Semalam aku keje. 1st Mobile Clinic kat Klang. Sebelum p keje aku dah siap masak kan untuk hubby. Ayam masak kurma & bayam goreng. Dah pesan kat hubby nanti bagi Aqim makan sama.hehehe...
Mobile Clinic semalam mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Ade la dalam 100 orang. Aku paling tak reti kalu nak handle orang yang nak amik makan ni. Bayangkan la sorang amik sampai 5 ketul karipap! huh.. agak2 la kalu nak amik pon jangan sampai orang lain tak dapat. Aku pon dpt rasa seketul je karipap tu, kuih lapis tu pon tak merasa...Rasa cam nak announce jer "Amik perhatian ye, sorang boleh amik satu kuih & satu air kotak je!" nak kena wat camtu ke? Serius aku rasa cam nak pitam tengok diaorang berebut2. Anyway, this is 1st Mobile Clinic. Next time maybe bole siap2 packing. Bagi sorang satu. Bole gitu?
Tapi best la semalam walaupon penat tahap gaban! Sampai opis dalam kol 7. Hubby amik kat opis. Next week ade lagi Mobile Clinic.......
No comments:
Post a Comment