Sunday, July 20, 2008

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1-7 Ogos

Semalam aku beli majalah Pa & Ma edisi bulan Ogos. Seperti biasa Ogos kan bulan penyusuan susu ibu sedunia. Aqim pon still menyusu badan lagi, tapi susu tak banyak la.

Ingat lagi masa Aqim baru lahir, aku takde susu langsung. Cian Aqim. Aqim lahir 10.30 pagi tapi malam baru dapat minum susu. Tu pon sebab ade nurse tu baik ati. Aku cakap susu badan takde, Aqim plak dah nangis2, ye la dari pagi tak minum. So die bagi Aqim susu formula. Before tu aku just kasi Aqim isap sapu tangan yang dicelup air masak je. Cian anak aku. Aku sedaya upaya nak menyusukan Aqim n Aqim pon try gak nak isap susu badan aku tapi memang masa tu susu badan takde langsung. Sedih sangat..

Tapi lepas berurut, susu badan banyak sangat. Sampai kadang2 tu tak terminum Aqim. Terpaksa la aku pam susu. Mula2 pakai pam manual, tapi susah la pam manual ni. Then beli pam yang guna bateri cap Pureen. senang sikit.

Lepas pantang & start keje, Aqim still gak minum susu badan tapi campur la dengan susu formula. Masa rehat aku pam susu kat dalam surau. Nasib baik kat opis ade peti ais, so pas pam letak dalam peti ais. Pagi before p keje aku menyusukan Aqim, pastu anto kat umah pengasuh aku ade bekalkan satu botol susu badan the rest Aqim minum susu formula, balik keje & malam Aqim minum susu badan je. Aku inagt ade la sampai Aqim umur 6 bulan kot. Pas 6 bulan susu tak banyak dah, just bagi Aqim waktu malam je.

Aku bangga dapat menyusukan Aqim, walaupon tak secara ekslusif. Rasa best sangat bila dapat menyusukan anak. Antara kebaikan susu ibu :

1) Kandungan susu kaya dengan nutrien yg diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat.
2) Makanan yang paling sempurna untuk bayi
3) Mudah hadam
4) Berfungsi sebagai alat mencegah penyakit, bayi mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit
5) Bayi mempunyai tahap IQ yang tinggi.
6)Membantu menjimatkan wang (hehe.. betul tu)
7) Mengeratkan hubungan ibu dan anak
8) Membantu ibu mengembalikan saiz rahim ke saiz normal ( ni faedah menyusukan bayi kpd ibu)

Info :
Susu ibu tahan tidak lebih drp 4 jam dalam suhu bilik, 24 jam dalam cooler berisi tiga pek ais beku, 5-7 hari dalam peti sejuk bersuhu 32-39 darjah celcius, 3-4 bulan dalam bahagian beku peti sejuk.

No comments: