Cadangnya balik kampung nak tengok rumah untuk dibeli. Mengikut cadangan umah tersebut adalah rumah yang bank nak lelong ===> di Ipoh dan satu lagi rumah yang orang nak jual ===> Jelapang
Kami bertolak malam Rabu sebab dah janji nak tengok rumah hari Khamis..
Tengok2 umah yang 2 buah ni, tak berkenan. Bukan ape, kekadang bila beli umah yang org dah biar lama ni, mcm2 plak kita nak kena buat. Dah la dengan tak terurusnya. Serabai je rupe paras. Terus cancel.
G tengok projek kat Meru Perdana ===> Projek MK Land..
G pejabat jualannye, dapatkan penerangan semua, hari Sabtu baru diaorang buat launching rumah teres AKASIA yang berharga RM140k. Projek perumahan ni dalam pembinaan dan dijangka siap pada Jan 2013.
Bila dah dptkan penerangan, kami pon pulang ke rumah di Bagan Serai.
Esoknye (Jumaat) g KWSP kat Nibong Tebal, untuk chek akaun KWSP tengok bapa yang bole kuar untuk beli rumah. Malam plak bertolak ke rumah abg ipo di Jelapang tu (abg en Jijan) sbb pagi Sabtu tu nak amik no giliran untuk urusan pemilihan lot umah. Umah abg ipo adalah berdekatan dengan Meru Perdana ye! Kena cepat, kalu tak lot yang kita nak tu orang lain dah pilih..huhu
Pastu hari Sabtu pulak, pagi2 kol 8.30 dah sampai ke pejabat jualan Meru Perdana. Kami no yang ke 33..ha 33? mak ai, dah ramai orang gamaknye..Lebih kuang kol 12.00 tghari baru tiba giliran kami.
Lot yang kami nak tu dah penuh ye..So kena la amik lot yang lain. Dan lot lain yang kami nak tu, lom dibuka. Cuma nye boleh pilih je dulu. Bayaran booking xboleh dibuat dulu, kut la ade orang nak yang lot kami pilih, pastu dia sediakan deposit 10%, so orang tu la yang dapat.. Dalam hati asyik berdoa, jgn la ade orang yg bole sediakan deposit 10%. Jadinya, kami pon tinggalkan duit supaya abg En Jijan bole bayarkan wang booking ===.> selagi lot yang sebelumnye tak abis jual, dia tak bole bukak lot lain. So, petang baru giliran lot yang kami nak tu dibuka dan Alhamdulillah..rezeki itu milik kami.
Ahad pule ===> on the way balik ke KL, kami singgah dulu pejabat jualan Meru Perdana untuk sign agreement beli rumah dan buat sekali urusan pinjaman bank. Mintak2 loan kami lulus..Insyallah..
Letih tak bole cakap la kan walaupon aku tak drive...
Insyallah semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami. Aminn..
Aqim sampai tertido2 tunggu giliran
Di pejabat jualan Meru Perdana
Projek perumahan Meru Perdana di bwah MK Land
No comments:
Post a Comment