Monday, July 14, 2008

Mengemas Umah & Balik Kampung

11hb (Jumaat) aku cuti. Pagi tu pas hubby p keje n hantar Aqim, aku pon sibuk dok mengemas umah. Dah bape hari tak kemas umah yang dh mcm tongkang pecah ni.

Mula-mula kemas bilik tido aku dulu. Tukar bedsheet, sapu smpah n kemas2 ape yang patut. Pas bilik tido aku, baru kemas bilik tengah, bilik kecik, ruang tamu n dapo. Tidak dilupakan toilet gak.

Huh, penat sungguh.. Dalam penat2 tu sempat gak aku masak untuk makan tengahari. Just masak nasi, ayam goreng n kubis goreng. Simple je.

Hubby balik kul 1 tghari. Mandi n bersiap ke masjid solat Jumaat. Dalam kul 2.20 tghari, hubby balik bawak Aqim sekali. Aku memang anto Aqim 1/2 day jer arini. Kalu pagi tu tak anto, susah gak aku nk mengemas.

Pas makan, dalam kul 3.15 ptg, bertolak balik ke Muo. Kul 7.30 ptg baru smpai umah parents aku.

Lambat sikit sebab aku p amik adik aku, si Uda kat Lubuk China, Melaka tu. Jauh sungguh. Nak masuk dalam tu jer dah 13 km. Kawasan kampung. Yang memang kampung tul..Camno la kalu si Uda ni mengajar kat pedalaman. Ni baru praktikal je ni.

No comments: