Sunday, August 21, 2011

Shopping Baju Anak-anak

Hari yang En Jijan ade appointment tu kan 18 Aug (Khamis) kami memang dah plan nak g shopping barang dapo sikit dan baju raya untuk anak-anak. Tapi idak la plan nak bawak dua orang hero tu.


Lepas je selesai urusan kat PPUM, kami pon g TESCO Jalan Klang Lama. TESCO ni baru bukak kata En Jijan. Errmm..agak bosan kat sini sebenarnye. Beli Drypers Rayyan n sikit barang dapo then kami bercadang nk g MidValley pulak. Kat TESCO ni susu Dumex Dugro mahal pulak RM22 camtu, selalu aku beli kat 99 Speedmart tu baru RM19.90 camtu..so xjadi beli susu kat TESCO ni.


Masa tu jam dah pukul 11.15pagi. Kunun2 xnak bawak budak2 g shopping sekali kat Mid Valley. Ye la sebab even though kaki En Jijan dah bukak simennye but still kena pakai tongkat nak berjalan. Tapi bila pikir2 balik, kesian pulak nak tinggal budak2 tu. Dah la dah lama tak g jejalan kan. So aku pon tel Kak Izan, pengasuh budak2 ni ckap nak amik Rayyan nak bawak g shopping..hihi. Aqim pulak, kami amik terus dari sekolah. 


Sampai sekolah Aqim tercepat dlam kol 11.45am. Kol 12pm, baru Aqim kuar, then berdesup balik umah, tukar baju Aqim then amik Rayyan terus g Midvalley. Targetnye nak balik sebelum kol 4pm. Takut jalan jem.


Shopping hari orang bekerja ni, orang still ramai tapi aku rasa xde la sesesak kalu shopping time weekend. Kami shopping kat JUSCO sajo. JUSCO tengah ade sale nie!  Shopping dengan budak2 tengah melasak membuatkan kita kena banyak2 bersabo. Hadoi ai anak-anak..Poning palo mamanye, berkejar2 tangkap anaknye yang tak reti dok diam. Ahhh..tak bole jadi nie. En Jijan pon tak ringkas lagi nak menjaga anak2 yang berkejar2 tu kan. So aku cakp korang ni memang kena dok dlm troli nie.


Kat area pakaian ni mmg xde troli pon, yang ade bakul la. Tapi nasib baik aku jumpa satu troli nie kat are eskelator. Aku tanye kat staff JUSCO tu, ckp xde sape punye. So amik troli tu, then letak budak2 kat dalam. Settle citer. Sorong troli tu kat bahagian toys, so korang dok sini dengan papa, then mamanye g pilih baju, bawak kat area toys tu untuk budak2 cuba dulu. hahaha..


Makan masa jugak la nak pilihkan, walaupon baju untuk budak lelaki.. Masa tu budak2 ni pon dah mengamuk2, bole pulak berebut main game kat situ. Sabo je la...Dah pilh baju dan suar, bayo dan terus blah..hahaha...sudah tak bole tahan, budak2 dah meragam, menangis la pulak. Sebelum balik, singgah Care4 jap beli barang yang terlupa nak beli masa kat TESCO..Nasib bek dah reda sikit budak2 meragam, ye la dah upah makan aiskrim..huhu..


Aku adalah sangat letih gaban! Tapi tak kisah la, bab budak2 dah settle...



Papa wat muka garang! hahaha



Rayyan tunggu giliran nak makan aiskrim

1 comment:

AyangAizul said...

disebabkan ni gak la mmg kita malas nak bwk bdk2 g shopping. nasib gak keje kat midv so mmg g beli sndiri je. nak bwk asben pun malas psl kang dia byk songeh. baik g sndiri... duit je asben bg