Saturday, December 31, 2011

Suka Duka Tahun 2011

Esok dah masuk tahun baru. Tahun 2012...Ermm cepat je masa berlalu kan? Banyak benda berlaku dalam tahun 2011, ada suka dan ada duka. So entry kali nie aku nak citer suke duka yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Walaupon tajuk suka duka, tapi aku nak citer kisah yang duka dulu..huhu

Kisah Duka 2011

1) Bulan April - Rayyan kena tahan wad kat PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebab kena jangkitan Rotavirus. http://nurazrine.blogspot.com/2011/05/tentang-rayyan-admitted-di-ppum.html

2) Bulan June - En Jijan accident. Buku lali retak dan kena simen. About 2 months jugak la kaki dia bersimen..
http://nurazrine.blogspot.com/2011/06/semalam-en-jijan-accident21-june.html dan jugak http://nurazrine.blogspot.com/2011/06/en-jijan-accident-part-2.html

3) Bulan July - Aku kehilangan rakan sekerja iaitu arwah Olin. Al-Fatihah

4) Bulan Ogos - Aku pulak operation Appendiks..http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/appendiks-oh-appendiks.html dan jugak http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/appendiks-oh-appendiks-part-2.html

5) Bulan Nov - Aqim kena 3 jahitan kat kepalanye..huhu.. http://nurazrine.blogspot.com/2011/11/hurmmmkena-3-jahitan.html

6) Bulan Nov juga adalah dugaan paling besar dalam hidupku serta keluarga kerana telah kehilangan ayah. Arwah ayah meninggal pada 27 November 2011. http://nurazrine.blogspot.com/2011/12/perginya-tak-kembali.html. Al-Fatihah..

Ya Allah..berikan kekuatan untuk hambaMu ini ya Allah! Aku pasti setiap dugaan yang diberikan ada hikmahnya. Allah SWT mahu menguji hambaNya. Aku kena kuat untuk semuanya ini.


Kisah suka 2011
1) Alhamdulillah pertama sekali aku bersyukur sebab aku dah pandai drive tahun 2011 nie. Ye la ade lesen dah lama dah tapi tak drive2 sampai la umo 30 tahun nie. http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/sudah-berjaya-buat-kali-pertama.html.

2) Kali pertama g Kelantan dan jugak kali pertama naik kapal terbang. mau tak suke kan..hihi. G Kelantan atas urusan kerja. Menganjurkan training untuk grassroot women! Best! http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/ke-kelantan-part-i.html dan http://nurazrine.blogspot.com/2011/02/ke-kelantan-part-ii.html

3) Alhamdulillah kerana tahun nie kami akhirnya dapat beli rumah sendiri kat Meru Perdana, Jelapang Perak.Insyallah umah kami siap tahun 2013. Semoga semua berjalan lancar http://nurazrine.blogspot.com/2011/09/progress-umah-kami-kat-meru-perdana.html

4) Tahun nie jugak aku g Study Tour ke Indonesia. Tahun lepas En Jijan g Indonesia. Alhamdulillah banyak pengalaman dan pengetahuan diperolehi dari Study Tour ini. http://nurazrine.blogspot.com/2011/11/kembara-ilmu-ke-indonesia-25-oct-1-nov.html

5) Sebelum terlupe, tahun ni jugak kali pertama Sisters in Islam menganjurkan workshop untuk Telenisa clients. Sebab aku koordinataornye, so aku excited. hihi.. Alhamdulillah event berjalan lancar. Syukur kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat bagi memastikan event ini berjalan lancar. :)

Itu adalah antara suka duka sepanjang tahun 2011. Semoga tahun 2012 memberi sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Syukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan pada masa yang sama terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.


Selamat Tahun Baru Semua. Welcome 2012, Bye-bye 2011! 


Thursday, December 22, 2011

Asam Garam Rumahtangga

http://fiestafeminista.tumblr.com/post/13098044495/asam-garam

Asam Garam Rumahtangga

Nukilan ini ditulis oleh Azrine Razak. FF menerima hasil tulisan mengenai feminisma, hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia. Hantar tulisan anda melalui Tumblr atau emel.
                                                    **********
”Susah betul kalau jiran jenis yang mengintip 24jam apa yang kita buat. Lepas tu mula menjaja cerita yang bukan-bukan tentang rumahtangga kita. Kepohnya! Tak tahan aku la”ngomel Siti.
Bukan sekali dua Siti dengar hal rumahtangganya dijaja tapi sudah banyak kali. Namun dibiarkan sahaja. Tapi setakat mana kesabaran ini mampu ditahan. Sabar ada hadnya.

Kak Minah, jiran Siti mengatakan yang dia suka mengawal dan membodohkan suami. Kononnya Siti ni ”Queen Control” sebab Kak Minah selalu nampak suaminya; Ishak membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian, menyapu sampah. Sampai ke tahap itu Kak Minah membuat kesimpulan!
Tetapi pada Siti itu normal. Dia bekerja, Ishak pun bekerja. Pulang dari kerja masing-masing sibuk menyiapkan keperluan rumahtangga dan menguruskan anak-anak. Kadang-kadang tu, Ishak akan masak untuk mereka sekeluarga. Salah ke? Kalau itu pun orang dah salah tafsir, susah lah!

Kalau diikutkan apa yang orang cakap, memang sampai bila pun tak selesai. Makin menyakitkan hati saja.
Apa yang Siti tahu, dia dan Ishak tiada masalah dengan rumahtangga mereka. Mereka saling bantu membantu menguruskan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak. Ishak tiada masalah menjaga anak-anak jika Siti terpaksa bekerja di luar kawasan. Mereka memang tiada pembantu rumah, mak dan ayah pun jauh di kampung. Lagipun mereka tak mahu menyusahkan mak dan ayah untuk menjaga cucu-cucu yang sedang lasak.

Pada Siti apa yang penting adalah kesefahaman dan kesepakatan mereka dalam melayari bahtera perkahwinan. Anak-anak juga rasa mereka sentiasa ada teman untuk dirujuk. Malahan hubungan kekeluargaan semakin bertambah erat.

Bisik-bisik:
Sudah menjadi taboo di dalam masyarakat kita, kebanyakkannya meletakkan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak ke atas bahu isteri semata-mata. Namun suami harus sedar, sebagai bapa; mereka juga mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak-anak. 

Sudah tiba masanya tanggungjawab ini dikongsi bersama suami dan isteri. Tidak salah jika suami menolong isteri membuat kerja-kerja rumah serta mendidik anak-anak kerana kebanyakkan isteri juga bekerja untuk membantu suami menyara kehidupan.

Azrine Razak adalah seorang pegawai program dengan NGO wanita di Malaysia.

Sunday, December 18, 2011

Adoi ai..

Saya tak sihat bersama Rayyan..
Demam, batuk dan jugak selsema

Bertambah tak sihat bile En Jijan kena bertugas di Penang sehari suntuk gitu..

huhu..

Friday, December 16, 2011

Menulis?

Orang cakap aku pandai menulis..tulis apo? Kata mereka tulis la apa-apa artikel atau cerita yang dekat dengan masyarakat kerana menerusi penulisan kita boleh sampaikan mesej kepada masyarakat. Pengalaman. pengetahuan or apa saja. 

hurmmm..

Masa kat sekolah menengah dulu aku menang tempat pertama pertandingan cerpen. Tajuk nye "Kembali Terjalin"  Kisah seorang anak yang terpisah dengan bapanya kemudian bertemu kembali..camtu la..Kalau tak silap dalam 3 mukasurat camtu..

Kalu diikutkan aku start suka menulis ni time sekolah rendah la. Dulu-dulu kan zaman 90'an gitu ada buku biodata kan.. tak tau la kalau korang tahu ke tak. Buku biodata nie konsepnye kawan2 korang kena tulis biodata mereka dan bagi ucapan sekali. Kalu rajin nk tampal gmbo bole jugak..hihi. So aku pon ade jugak buku biodata ni. Pastu aku ade buku lirik lagu..bole tak? haha..saja-saja salin balik lirik lagu popular time dulu2. Janji menulis..

Then masa aku masuk tingkatan 1, minat aku menulis ni membara bila cikgu praktikal Bahasa Melayu aku Cikgu Wan Siti Zubaidah kalu tak silap nama dia..hadiahkan aku diari sebab aku dapat markah tertinggi dalam ujian Bahasa Melayu. Diari ni la tempat aku mencurahkan perasaan..Tulis la ape pon, janji tulis. Bila baca balik cam kelako je wei.. Kecik ati sebab mak marah la, bengang dengan cikgu la..semua tulis dlm diari termasuk la pasal secret admirer.. hahaha lawak je.

Dah dewasa terjebak pulak tulis blog, tahun nie 27hb December genap 4 tahun aku tulis blog. Wow dah 4 tahun uols! Sebaya Aqim pulak kan? Pastu aku suka anto pendapat dan pengalaman sebagai ibu bapa kat buletin Drypers, banyak jugak dapat hadiah dari Drypers setiap kali pendapat aku kuar kat buletinnye, penah hantar komen gak kat Berita Harian ~ tapi tak kuar pulak komen den tu..cis, tulis artikel dlm ruangan Q&A kat Utusan ~ tu setelah di edit oleh senior, pastu berjinak-jinak tulis story untuk kuarkan booklet kat SIS~ tu lom kuar lagi, pastu aku hantar satu story untuk blog Feista Feminista here is the link http://fiestafeminista.tumblr.com/post/13098044495/asam-garam

Kiranya boleh la nak asah2 bakat nak jadi penulis. Masih banyak yang perlu dipelajari lagi, perlu bimbingan dan panduan dari mereka yang berpengalaman..hihi

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan..

Sekian terima kasih



Monday, December 12, 2011

Perginya tak kembali...

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Kita tidak tahu bilakah kita akan bertemu Pencipta kita di alam yang abadi. Yang pasti waktu itu akan tiba, pasti akan terjadi."

Hari ini sudah 15 hari arwah ayahku meninggalkan kami. Perginya tanpa kata-kata terakhir, perginya amat mengejut. Arwah ayahku pada hayatnya tidak mempunyai penyakit yang serius, cuma arwah mengidap kencing manis sahaja. Arwah ayahku meninggal dunia kerana berlaku pendarahan di bahagian otak akibat terjatuh..Ya Allah, ketika dengar berita ayah terjatuh aku amat terkejut. Ketika itu aku baru tiba di Bagan Serai Perak setelah pulang bekerja dari Penang. 

Kisahnya..
Hari itu kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Aku memang sudah bagitahu ibu yang tak dapat balik kerana berkerja di Penang. Ibu pon cakap tak usah dirisaukan sebab adik-adik aku yang lain ade. Angah dari Johor pon balik. Menurut adikku ketika kejadian itu berlaku separuh adik2 yang lain berada di rumah baru mengangkut barang2 dari rumah lama. Sementara arwah ayah, ibu, adik no 3 dan bongsu ada di rumah lama mengemas apa yang patut di bawa ke rumah baru. Arwah ayah panjat siling dengan adik bongsu untuk amik wayar arial TV. Kemudian arwah ayah suruh adik bongsu turun amik barang. Ketika adik bongsu turun la arwah ayah terjatuh dari siling. Mungkin kaki arwah tersadung pada alang kayu atau arwah tersalah pijak, Waallahualam..kami tak pasti yang menyebabkan arwah terjatuh ke lantai. Oleh kerana arwah jatuh dan terkena bahagian kepala sebelah kanan, maka menurut doktor berlaku pendarahan serius dan juga urat tengkuknya putus. Paru-paru arwah juga mengalami pendarahan. Menurut adik, doktor telah lakukan sedaya yang mampu tetapi Allah SWT lebih menyayangi arwah ayah. Kami sekeluarga amat terkejut kerana kejadian itu berlaku dengan pantas tetapi kami redha dengan ketentuan Ilahi. Arwah ayah pergi menemui Pencipta nya di alam yang abadi pada 27 Nov 2011 bersamaan dengan 1 Muharram 1433 pada pukul 10.10 malam.(kejadian itu berlaku pada lewat petang hari yang sama).

Arwah ayah memang tak suka upah orang lain buat kerja2 rumah spt tukar lampu, tukar paip. Arwah lebih suka buat sendiri. Dulu masa kami pindah ke rumah lama, arwah panjat sendiri pasang arial TV. Pernah sekali kaki arwah ayah retak sebab terjatuh dari tangga masa nak tukar lampu. Tapi arwah memang lebih puas hati bila buat semua kerja tu sendiri walaupon kami semua bimbangkan arwah..Sudah tertulis, Allah SWT lebih tahu segala-galanya. Ada orang jatuh tak meninggal, tapi alami kecacatan seumur hidup, ada yang jatuh dan terus meninggal..Kami redha dengan ketentuannya.Kami doakan arwah ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang Dia kasihi dan dilimpahkan rahmat di sana. 

Ibuku memang seorang yang tabah. Beliau terima dengan hati yang terbuka walaupon ianya amat berat. Kejadian itu berlaku dengan pantas dan ibu menyaksikan semuanya! Dari arwah ayah jatuh, bawak ke hospital, masuk ke ICU hingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Beliau mintak kami jangan menangis, kuatkan semangat dan redha. Namun jauh di sudut hati aku tahu ibu benar2 terasa kehilangan arwah ayah.Suami dan juga temannya selama 32 tahun telah pergi selama-lamanya Tidurnya bertemankan kain pelekat dan baju melayu yang arwah ayah pakai ketika solat berjemaah dengannya! Hatiku sayu..bila ibu cerita arwah ayah sentiasa doakan kebahagian anak-anaknya di dunia dan akhirat..Air mataku mengalir deras..Ya Allah! Kuatkan la hati kami dan ibu kami untuk menerima dugaan Mu ini!

Mungkin arwah ayahku tidak sesempurna ayah orang lain, tapi arwah adalah ayah yang terbaik buatku! Kerana tanpa dia tidak wujud la aku di dunia dan menikmati kehidupan ini.

Aku masih ingat lagi ketika aku gagal dalam ujian memandu, aku menangis, arwah ayah cakap tak mengapa cuba lagi..sampai 5 kali aku amik test tu, arwah la yang hantar, tunggu dan amik aku dan beri sokongan! Tiap kali hari terbuka arwah ayah mesti datang walaupon lewat untuk amik report kad, hantar ke UM, raikan kejayaan masa konvo dan banyak lagi kenangan yang aku akan simpan kemas2 dalam ingatanku. Dan pastinya aku akan merindui masakan yang arwah ayah yang paling beliau expert~sambal hirisnya itu..

Hanya doakan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu kami hadiahkan untuk arwah ayah di sana. Semoga roh beliau tenang dan dicucuri rahmat dari Nya. Al-Fatihah..



Tuesday, November 22, 2011

Weehuu..Malaysia menang!

Apa yang paling best semalam adalah Malaysia menang acara bola sepak Sea Games! Memang best!

Actually aku bukan lah peminat tegar bola sepak, tapi dek kerana Malaysia masuk final dan nak pulak tu melawan Indonesia, aku pon bersemangat la nak tengok the game kan. Sebab pada aku pertembungan dua negara ni amat mendebarkan.

Mula-mula bila Indonesia sumbat gol di awal minit2 pertama, aku dah rasa adoi la bole ke kita menang nie? Tapi bila Malaysia menyamakan kedudukan aku dah kembali semangat.Pastu la time2 ni la kan si Aqim nak tengok citer Dragon Ball dia kat channel 616. Menyirap je aku budak soarang nie..tapi kasi la jugak dia tgk, tu pon 10 min dah nak abis Dragon Ball tu.. dah asyik merengek je, kita pon naik rimas kan. Papanye kata takpe la bagi dia tengok jap..

Tapi kan bila bab penalti tu la yang paling nebes sekali! Tapi alhamdulillah Baddrol Bakhtiar menyempurnakan penalti yang terakhir dengan jayanya sekaligus menandakan Malaysia won the game! Yeehaa.. Kitaorang anak beranak bersorak gumbira! Rasa nanges ok tgk Malaysia menang kat negara orang! Bangga sangat!

Apapon tahniah diucapka untuk skuad Harimau Muda Malaya. To Khairul Fahmi Che Mat as a good goalkeeper, to Baddrol Baktiar as a very calm captain dan yang lain2 kerana berusaha keras untuk kejayaan malam tadi! Yea..Aaauummm...




*Suka tengok muka si Baddrol Baktiar yang tenang gitu..

Sunday, November 20, 2011

Wangian baruku!

Woot..woot..ada wangian baru sekarang nie...
Perfume uols..Cap BVLGARI


Perfume BVLGARI Omnia Amethyste nie aku beli masa kat airport Jakarta..time flight nak balik ke Malaysia. Kawan aku yang dah biasa beli perfume ni cakap minyak wangi kat airport Jakarta adalah lebih murah berbanding dengan kat airport KLIA. So ape lagi beli sudah.. 65ml RM260+. Kalu kat KLIA aku tengok RM300+ jugak la..




I loved the smell and the bottle design..Bau wangian yang lembut tapi best! Suke..suke..suke..

Saturday, November 19, 2011

Kembara Ilmu ke Indonesia 25 Oct - 1 Nov 2011

Just shared my report on Study Tour to Indonesia..enjoy reading!


 Masjid Demak, antara masjid tertua di Indonesia


 Makam Wali Songho


 Demonstrasi jalanan tanpa ganguan pak polisi!


 Freedom Institute of Democracy


  Komnas Perempuan


Laporan Kembara Ilmu ke Indonesia 25 Okt – 1 Nov 2011

25 Oktober 2011 - Selasa
Penerbangan kami ke Jakarta adalah pada pukul 4.20 petang dan tiba pada 7.25 malam

26 Oktober 2011 - Rabu
The Wahid Institute
Destinasi kami yang pertama adalah The Wahid Institute. Di sini kami bertemu dengan Mbak Nurun Nisa’, Mas Badrus SF dan Mas M. Subhi. Mereka menerangkan tentang sejarah penubuhan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi ini. Wahid Instititute diasaskan oleh Gus Dur dan menyokong kebebasan beragama dan pluralisme.
Apa yang menarik bagi saya adalah ketika Mas Subhi menerangkan bahawa sebelum reformasi berlaku di Indonesia, tanah kusir (tanah perkuburan) di Indonesia berkonsep umum (public) bermaksud mereka yang beragama Islam, Buddha atau Kristian boleh berkongsi tanah kusir dan ia adalah sesuatu yang diterima oleh masyarakat di sana. Tetapi setelah reformasi berlaku, tanah kusir menjadi sesuatu yang ekslusif, di mana tanah kusir telah dibahagikan mengikut agama masing-masing.

Penerbangan dari Jakarta ke Semarang pada pukul 3.00 petang dan bertolak ke Jepara.

27 Oktober 2011 - Khamis
Kami berkunjung ke pondok Pasantren Kiyai Hj. Ashari di Jepara untuk mengikuti seminar – Peran Strategis Kepimpinan Ulama Perempuan Dalam Penguatan Hak-hak Perempuan di Komunitas Muslim. Seminar ini  anjuran Rahima (Pusat Pendidikan dan Informasi tentang Islam & Hak-hak Perempuan).

Antara pembentang kertas adalah Dr. Nur Rofiah, KH Musman Tholib, Drs. H. Abdul Djalil dan Dr. H Abu Hapsin. Uniknya di seminar ini, saya dapati walaupun keempat-empat pembentang kertas mempunyai pandangan yang berbeza tetapi mereka masih lagi boleh berdiskusi dan melontarkan idea-idea mereka secara harmoni. Manakala peserta-pesertanya juga sangat bersemangat bertanyakan soalan-soalan walaupun mereka ini adalah orang-orang kampung di sekitar pondok pasantren itu tetapi mereka sangat berpengetahuan dan peka dengan hak-hak mereka. Situasi ini sangat berbeza di Malaysia.
Seminar ini tamat pada pukul 1.00 tengahari dan disambung pada sebelah malam iaitu perhimpunan ulama-ulama perempuan dari Jawa Tengah. Apa yang mengkagumkan saya ialah terdapat usaha-usaha dalam melahirkan serta memartabatkan ulama-ulama wanita di Indonesia, di mana di Malaysia ustazah-ustazah belum sampai diiktiraf ke tahap ulama.

Masjid Demak
Lawatan ke Masjid Demak, salah satu masjid yang tertua di Indonesia.

Makam Wali Songoh
Kami juga melawat Makam Wali Songoh. Apa yang dapat saya pelajari di sini ialah di Indonesia masih lagi mengekalkan adat-adat warisan mereka. Setiap hari Jumaat mereka mempunyai acara untuk sembilan wali yang telah mangkat, di mana pada saya di Malaysia adat-adat seperti ini dihapuskan kerana dipercayai boleh membawa kepada perlakuan syirik. Tanah perkuburan yang dibina ini khas untuk sembilan wali tersebut serta makam untuk ahli keluarga dan waris mereka. Apabila upacara diadakan ramai saudara-mara dan ahli keluarga datang menyertai upacara ini. Ketika saya tiba di sini kebanyakan mereka sedang kusyuk berdoa.

28 Oktober 2011 - Jumaat
Penerbangan dari Semarang pulang ke Jakarta pada pukul 3 petang.
 
Freedom Institute Centre for Democracy

Pada sebelah malam, kami ke pelancaran buku Ancaman Kolektivisme oleh F.A Hayek di Freedom Institute Centre for Democracy.  Apa yang menariknya di sini apabila tiba session Q & A, audience bertanya serta memberi input yang bernas. Situasi ini saya kira jarang dilihat di Malaysia.
 
Filem Indonesia: Kehormatan Di Sebalik Kerudung

Selepas acara pelancaran buku, kami pergi ke Taman Ismail Marzuki untuk menonton filem Indonesia bertajuk Kehormatan Di Sebalik Kerudung. Taman Ismail Marzuki (TIM) ialah pusat kesenian yang terletak di Central Jakarta. Walaupun tajuknya seakan berat tetapi jalan penceritaannya longgar dan bagi kami yang berjiwa aktivis, untuk menghabiskan filem ini adalah sangat menyeksakan! Cerita itu ialah tentang poligami. Seperti biasa isteri pertama merelakan pernikahan suaminya untuk berpoligami, dan redha akan nasibnya..Sabar je la, sakit jiwa tengok! Filem ini lebih kepada menjual rupa para pelakonnya – memang tak dapat dinafikan semua pelakonnya mempunyai wajah yang cantik dan kacak. Saya mengharapkan filem ini seperti filem-filem box-office; Berbagi suami atau Ayat-ayat cinta tetapi filem ini tidak mencapai apa yang saya fikirkan.


29 Oktober 2011 - Sabtu
Pagi kami ke TIM. Kali ini pergi ke kedai buku. Tidak dapat dinafikan di Indonesia terdapat banyak kedai-kedai buku yang menjual buku-buku second hand. Buku-buku di TIM ini lebih kepada kesenian dan kebudayaan.

Institute Kesenian Jakarta (IKJ)
Setelah ke kedai buku, kami membuat lawatan ke IKJ dan diskusi bersama Mas Abduh Aziz (pensyarah IKJ and produser filem). Salah satu medium untuk menyampaikan message tentang human rights, hak-hak wanita atau apa-apa sahaja ialah melalui filem atau dokumentari di mana medium ini lebih dekat dengan masyarakat. Menurut Mas Abduh filem yang mempunyai ideologi biasanya akan mendapat kritikan hebat; contohnya filem Cinta Berkalung Sorban, Berbagi Suami, Ayat-ayat Cinta berbanding filem-filem tiada ideologi yang kebiasaanya adalah dari produksi India yang lebih menjual rupa pelakon serta fesyen pakaian dan jalan ceritanya juga longgar.
 
Teater Korup Siji, Kabeh Korup (Satu Rasuah, Semuanya Rasuah)

Teater ini menceritakan tentang masalah rasuah yang berlaku di Indonesia. Dari level bawahan (polis) sehingga la ke level atasan (hakim, ketua menteri). Pada saya teater ini disampaikan secara santai tetapi mesejnya sampai dan semua hadirin terhibur dengan teater ini. Yang menariknya mereka tidak kisah membuat lawak yang berunsur lucah kerana ia adalah normal di sini pada fikiran saya. Tapi bagi saya yang berjiwa feminist lawak-lawak berunsur lucah yang melibatkan tubuh wanita pada saya ia agak keterlaluan kerana terlampau banyak dijadikan bahan lawak.

Komunitas Salihara

Pada sebelah malam kami ke Komunitas Salihara untuk menonton pertandingan puisi. Komunitas Salihara adalah salah satu tempat di mana pengiat seni, anak-anak muda berkumpul serta menghasilkan karya yang bermutu dan intelektual. 


30 Oktober 2011 - Ahad
Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran (PTIQ)

Kami melawat PTIQ, Prof. Dr.M Darwis Hude Pengarah of Post Graduated Program dan juga Dr. Nur Rofiah menerangkan tentang latar belakang PTIQ. Kami sempat mengikuti kelas Dr. Nur Rofiah tentang Gender Dalam Wacana Tafsir – Mata kuliah ”Kritik Wacana Tafsir”. Menurut Dr. Nur bahasa Arab yang mempunyai banyak gender setiap ayatnya. Orang-orang Arab pada zaman itu lebih mementingkan anak lelaki dalam setiap perkara. Oleh sebab itu terjemahan Al-Quran lebih banyak memperlihatkan bahawa lelaki lebih berkuasa dari perempuan. Oleh itu perlunya usaha-usaha untuk melahirkan penafsiran Al-Quran yang bersifat gender sensetif.

31 Oktober 2011 - Isnin
Komunitas Utan Kayu – Jaringan Islam Liberal

Kami ke komunitas Utan Kayu untuk berdiskusi bersama Saidiman Ahmad & Abdul Moqsith Ghazali tentang sejarah penubuhan Jaringan Islam Liberal. Jika perkataan Liberal di Malaysia tidak dibenarkan penggunaannya, tetapi di sini ianya tidak ada apa-apa dan bukan satu bentuk ancaman tetapi dianggap sebagai satu pemikiran baru. Agak mengejutkan bagi saya apabila Abdul Moqsith mengatakan di Indonesia mahasiswanya bebas membuat demostrasi di universiti mereka, bebas mengkritik pentadbiran kerajaan, begitu juga dengan pensyarah ; mereka bebas memilih topik dan merancang selibus pengajarannya tanpa perlu merujuk kepada pihak pentadbiran fakulti, mereka juga bebas untuk menyertai politik serta mengkritik pentadbiran kerajaan tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Di Malaysia itu sama sekali tidak mungkin berlaku!
 
Bengkel bersama Kiyai Hussien dan Guntur Romli

Pada sebelah malam, kami berdiskusi dengan Kiyai Hussein dan Guntur Romli tentang gender dan juga feminisme. Saya berasa seronok dapat berdiskusi dengan Kiyai Hussein kerana setiap apa yang diperkatakan pasti beliau menyelitkan kesetaraan gender. Beliau menyebut tafsiran ayat-ayat damai di dalam Al-Quran dihapuskan dengan pedang. Orang melihat agama Islam agama pedang. Bermaksud tafsiran yang dibuat menampakkan agama Islam adalah agama yang menghukum.



1 November 2011
Komnas Perempuan

Lawatan ke Komnas Perempuan. Jika di Malaysia badan yang menpunyai yang sama sepertinya adalah SUHAKAM. Di Komnas Perempuan mereka tidak mengambil kes yang kes-kes tetapi memberi maklumat saluran yang mana patut si pengadu pergi. Mereka juga banyak membuat kerja-kerja advokasi untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang hak-hak mereka. Antaranya ialah 16 hari anti kekerasan terhadap perempuan 25 Nov-10 Disember, Pundi Perempuan – mengelola dana untuk Women’s Crisis Centre. Menurut Mbak Desti kadar kematian ibu-ibu yang melahirkan adalah tinggi kerana jarak tempoh kehamilan sangat rapat menyebabkan kesihatan wanita terjejas. Manakala kadar penguguran dikalangan wanita yang telah berkahwin adalah tinggi berbanding dari mereka yang belum berkahwin tetapi mengandung anak diluar nikah. Ini kerana mereka kurang kesedaran tentang cara-cara merancang keluarga. Di Indonesia pengguguran bayi dianggap haram dan tidak diiktiraf.


Highlight
Apa yang saya perolehi dari Study Tour Indonesia ini?

1)      Saya melihat wujudnya usaha-usaha untuk memartabatkan ulama-ulama wanita. Di mana melalui perhimpunan ulama-ulama wanita yang dianjurkan, mereka mempunyai satu jaringan yang kukuh dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah. Apabila wujudnya jaringan yang kukuh, suara-suara mereka akan didengar dan diterima terutama sekali berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan wanita seperti khitan perempuan, gender, aurat, reproduktif health dan sebagainya - Jepara
2)      Pemikiran yang progresif di kalangan ulama-ulama, NGO-NGO tentang kebebasan beragama, kebebasan berfikir – Jaringan Islam Liberal, The Wahid Institute
3)      Kesedaran gender menjadi salah satu agenda penting di dalam pendidikan, dan dalam pentafsiran Al-Quran – PTIQ
4)      Mereka bebas berdemo tanpa ada halangan dari pihak berkuasa. Sepanjang study tour ini saya lihat ada 2 demo yang berlaku, di mana pihak polis hanya berdiri di tepi-tepi jalan tanpa mengganggu proses demonstrasi.
5)      Apa yang dapat saya pelajari di sini ialah di Indonesia masih lagi mengekalkan adat-adat warisan mereka. Contohnya Makam Wali Songho, upacara berdoa
secara besar-besaran diadakan pada setiap malam Jumaat. Upacara berdoa ini  adalah untuk memohon kesejahteraan dan keamanan keluarga meraka dan juga roh-roh si mati. Jika di Malaysia ia boleh dianggap syirik.
6)      Apa yang menarik, walaupun berbeza pendapat mereka boleh berdiskusi secara harmoni. Tidak ada nada yang tinggi bila mempertahankan pandangan mereka. Dan juga mereka boleh menjemput panel-panel dari background yang berbeza untuk duduk semeja berdiskusi. Di mana kalau di Malaysia ia sukar sekali / tidak dapat dilihat.
7)      Walaupun menetap di kampung-kampung kaum wanita di sana bersemangat memberikan pandangan serta mengajukan persoalan-persoalan yang bernas kepada panel-panel ketika sesi Q & A – seminar di Jepara
8)      Banyak NGO yang mempunyai aliran pemikiran yang progresif contohnya The Wahid Institute, Jaringan Islam Liberal dan Freedom Institute.
9)      Kebebasan tanpa sempadan kepada mahasiswa dan juga pensyarah membolehkan mereka berdemo, mengkritik pentadbiran kerajaan tanpa dikenakan tindakan tatatertib
10)   Kadar kematian wanita hamil yang tinggi akibat tidak atau kurang pendedahan tentang isu-isu reproduktif. Isu ini bukan sahaja berlaku di Indonesia bahkan juga di Malaysia.

Secara keseluruhannya saya amat bertuah kerana dapat menyertai Kembara Ilmu  ini kerana selain mendapat ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang pemikiran-pemikaran progresif, saya juga belajar tentang budaya dan ekonomi masyarakat di sini.  

Thursday, November 17, 2011

Hurmmm..kena 3 jahitan

Anak bujang aku ni memang la nakal dan lasak. Hasilnya...

"
"
"
"
"
"
"





Ni la dia nye..Kena 3 jahitan. Kulit kepala dah terkoyak sebab terlanggar bucu dinding. Adoi la..
Tapi yang peliknye si Aqim nie tak menangis ye. Menangis masa nak inject bius je. Pastu bila kuar bilik doctor, dia bole cakap "dah siap dah mama" dengan nada yang gumbira!. Kita ni dok la risau gaban kan, tunggu kat luo bilik doctor tu. Ari jumaat bole bukak jahitan ni kat klinik biasa. Kami bawak Aqim ke PPUM - Kecemasan dan Trauma...

Kejadian ini berlaku pada 11.11.11 Cantik beno tarikhnye! Adoi ai anak omak..


Thursday, November 10, 2011

Sudah pulang dari Indonesia!

Yup, I'm back to Malaysia!

Actually balik on 1 Nov, tapi biasa la baru nak menjengah blog. Balik umah terus amik cuti sampai raya Haji.. Letih gaban!

First day masuk opis adalah sangat lemau! hahaha..Kijo dah banyak menanti, e-mails pon banyak nak dibaca..huhuhu..


Layan la 3 pic nie dulu..


 First time sampai Indonesia, harus la aku amik pic nie uols! Naik flight KLM 25th Oct pukul 4.20 petang


 Di Pondok Pasantren Kiyai Haji Ashari, Jepara Indonesia

 
 Ni ujek rasanye..bajai tu teksi kut..Aku pon dah konpius..Ni posing je, tapi sempat juga naik ujek nie g ke Tanah Abang


Tuesday, October 25, 2011

Terbang ke Indonesia

Hari nie aku akan berlepas ke Jakarta Indonesia. Study tour to Indonesia! Selama seminggu.

First time aku g Indonesia, and first time gak la g oversea gitu.

Anak-anak adalah di bawah jagaan En Jijan. Hopefully En Jijan tak kelam kabut menguruskan anak-anak. Sebab Aqim ade rehesal untuk Hari Anugerah on 28th Oct, then konsert Hari Anugerah on 30th Oct. Rayyan adalah sangat lasak..huhu.. I love you my hubby! Semoga baik-baik aja :)

Aku tanye ibu nak ape kat Indonesia? Then my mom cakap ibu nak ko g and balik dengan selamat. Sweetkan my mom! Cayang my mom banyak2. Nanti kita beli ole2 untuk ibu. Love you!

Can't wait to start the journey!

Monday, October 24, 2011

Thank you Drypers!

Senyum sampai ke telinga.. :)

Suka, suka dan suka..Aritu beli Drypers jumbo pek, ade promosi dapat T-Shirt. Masa tu kat Mydin USJ ade wat promotion, beli dua pek dapat kupon RM5. kira redeem time tu jugak la. Kalu beli satu pek RM34.90. Beli dua setelah tolak kupon RM5 tu satu pek jadi RM32.40 camtu. So better beli 2 pek terus dapat dua free T-shirts.


 Dapat warna kuning & biru


 Rayyan adalah sangat happy! Tantik katanye..hihi



Pagi ni pulak, g opis tengok2 kat atas meja ade bungkusan courier.


 Jeng..jeng..jeng...


 Yeay dari Drypers!


Dapat baby head to toe & baby wipes. Yang ni lom ade dipasaran. Khas untuk 1000 ahli terawal Drypers Happy Family Club!


Pastu ade form kalu kita kumpul point2 tertentu bole redeem barang2 dari Drypers..Ape lagi cepat2 isi form untuk redeem..

Drypers buat aku senyum sampai ke telinga!
TQ Drypers :)


Plan A dah ke laut...guna Plan B pulak..

Al-kisahnye aku nak berangkat ke Indonesia this week selama 8 hari. Atas urusan kerja ye bukan berholiday sambil beristirehat.

So dok pikir2 tentang anak2 ni time aku kat Indonesia selama 8 hari. Bole kalu En Jijan handle budak2 ni sorang2? Anto kat mak aku kut, mak pon dah ckp aritu nak jaga..

Plan A ~ Anto Aqim & Rayyan ke umah my mom di Muo.

Plan B ~ En Jijan jaga Aqim & Rayyan

Ok la kami decide nak anto budak2 kat umah mak aku kat Muo. Pastu last week cikgu sekolah Aqim ckap 30 Oct ni, Aqim ade Hari Konvokesyen & Hari Anugerah..so Aqim akan busy dengan latihan untuk buat persembahan.huhu...Pertama2nye seday tak dapat tengok Aqim wat persembahan sebab 30hb tu aku kat Indonesia lagi. Keduanye hati dah berbelah bagi nak hantar Rayyan sorang kat umah mak. Cian la dia sorang2 kan..

Nak dijadikan citer, mak aku col. Katanye dia dapat offer keje..Makanye kemungkinan beso dia tak dapat jaga cucu2nye..Hurmm..ok la kalu gitu. Aku pon tak nak la berharap kat mak aku kan. Selang bape jam mak aku col, dia ckp nak anto budak2, anto la dia ckp nk mula keja pas Raya Haji..hurmmm..

Actually masa dpt col mak yg first tu, aku dh bincang dengan En Jijan. En Jijan cakap, takpe biar dia jaga budak2. Lagipon time keje hantar umah pengasuh. Lagipon cian kat Rayyan kalu anto sorang2..

Makanye sekarang kita proceed dengan Plan B! Hip hip hooray! :)

Aqim & Rayyan sila behave ye! hihi





Tuesday, October 18, 2011

Hari Raya Open House Upin & Ipin

Citer yang dah lama..tapi nak tulis jugak..

Aqim adalah ahli Kelab Upin & Ipin, so kalu ade ape2 aktiviti AJK Kelab akan inform melalui sms. Memandangkan Aqim xde handpon, ape2 message dapat kat aku. Kelab Upin & Ipin jemput kami sekeluarga untuk datang ke Majlis Sambutan Hari Raya pada 1 Oktober bermula dari jam 11pagi - 6.00 petang kat Space U8 Shah Alam.

Kawasan Space U8 ni macam kawasan baru je. Tempat yang dia buat majlis ni pon lom ada kedai2 yg meniaga lagi. Kami smapai dekat kol 12.30 tengahari. Orang dah ramai dah masa tu. Daftar nama, then kena pakai tag kat tangan, pastu dapat goodie bag.

Juadah yang disediakan ialah nasi goreng, bihun, lemang, rendang, buah tembikai dan air sirap. Pastu kat keliling kawasan dulu ade booth Kelab Upin & Ipin, ade sudut kanak2 main komputer games, pastu ade booth jual barang2 Upin & Ipin dan jugak booth2 yang wat promotion bagi2 je produk diaorang secara percuma --> Horlick, Skittles, Ribena, ade jenama kopok apo ntah..lupa sudah...hahha

Ade banyak acara sebenarnye. Tapi kami tak tunggu sampai abis. Tak larat..Aqim asyik dok kat tempat komputer games je. Amik gmbo pon muka penyek sebab sibuk nak main game Upin & Ipin. 

Balik tu kami sempat bergambo dengan Mei Mei.Ni bukan moskot tapi dia adalah suara yang melakonkan watak Mei Mei! Comel dan baik Mei Mei nie..Aku pon tak tau nama sebenar dia. Panggil Mei Mei je la..hahaha..


Terpegun Aqim & Rayyan tengok Upin & Ipin beso nie


Goodie bag yang ade macam2


Aqim sebenarnye tunggu turn tu...hihi


Say cheese with papa!


Papa excited bergambo dengan Opah..hahaha


Aqim muka penyek!


Booth yg jual barang2 Upin & Ipin


Ini lah Mei Mei..cumil kan! Dia sangat ramah okey

Banner dikeliling bangunan..


Sunday, October 16, 2011

Selipo Angry Birds pule


Comel tak selipo Angry Birds ni? Haha..nie selipo dak Aqim. Beli kat paso malam semalam. RM10 hengget je. Sekarang ni kat mana2 je ade Angry Birds.. Sekian time kasih.... :)

Wednesday, October 12, 2011

Angry Birds

Sekarang ni game Angry Birds sangat popular. Hingga kami pon kena tempias.

Mula-mula aku yang main, pastu berjangkit kat papa pulak. Sekarang ni Aqim yang konker game ni..adoi la. Dari Angry Birds yang biasa, pastu Angry Birds Seasons pastu Angry Birds Rio la pulak.

Papa cakap game ni bagus sebab dia suh kita strategise bila nak melastik tu. Kalu main lastik je mesti tak lepas. So kena susun strategi..Kalu aku main campak kan aje. Papanye main strategi bagai..hahaha.. Aqim terror main yang handphone version. Kalu kat laptop ni dia tak bape reti. Sudahnye bateri handphone papa asyik weak je. Aku punye handphone tak canggih, so tak bole la download kat handphone aku.

Bila dah game ni popular, mula la kat shopping compleks, kedai2 jual barang2 yang ade berkaitan dengan Angry Birds ni. Bab ni la yang payah! Kang asyik la mintak selagi tak dapat kan.

Aqim sibuk sangat nak baju Angry Birds. So masa kami g jalan2 kat gerai konvo UM, ade la gerai ni jual baju Angry Birds. Ape lagi, gumbira la Aqim kan! Rayyan pon suka jugak cuma dia tak reti cakap Angry Birds..yang dia sebut bird..bird je..hahaha..Makanye aku pon beli la baju tu. sorang satu..Yang beso takde la pulak, kalu tak bole aku untuk diri sendiri dan En Jijan..hahha..takpe2 nanti cari saiz beso..


  Mereka yang happy!


 Rayyan yang cube buat peace tapi tak jadi..hahha


My two little Angry Birds :)

Monday, October 10, 2011

Lama sudah tidak meng"update"!

Wow, agak lama sudah tak update blog aku nie..Last update 19 Sept..ni dah 10 October. Isk2 lama nye tak update. Macam2 bende berlaku. Antaranye:

1) Open house Hari Raya Upin & Ipin
2) Workshop Ayuh Bercermin
3) Training AsiaWorks

dan macam2 lagi la. Aku pon banyak tak update nie..I will find sometime today untuk update  :)

Monday, September 19, 2011

First time Tutti Fruity

First time cube Tutti Fruity..Yummy! Aku suke yogurt frozen nie..sodap sangat..

 Perisa strawbery, pastu tabur2 yang warne warni sikit, letak cekelat sikit, seketul laici, n sekeping wafer yg Aqim dah makan RM7.95



 First time try..adik yang keje kat kiosk tu tunjukkan cara2nye..hihi





Yummy! Tapi yang makannye aku sorang je. Aqim & Rayyan jamah sikit2 je..En Jijan langsung la tak kawan dengan segala jenis yogurt! hahaha..


Harga adalah mengikut berat..RM5/100gram..kut la letak topping macam2 kang lagi mahal kut..En Jijan cakap mak uit, camni upe dh rm7.95..ala papa ni, nak rasa kan. Tapi pasni bole beli lagi...hihi



Thursday, September 15, 2011

Last appointment En Jijan di PPUM

Hari ni last appointment En Jijan kat PPUM. Nak cari parking kat PPUM ni payah bangat, dekat 10 min jugak la cari parking. Tu pon parking kat kawasan yang bukan parking tapi tak menggangu orang lain nak kuar masuk keta. Kalu tak kang kena clam plak.

Mula2 g buat X-ray dulu. agak lama jugak disitu sebab ramai orang. Then g check kat klinik otopedik. Doc cakap tulang sudah cantum cantik ye. Macam tak patah..Alhamdulillah..syukur sgt2 doc cakap cam tu. But en Jijan tak bole jalan laju lagi disebabkan kena simen lama, otot2 kaki still keras.


Doc bagi surat g kat fisioterapi pule. Nanti dia ajar dan praktikkan di rumah saje. Take time untuk sembuh, tapi syukur alhamdulillah..G buat fisioterapi dalam masa setengah jam gitu, then En Jijan nak settlekan ape2 yang patut untuk claim insurans dan SOCSO. Bab ni lama gak la nak berurusan. Kena tunggu 2 minggu untuk dapatkan laporan perubatan dari PPUM. Nak dapat pengesahan surat MC lagi..Tapi dalam masa yang sama En Jijan dah isi dah ape2 borang yang patut untuk claim. Pastu kami g makan. Makan kat PPUM saje sebab dah lapo beno.

Pas makan g terus opis En Jijan. Aku drive bawak keta balik, sebab En Jijan nak bawak moto scooternye balik umah. Mule2 cuak jugak aku nak drive sebab dah lama tak drive, tapi pelan2 bawak. Siap singgah Amcorp Mall plak lagi..haha..Dalam kol 3 ptg aku sampai di rumah..

Itu saje update tentang En Jijan..hihi




Wednesday, September 14, 2011

MC lagi

Aku masih MC lagi. Dari ari yang operation tu kan 23hb Aug - 6hb Sept. Lepas tu ade appointment dengan doc 6hb. Doc bagi MC sampai 20hb Sept. Wooo..dekat sebulan jugak la.

20hb ade appointment lagi..Aku nak bawak keta tapi masih ala-ala cuak. Sebab kadang2 otot perut yang kat tempat operate tu rasa ngilu...kadang2 rasa keras..wooo cuak2! Keta adalah manual pulak tu..hihi..

Kadang2 rasa boring gak MC lelama dok umah. Abis tu nak jalan2 kang rasa xbest, nak kena turun naik tangga. Umah adalah tingkat 3 yang xde lif. Seday betol uols! Maybe sebab itu kot doc bg MC dekat sebulan. Ko jangan kuar rumah turun naik tangga, dok diam2 kat umah..kiki...

Dok umah jadi surirumahtangga yang excellent..buat keje ala-ala manja gitu la. Penat kang dok jap, tgk FB ke..janji rest cukup2 sebelum masuk opis nanti. Sure kerja banyak punye...

*Tak sabo pulak nak keje..Miss my cubicle..huhu

Tuesday, September 13, 2011

Progress umah kami kat Meru Perdana Ipoh

Nak balik ke KL lepas beraya kat Bagan Serai, kami singgah jap tengok progress umah kami kat Meru Perdana Ipoh. Abang ipar cakap fasa yang baru ni lagi mahal, harga jap je naik walaupon luas rumah tu sama. Agaknye kalu Mydin dah siap tahun depan, harga umah fasa baru akan naik jugak kut. Masa kami beli masih xde lagi pasaraya sume.

Boleh dikatakan 50% dah siap. MKland ni baguih, tiap kali dia siap or ade ape2 perubahan kat umah yang dibeli, diaorang akan inform kat pembeli. Macam aritu dia inform nak tukar pintu bilik air menghadap dapo instead of menghadap ruang makan, inform nak guna besi untuk alang bumbung umah sebab stok kayu takde. Ape2 sume kami akan diinform.

Umah kami menghadap umah orang, kalu menghadap tanah lapang, mahal lagi. Pastu dekat beno dengan deretan kedai..hurm..sonang la budak2 ni nak p kodai..adoi ai..Insyallah siap tahun 2013 awal. Dekat dengan bangunan kerajaan negeri Perak, pasaraya dan juga sekolah. Rumah kedai  fasa pertama dah siap. Masa kami datang, diaorang tengah pasang kebel elektrik.


 Keje-keje pembinaan sedang rancak berjalan


Pandangan depan, pintu masuk



 Ni la alang besi yang gantikan kayu yang xde


 Yang ni dah pasang siling dan dah plaster




Insyallah siap tahun 2013

Monday, September 12, 2011

Cer Citer Raya 2011

 Si Anis Najwa







Baru ade time mau tulis citer raya 2011..hehehe..

Ok mengikut perancangan asal sebelum aku sakit..kami akan balik beraya kat Bagan Serai, Perak. Ari Jumaat dah balik la 26hb, then raya ketiga baru lek Muo pulak. Sebab kunun-kunun kan nak anto adik aku Tiqa g daftar kat UMP pahang.

Tapi memandangkan aku operation appendiks, maka perancangannye dah ke laut la..haha..So balik 25hb tu, then petang raya kedua balik KL, raya ketiga pepagi balik Bagan Serai Perak. Gigih betol baru lepas operation jalan jejauh dengan kaki En Jijan yang tak bape nak baik betul lagi...huhu..En Jijan kalu raya Aidilfitri katanye biar lambat balik asalkan balik beraya..

Mak aku dah tempah ketupat awal2, pastu tak cukup tambah sajo ketupat segera Adabi gitu. Seronok la, pagi2 makan ketupat. Walaupon aku tak bole la melantak sangat kan, baru pas operation lo. Tahun ni adik2 aku yg dah kawen beraya umah mak mertua depa dulu. Angah pulak tak balik sebab wife dia dalam pantang bersalin anak kedua.

So aku satu family, Ude, Ateh dan Acu je la yang ade pagi raya selain mak & abah kami. Angah & Acik takdo. Acik balik Muo raya ke dua. Sempat la jumpa sebelum aku balik KL. Jumpa anak sedara aku yg cute Anis Najwa tu..

Pagi2 lepas semayang raya, bermaaf-maafan, then g ziarah kubur, pastu g umah atok pulak. Petang g jalan2 umah sedara. Banyak umah yang tak sempat beraya, budak2 dah penat (Aqim demam pulak) dengan aku dan En Jijan yang tak sihat jugak. Mana yang sempat je la g.

Balik Bagan Serai raya ketiga, malam tu mak mertua wat makan besar sempena sume anak-anaknye balik beraya. Ramai dan meriah. Siap wat doa selamat sikit. Ye la Kak Ida, yg keje kat Arab Saudi pon balik beraya kan.so sume anak2 ade malam tu.

Pastu raya keenam anak sedara En Jijan menikah pulak. Kendurinye bulan 12 nanti. So kami pon g la mengiringi pengantin bernikah kat Masjid Alor Pongsu. Dah dua la cucu mak mertua aku menikah..hihi..Kami balik pagi2 raya ke-7

Anyway tahun nie raya rasa tak begitu happening sebab dua2 laki bini tak bape sihat. Ape2 pon syukur alhamdulillah dapat memikmati suasana hari raya...





Wednesday, September 7, 2011

Appendiks oh Appendiks - Part 2

Ok sambungan part 1 aritu.

Mak aku sampai dalam kol 4.30 pagi camtu dengan ayah aku. Lepas sahur En Jijan dengan mak amik budak2 kat umah kak Izan. Siapkan Aqim g sekolah. Pastu siapkan Rayyan, anto balik kat umah Kak Izan.
Mak temankan aku kat sepital. hihi.. Aku bole discharged esoknye 25hb. Malam tu mak mertua aku datang melawat. Kebetulan mak mertua datang KL. 
Discharged 25hb kol 12 tengahari, balik umah. Packing2 barang then terus balik Muo. Ikutkan tahun ni beraya kat Perak dulu baru ke Muo, sebab nanti nak hantar adik aku ke UMP pekan pahang. Dah jadi cmni, beraya kat Muo dulu la nampaknye. Lagi pon lepas2 surgery mana nak jalan jauhkan, KL-Muo 2 jam lebih je perjalanan. 

Anyway TQ kat mak aku yang banyak membantu. Cayang mak banyak2...

Sekian



Tuesday, September 6, 2011

Appendiks oh Appendiks -Part 1

Entry kali nie mau citer tentang appendiks aritu. Hari Senin 22hb aku g keje macam biasa, pastu dalam kol 11pagi perut sakit. Biasanye aku kalu sakit perut dalam 2 -3 jam cam tu dah ok balik. ni dari kol 11 pagi sampai nak balik keje, tak ilang2 sakit perut. Serba tak kena dibuatnye. Duduk salah berdiri salah..Balik keje g klinik Dr Azhar. Doc bagi ubat sakit perut dan angin. Doc cakap kalu appendiks tanda2 nye sakit perut yang amat sangat di bahagian kanan, demam, muntah, loya dan pening. Masa aku jumpa Dr Azhar ni, sakit perut di bahagian tengah.


Balik umah sakit perut jugak walaupon dah makan ubat, malam tu badan dah mula panas- demam. Muntah 2 kali, poning pala. Aku cam dah agak dah ni mesti appendiks nie. Pas makan ubat, terus tido. Pastu terjaga kol 2 pagi, makan sikit dan makan ubat jugak. Sakit perut pon tak hilang lagi. Tido balik. Bangun kol 6 pagi, perut belah kanan cam cramp, sakit giler. Sakit yang cam menyucuk2, bise. Tak boleh tahan. Suh En Jijan anto g sepital.


Kaki En Jijan, walaupon dah bukak simen tapi still bertongkat. Aku plak dah sakit2 perut nie, tak boleh nak dukung Rayyan. Aku main tarik je Rayyan suh dia jalan sendiri. Rayyan ni pulak, jap2 kang bongkok2 nak mengutip barang2. Nak turun tangga dari tingkat tiga nie rasa seksa betol time2 camni..Adoi ai..Nasib baik dah cakap awal2 dengan Kak Izan, nak anto Aqim & Rayyan kol 6.30 pagi sebab nak g sepital.


Pas anto budak2 kat umah Kak Izan, kami pon berdesup g ke Hospital Pantai Lembah Pantai~ Guna medical card yang opis provide. Sampai hospital g kat emergency. Pegawai perubatan amik tekanan darah, check suhu badan, amik sampel air kencing, amik darah. Then buat ultrasound. Doc cakap ovari, buah pinggang sume ok. So suspeks appendiks because bila doc tekan sikit je kat perut belah kanan, aku dah tak bole tahan. Sakit giler! Dan sume simptom2 appendiks ade. So get ready for surgery!



 Ni masa kat emergency room



 Kena masuk drip


 Name tag

Dah siap sume urusan addmission dan kat emergency room, aku dipindahkan kat bilik dulu C 623.  Cuak gile je bile nurse tu dah suh pakai baju untuk g operation theater. Masa dia sorong katil untuk ke aperation theater tu rasa cam dalam drama pulak..En Jijan sentiasa ade di sisi aku, beri semangat! TQ laling. Tapi dia tak bole masuk kat operation theater. 


Operation start kol 11.30 pagi kalu tak silap la. Aku pon dah mamai je,sebab doc dah bius kan. Sampai kat bilik operation tu kira dah lalok la. Aku sedar2 je, nurse panggil nama aku, cakap aku dah selesai dah, puan kat recover room. Kat recover room dalam setengah jam camtu. En Jijan cakap amik masa dalam 1 jam la..


 Ni la bilik aku masa kat Sepital Pantai..single room. Opis cover untuk specialist and 1st class room. Tapi masa ni 1st class room dah penuh.


 Doc yang mengetuai surgery ni adalah Dr Karpal Singh yang sangat baik! dah di bantu oleh Dr Satbeer Kaur.



Ni bunga dari opis aku Sisters in Islam..TQ sume yang mendoakan speedy recover untuk aku!

Lepas kat bilik recover setengah jam, aku dihantar ke bilik balik. Rest! Tido sajo..Masa ni doc tak bagi minum lagi. Masuk drip. Petang doc Karpal datang check, dia cakap aku bole minum air masak dan milo tapi slow2.. jangan banyak2 sangat. Pastu nurse bagi antibiotik suntik kat tangan. Adoi aii..sadis je..

Malam tu En Jijan temankan aku. Budak2 tumpangkan kat umah Kak Izan..Nasib baik Kak Izan ni baik hati..Jasamu di kenang Kak Izan!

Mak aku sampai dari Muo subuh2 time orang nak sahur camtu dengan ayah aku. En Jijan balik settlekan hal kat umah.

Ponat la menaip nie...Sambung kat next entry la ye..


Stay tune!