Friday, January 9, 2009

Tag from Wanie

Aku dapat tag dari Wanie. Ok here we go :-

Here are the rules* - -
  1. List these rules on your blog. -
  2. Share 7 facts about yourself on your blog. -
  3. Tell 6 unspectacular quirks of yours. -
  4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. -
  5. Link the person who tagged you.
7 Facts about me....

  1. Nama penuh ialah Nur Azrine Abdul Razak. Selalu dipanggil dengan nama Arine, Rine atau Azrine. Family aku panggil along, kalu belah hubby, aku ni mak anjang.
  2. Lahir pada 5hb Apr 81. Tahun ni aku berusia 28 thn..tua sudah..
  3. Anak sulung dari 6 siblings. 3 pompuan dan 3 lelaki..siblings aku selang bunga means that pompuan,lelaki,pompuan,...dan seterusnya sampai cukup 6 orang. kekeke..bukan senang nk dpt selang bunga ni.
  4. Lahir di Segamat, membesar di Tangkak, mendapat pendidikan awal di Melaka, berpindah ke Muo sejak darjah 2 dan sekarang menetap ni Petaling Jaya (nomad apo aku ni)
  5. Antara tempat belajar yang pernah dijejaki : Tabika Kemas Tedong Melaka, Sek Keb Dumpar, Sek Men Jalan Junid, Sek Men Bandar Maharani, Sek Men St Theresa dan yang last Universiti Malaya
  6. Berkahwin dengan cinta hatiku Azizan Hamsin sewaktu berusia 25 thn setelah 3 tahun berkapel. Cinta mula berputik waktu aku dan hubby sama-sama belajar kat UM fakulti perniagaan
  7. Sekarang bergelar mama kepada heroku Muhammad Umar Mustaqim yang semakin lasak dan aktif

6 unspectacular quirks about me:

  1. Mempunyai perjalanan karier yang mencabar. Masa mula-mula pas grad asyik dapat keje yang jenis kontrak je. Letih tol asyik cari keje je masa tu. Pas kawin baru karier stabil. Alhamdulillah..
  2. Sangat tak suka dengan citer seram, antu ke..hape2 la yang seumpamanya sebab terbayang-bayang sampai seminggu. Tobat tak tengok..Kesimpulannya seorang yang penakot
  3. Jenis sensitip.Cepat gembeng (nangis) ape perkara yang menyentuh hati dan perasaan, yang menyentuh naluri keibuan ni,memang la laju je air mata berderai. Nangis plak tu jenis yang teresak-esak (hadoo..yang bahu sama terangkat gitu, cam kena pukul pule)
  4. Tak boleh tengok bawah bila berada di tempat yang tinggi. Gayat..nanti mula la ketaq pala lutut. Rasa seram sejuk terus.
  5. Tidak mempunyai kepakaran yang tinggi dalam keje meng"iron" baju. kalu adik aku si ude tu gosok baju kemain licin, kena tangan aku..hancus..tapi idak le smpai melampau.kekeke.. (takmo mengaku tu..)
  6. Tak suka g tempat yang ramai orang lelama. letih kat diri sendiri satu hal, letih gak melayan si Aqim yang makin lasak. Poning pala pon satu hal gak.

7 people to be tagged:

  1. Sis Sadi
  2. Sis Ayong
  3. Ayang Adeef
  4. Misz Cherish
  5. Atune
  6. MrsBob
  7. Cik Puan Muda

Link the person who tagged you:

Wanie

2 comments:

SaDi said...

hohohohohoho... ada tag yek... nanti sadi jawab yek :)

@tune® said...

wa...
nnt kite wat ye