Monday, July 21, 2008

Hati-hati

Ni keratan akhbar arini : Berita Harian

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 pangsapuri Fasa 11, Presint 9, dekat sini, semalam. Mangsa, Nik Mohd Danial Ashraf Nik Zainal, dipercayai jatuh selepas memanjat pagar balkoni berhampiran lif ketika bermain bersama abangnya kira-kira jam 11.30 pagi. Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan teruk pada kepala serta patah tengkuk meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Seorang peniaga, Mohd Noor Abdullah, 48, berkata beliau menyedari kejadian itu selepas seorang pelanggannya menjerit sebaik ternampak mangsa jatuh dari tingkat atas pangsapuri setinggi 15 tingkat itu. Berikutan itu, Mohd Noor dan beberapa pelanggan bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. "Bagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah tidak bernafas dan bergerak lagi ketika saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital.

"Apabila mendapati mangsa sudah meninggal dunia saya menelefon polis untuk membawa jenazah mangsa ke Hospital Putrajaya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Difahamkan, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian di kampungnya di Melaka.

Nauzubillah...Takut aku baca, kena hati2 ni.

No comments: