Tuesday, April 19, 2011

Bahagia dengan cara tersendiri

Hari ni sebelum aku g office, aku singgah jap beli breakfast. Sementara menunggu order aku, aku menjadi pemerhati. Memerhati gelagat orang-orang disekeliling. Di satu sudut aku lihat seorang ibu sedang leka melayan dua orang anak nya makan. Sungguh gembira anak-anak itu, namun aku lihat ada sikit kesuraman di wajah sang ibu. Aku tak pasti apakah yang sedang si ibu fikirkan, apa yang si ibu rasakan. Tapi tangannya sibuk menyuapkan anak-anaknya makan. Entah..kadang-kadang aku rasa hidup ini agak aneh..

Kadang-kadang aku fikir semua orang kaya itu bahagia..
Kadang-kadang aku fikir bagaimana dengan orang miskin?..bagaimana mereka mengecapi bahagia?
Kadang-kadang aku fikir mereka punya banyak wang..mereka bole beli apa sahaja..mereka bole dapat apa sahaja..
Kadang-kadang terlintas di hati ini mengapa aku tak sekaya mereka? Mungkin belum tiba masanya, mungkin aku bukan sebahagian dari mereka atau mungkin Allah SWT ingin menguji sejauh mana kesabaran & ketabahan hambaNya ini.

Bila aku fikir kembali..

Bukan semua benda boleh dimiliki jika kita punya wang yang banyak..
Tak semestinya kita tak bole rasa bahagia jika kita hidup susah..jika kita tak punya banyak wang..

Kita yang ciptakan bahagia itu, kita yang pilih bagaimana kita ingin memiliki bahagia itu...

Dan setiap orang boleh mengecapai bahagia dengan cara mereka sendiri..
Ciptalah bahagia kerana kita berhak merasakannya..

Ada orang temui kebahagiaan dalam persahabatan
Ada orang temui kebahagiaan itu dalam percintaan
Ada orang menumuinya dalam perkahwinan
Ada juga menemuinya bila bersama anak-anak
Tak kurang juga dalam ikatan kekeluargaan

Kebahagian yang abadi aku dapat rasakannya bila aku dekat dengan Penciptaku
Bila aku sujud kepadaNya, rasa diri ini begitu kerdil..namun aku dapat rasakan kasih sayangNya..
Ya Allah..terima kasih kerana hadirkan rasa ini kepadaku...Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaanMu..


No comments: