Sunday, January 16, 2011

Bijak..memang bijak!

Perbualan antara aku dengan Aqim kadang-kadang rasa sangat lucu, kadang tu rasa sangat kagum dan excited melihat si anak dah semakin petah bercakap dan bijak bertutur dengan lancar. Ia sesuatu yang amat seronok ye!

Papa: Aqim, mintak sikit Vitagen
Aqim: Tak boleh, nanti papa sakit perut

Motif: tak bagi papa dia minum vitagen..haha

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aqim: Mama ni cerita ape?
Mama: Cerita puteri la
Aqim: Eh bukan, cerita princess la..
Mama: Ooo..ok

---------------------------------------------------------------------------------
Aqim jenguk kat dapo tengok aku masak

Aqim: Ok mama, almost done!
Mama: Gelak je dengar ayat Aqim tu

---------------------------------------------------------------------------------

Aku makan koko crunch

Mama: Do you want some?
Aqim: No, thanks

Bijaknye bercakap..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa kat Popular pilih2 barang alat tulis Aqim. Aqim cakap:

Aqim: I'm happy mama!

Pastu Aqim g kat rak2 buku. Aku pon panggil la..
Mama: Aqim..Aqim..
Aqim: I'm here
Mama: Aqim..come here
Aqim: I'm coming

Kadang-kadang kita tak sangka dia dah bole speaking dengan baik!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Satu hari En Jijan tunjuk flash card kat Rayyan

Papa: Empat
Aqim: Eh, bukan empat la papa, Four
Papa: Ye la four..

hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa dok asahkan Aqim punye colour pensil, aku tunjuk la kat dia yang dah siap asah

Mama: Ha.. ni dah asah
Aqim: Excellent

Sepanjang hayat tak penah orang puji aku asah pensil kaler sampai tajam ye! Pujian ikhlas ini adalah dari Aqim. Sangat terharu! Excellent terus dia kata mamanye!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari dah malam, mata dah ngantok

Aqim: Mama, jom sleep
Mama: Nanti la kejap, mama tengah wat keje ni (padahal tgh FB)
Aqim: Come mama, sleep

Hadoi..jom la tido!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang bila dah terkelam kabut, aku jalan adalah laju. Bila dah laju, si Aqim punye ayat biasanya adalah

Aqim: Wait for me!

haha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila aku cakap Thank You, Aqim akan balas You're welcome!

Comel kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kat umah aku takde la speaking London ye. Cuma lately ni tengok Aqim dah semakin bijak bertutur bahasa English, so ndak tak ndak aku pon kena la speaking untuk melatih bahasa English nye lancar. Ayat simple2 pon tak pe, janji kita berspeaking dengan dia! Sebab seperti yang pernah aku coretkan, Aqim banyak belajar dari channel 613, dari karrtun2 seperti Mickey Mouse Club House, Word World, Little Eistein, Handy Mandy, Dibo dan lain-lain lagi.

So sekarang ni, haruslah aku pon memantapkan bahasa Englishku yang agak kaput ni! haha..



Love my mama~Aqim..hehehe






1 comment:

Davnes said...

bijaknya dia...happy bila anak kita semakin hari semakin bijak kan....:)