Wednesday, January 19, 2011

1st day Aqim di Tadika

Hari ni hari pertama Aqim masuk ke tadika. Tadika Sri Anakanda.


Nape aku baru hantar Aqim ke tadika? Padahal dah pertengahan bulan Jan ni.


Ceritanye begini ye..


Setiap pagi bila bangun Aqim akan cakap "Mama. Aqim nak pegi school", jap kang "Mama, bila Aqim nak g school?" Aku pon cam dah lali dengan kata-kata Aqim. Tapi semalam aku on leave, terdetik di hati ni nak g tengok2 tadika yang kawan Aqim masuk tu. Ingatkan just nak tanye2 je dulu, sudahnye end up terus dengan registration! Sebabnya ade satu kekosongan, ada sorang student ni mak dia kena transfer keje, so mak dia prefer antar kat Tadika yang dekat dengan tempat keje dia. Alhamdulillah..ade rezeki Aqim kan. Kelas untuk budak umur 4 tahun dia amik 12 orang saje.


Guru besarnya adalah Cikgu Fauziah. Bila bincang2 dengan Cikgu Fauziah, dia cakap its ok masuk tadika umur 4 tahun, ndak2 dia dah bijak bercakap kan. Aku cakap la dia tak tanggal lagi diaper Cikgu, bole ke ni? Takpe kita akan train dia jugak. Then aku tanya " Tak boring ke kalau 3 tahun masuk tadika?" Cikgu Fauziah cakap "Takpe, your children akan jadi lebih bijak and he will enjoyed his school" Kalu orang negara luar 3 tahun diaorng dah masuk tadika" hermm.. ok la kalu gitu kan.


Cikgu Fauziah tanya Aqim some questions.


CF: What is your name?

Aqim: Mustaqim


What is your mother's name?

Aqim: Azrine


What is your father's name?

Aqim: Pak Chong..


Hahha..Pak Chong tu nama bos papa..Hadoi ai..lawak ok. Sebab biasa aku tnya What is your papa's name? tu agaknye dia tak familiar dgn word father.


Cikgu Fauziah cakap "Tomorrow when you come to school, no diaper ok." Aqim jawab Ok..

Are you ready to school? Aqim jawab dengan confident : Ready.. Nak kencing pegi mana? Aqim jawab: Toilet.. Cikgu Fauziah cakap : Clever!

haha..


So aku dengan En Jijan pon ok je la, masukkan Aqim sekolah. Yuran tiap-tiap bulan ialah RM150 termasuk kelas IQRA' sekali. Yuran pendaftran semalam termasuk uniform sekolah, buku, baju sukan, insurans dan lain-lain semuanya RM587. Semalam Aqim dapat uniform sekolah, saiz S. Then kami g beli kasut sekolah Aqim siap stokin! Aqim sangat excited! Mulut riuh je..


Sekolah start pukul 8.00am - 12.00pm.


So hari ni aku dengan En Jijan anto Aqim g sekolah. Sampai2 kat sekolah dia ok. Bila Cikgu Fauziah ajak masuk kelas dia ok. Masuk kelas, tak nampak aku. Nanges terus! Hadoi ai.. Yang aku pulak lupe nak kasi botol air, patah balik lagi la dia nanges, takmo sekolah katanye! Parah nie..



Cikgu ckp, takpe puan masuk dulu dengan dia, nnt agak2 dia dah lali puan kuar cepat2. Terpaksa la aku temankan Aqim jap. Nasib baik kawan2 Aqim ramah, so dia dok la berkenalan dengan Aqim, tulis2 buku. Agak2 dia lali je, aku pon cabut..haha..

Tadi En Jijan amik Aqim dari sekolah. Aqim looks ok! Bagus..bagus..Tapi nanges xmo g umah pengasuh ye! Katanye nak balik umah terus..haha..tapi sekejap je, pastu dia ok.


 Aqim bergaya eksen dengan uniform sekolahnye!




Muka pagi2 nak g sekolah!


Bila tengok Aqim pakai baju sekolah dia, aku rasa cepat je masa berlalu, dah beso si Aqim ni!

Belajar rajin2 ye sayang!


 










1 comment:

Princess Poyo said...

Lohh..nanges pulak..kate excited noe nak skola..huhu..