Thursday, January 27, 2011

Gunting Rambut

Kalu balik kg. En Jijan aku ada tempat gunting rambut favourite! Kedai gunting rambut yang memang berbaloi untuk ringgit anda..haha macam iklan plak.

Aku memang jenis tak suka berambut panjang. Asal rambut agak2 dah cecah baru je, aku dah start rimas gaban. Bukan aku tak penah simpan rambut panjang, tapi sudahnye aku yang rimas dan tak boleh tahan. Lagi pula rambut aku plak jenis senang gugur cam bunga-bunga cinta berguguran..Baik la aku potong rambut pendek, senang aku nak menguruskannye. Lagipon En Jijan tak kisah bini dia rambut pendek. Ade lelaki yang kisah tau, nak bini dia rambut panjang.hehe..

Ok berbalik pada kedai gunting rambut kat kg. En Jijan tu. Nama kedainye ialah Kim Ai. Kedai Kerinting Rambut Kim Ai yang terletak berhadapan dengan kedai Emas Seri Serai. Kalu korang yang kampunhnye kat Bagan Serai Perak, mesti dah dpat imagine kat mane kedainye.

Kenape aku cakap dia sangat berbaloi?? Harga untuk menggunting rambut cuma RM8. Pada aku tu dah cukup murah dengan potongan ranbutnye yang sangat memuaskan hati. Aku dah 3 kali potong kat sini. Dan hasilnye memang memuaskan! Cuci rambut pula RM7. Balik kg aritu aku potong siap cuci semua cuma RM15 sahaja. Cuci tu bukan takat cuci je, dia siap massage ko punye tengkok, bahu, belakang badan dan lengan. memang best ok!

So inilah kedai gunting rambut kegemaran aku di Bgan Serai Perak..



Amik dari jauh je. Kedai dia kat dalam adalah cantik, selesa dan berhawa dingin.

No comments: