tunggu check in, budak2 adelah sangat lasak ok! Aqim dah jumpa Fakhrul, siap la jadi otomen la budak berdua tu. Dan Rayyan yg setotet tu plak sibuk nak join the club.. cam orang beso je! Si Adam relax je, (anak kak Ida yang sebaya Rayyan). Adam kurang sikit lasaknye. Nak pengsan dibuatnye! Berlari sana sini, usik itu ini, baring kat lantai la, memanjat..Adoi aii..dah namanye budak2 kan..so layan kan aje dengan penuh kesabaran dan keimanan..huhuhu..

Kejap je kang senyap tengok kapal terbang, jap la berlari balik.. Soba je la..

Masa Kak Ida nak check in berlepas tu, dah sedey dah Abg Man, Kak Ida dah nanges2 bersalam, berpeluk cium..Sedey ok! Ditambah plak dgn anaknye yang sulung Wani menagis..lagi la sedey. Fakhrul, dia tak bape nak kisah mak dia nak g sana. Dia tak tau ape2 lagi. Wani pesan kat mak dia "mama jangan lupa rindu kakak ye" adoi aii..syahdu..

Masa Kak Ida, dah turun ke bawah, ke balai pelepasan tu, anak2 dia dah panggil mama..mama.. Sedeynye. Kak Ida tak tengok sgt, sebab kang lagi dia sedey. Ye la..jauh tu nak ke Arab Saudi..setahun plak tue. Kak Ida, hanya boleh cuti lepas 5 bulan keje.

Aku sebak je la, nak nangis pon tak bole sebab dok berkejo2 kan anak. En Jijan tengok kan Aqim, aku plak dengan Rayyan. Pastu gilir2. Jap plak kang aku jaga Aqim, En Jijan jaga Rayyan. Nak amik gmbo lagi tak bole. Baru nak amik gambo masa diaorang sedey2 tu. Tak sempat ok, sibuk dengan anak aku yang lasak itu!

Anyway semoga selamat semuanya..Insyallah tiba masanye Kak Ida pulang bercuti..




Ni je la pic yang sempat di amik..


 Mak mertua den, kak dila (kakak ipo lg satu). Si Rayyan tu tgk tengok kapal terbang, tu dia bole benti jap dari berlari2..



Tuesday, April 5, 2011

30 tahun suda diriku!

Hari ni 5 April 2011, genap usia ku 30 tahun. Wow..cepatnye masa berlalu kan, dah 30 tahun.. Rasa cam baru je masuk tadika..(perasan mude ke?)

Sebab arini besday aku, so aku pon amik cuti. Begitu jugak dgn En Jijan. Bukan ape, last weekend balik Bagan Serai, ari Senin balik KL bersama2 family in law, petang tu g KLIA sbb kak ipar terbang ke Arab Saudi. Ari Selasa baik la aku cuti, rehatkan badan. Plak tu birthday aku kan..molek bona la cuti!

Arini En Jijan jadi supir, tanye kut la aku nak g mana2, dia bawakkan saje..Aku pon tak tau nak g mana. So g la Tropikana Mall tu je, sebabnye tak penah g sana kan.. Lengang je kat situ. Tak best aa..Nak tengok movie pon cam xde citer best. Baik la lepak kat umah. Pas makan kat Kenny Rogers, kami pon singgah jap kat Amcorp Mall (kat sini gak aku nak g kan, padahal dah selalu g)

Balik umah rehat lagi best. Apa lagi..titon la..hahaha..

Anyway, terima kasih atas semua birthday wish, mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, kebahagiaan untuk aku. Terima kasih, saya sangat terharu!

Harapan aku semoga cita2 aku nak jadi usahawan berjaya akan tercapai. Insyallah.. To En Jijan, thank you for lovely gift, thank you for everything my dear.. Love you sooo...much!

* Aku dah 30 tahun, tapi ade orang cakap muka cam budak 16 tahun! Haa..camne tu? hehehe..